Bismillahirrahmaanirrahim..alhamdulillah penulisan yang saya hantar untuk my doctoral Journey dapat dibukukan akhirnya..walaupun pada pertengahan Januari 2023 baru saya dapat surat penghargaan, sijil dan buku saya tetap bersyukur hasil penulisan tentang perjuangan dan pengalaman saya menghabiskan Phd telah dibukukan oleh pihak IPGM. Sebenarnya saya seronok menulis dan mencurahkan pengalaman, idea dan berkongsi jerih perih saya menghabiskan Phd. Saya berharap dengan adanya buku ini diharapkan sekurang-kurangnya dapat dimanfaatkan kepada pembaca yang mungkin ingin menyambung dan masih mencari arah untuk menyambung pengajian ke peringkat Phd. Pengalaman saya dan rakan-rakan yang lain dalam buku ini mungkin boleh dijadikan titik tolak dan motivasi untuk orang lain terus berusaha mengejar impian dan kejayaan. Saya selalu katakan pada diri bahawa kejayaan ini hanyalah sementara di dunia ini tapi yang pasti pengalaman yang saya dapat itu diharapkan dapat dimanfaatkan kepada orang lain. Saya seronok menulis dan bakat yang tersimpan dalam diri saya dapat diserlahkan walaupun saya bukanlah orang yang sangat hebat menulis. Saya terus berusaha dan berusaha menulis agar saya terus kekal relevan dalam bidang penulisan karya ilmiah dan kreatif. Insya Allah.
