Popular Posts
Popular Posts
Monday, 28 December 2015
Kejayaan Yang hakiki dan Kebahagiaan Yang Abadi
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh..
Kita sambung siri motivasi tentang hakikat kehidupan...
Alhamdulillah, sudah 33 tahun aku menikmati dunia kehidupan dan melalui fasa-fasa yang baru dalam hidupku. Setiap hari aku mengorak langkah menghitung hari melalui rutin harian biasa sebagai seorang yang bergelar wanita. Aku hanya wanita biasa yang bekerjaya dan mempunyai keluarga seperti insan-insan lain.
Aku selalu mengingatkan diriku supaya jangan mudah menyerah kalah dan teruskanlah perjuangan meniti arus kehidupan. Pasang, surut, tenang dan kalut seperti ombak di pantai beralun tenang dan berombak deras mengikut musim-musimnya. Teringat aku ketika zaman kanak-kanak..selalu bermain di tepi pantai, mencari anak-anak ketam kecil yang bersembunyi di sebalik pepasir yang memutih, kulit-kulit kerang pelbagai bentuk yang indah dan cantik lalu aku naik di atas kubu pantai, duduk bertaffakur di situ melihat keindahan Ciptaan Ilahi. Laut china selatan yang memukau pandangan mata membuatkan fikiranku lapang dan hatiku bahagia menikmati hidup.Itulah yang dikatakan nikmat Ilahi datang pelbagai bentuk dan rupanya tidak terjangkau dek pemikiran kita yang cetek.
Kejayaan yang hakiki dan kebahagiaan yang abadi sebenarnya dicapai dengan ketenangan hati dan hati itu tenang apabila kita sentiasa mengingati Allah S.W.T dalam hidup dan selalu mengingatkan diri yang kita senantiasa berada dalam pengawasan-Nya. Kita mengorak langkah satu persatu menghayunkan kaki ke mana kita pergi, apa yang kita bawa bersama adalah sekeping hati...
Cuti Sekolah Sudah Berakhir Tahun 2015...
Tahun 2015 sudah hampir melabuhkan tirainya dan tahun 2016 semakin hampir tiba..terasa masa begitu cepat berlalu dan aku masih lagi di sini menanti dan mencari suatu ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. Tiada yang dicari bukan wang yang berjuta, harta yang bertimbun, kehidupan yang serba mewah tetapi yang dicari keberkatan dalam hidup yang mahal harganya. Takkan mampu dibeli tetapi boleh dinikmati oleh mereka yang menghargai dan mencari nikmat Iman dan Islam..
Subscribe to:
Comments (Atom)