Wednesday, 22 November 2017

SEMOGA PENULISAN INI BERMANFAAT UNTUK SEMUA


Tulislah yang baik-baik dan bermanfaat untuk semua manusia. Minat yang mendalam dalam bidang penulisan ini tidak akan berhenti dan semoga menjadi satu inspirasi untukku dan sahabat semua. Seandainya tulisanku menjadi bahan sumber bacaan kepada orang lain yang membaca dan mampu memberi impak yang positif ke arah yang kebaikan, Itulah yang terbaik. Ambil yang baik-baik, buangkanlah yang buruk-buruk daripada tulisanku. Semoga menjadi saham akhirat untukku dan keluargaku. Satu sumber inspirasi yang aku petik daripada kata-kata : Imam Al-Ghazali - Kalau kamu bukan anak raja dan engkau bukan anak ulama besar, maka jadilah penulis. (Imam Al-Ghazali). Semua orang akan mati kecuali karyanya, maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat kelak. (Ali bin Abi Thalib). Ikatlah ilmu dengan menulis. (Ali Bin Abi Thalib). Kalau ada salah silap dalam penulisan ini, tegurlah dengan baik agar ianya hanya diisi dengan ilmu yang bermanfaat.

 

Thursday, 2 November 2017

PERIBADI


 

Bacalah buku Prof. Dr. Hamka bertajuk “Peribadi”. Saat aku tercari-cari arah diri, apa yang baik ingin aku teladani dan terinspirasi. Aku terjumpa sebuah buku “ peribadi”. Aku ingin mengenali diriku sendiri. Syukur Allah S.W.T pertemukan aku dengan sebuah buku yang mampu mengubah daya pemikiran, menguatkan peribadi dan memperhalus perasaan. Aku tidak ingin menilai orang tetapi ingin mengenali kelemahan diri sendiri. Kata Hamka “ Untuk memikul kewajipan hingga tidak ada yang berat, jiwa itu sendiri harus tinggi darjatnya. Jika sempit tempat engkau di alam yang kacau balau ini, tingkatlah awan dan naiklah ke bintang. Turun balik dan lakukan kewajipan. Setengah dari tangga untuk naik ke atas itu, cinta kepada yang indah, yang molek! Tuhan yang indah dan suka kepada keindahan. Muzik yang tinggi, syair yang tinggi adalah rumus dan tanda adanya Zat Yang Maha Tinggi.


Diperhalus jiwa dengan bacaan yang bermanfaat dengan tasawuf, dengan falsafah, dengan ciptaan ahli seni. Bertambah halus perasaan, bertambah tampaklah kewajipan kita dalam hidup (Hamka, 2017).

Semoga bacaan ini meningkatkan ketinggian pemikiran, kehalusan perasaan dan menenangkan jiwa kita dalam mencari haluan hidup dunia dan akhirat.

 

Rujukan :


1. Prof. Dr. Hamka (2017). Peribadi. Selangor:  PTS Publishing House.

 

 

Tuesday, 3 October 2017

Penyakit kulit Ekzema Aktopik


Alhamdulillah cerita beberapa hari yang lepas, kulit Al Fateh bersisik dan melepuh. Al Fateh kerap menggaru-garu kulitnya sampai berdarah. Maka bertambah risau dan meruntunlah hatiku melihat keadaannya. Maka kami suami isteri bersepakat ntuk mendapatkan rawatan di Klinik Dr Ko specialist..bimbang juga aku sebenarnya takut klinik ini mengenakan bayaran yang mahal mencecah ribuan ringgit tetapi semasa membuat pembayaran di kaunter klinik alhamdulillah harganya rm 300.00. Nasib baik cukup wang kami bawa untuk ke klinik ini.  Aku kongsi sedikit nasihat Doktor :
1. Banyakkan memakan sayuran dan buah-buahan untuk meningkatkan sistem imunisasi. Syukur Al Fateh penggemar sayur  lobak merah dan buah pisang.
           
2. Banyakkan memakan Vitamin E dan C, Omega 3 dan minyak zaitun..aloe vera juga sangat bagus untuk kesihatan kulit.

3.Yang ni aku amalkan setiap kali merawat kulitnya yang bermasalah dan menyapu ubat iaitu doa syifa dan hasbunallah wanikmal wakil wanikmal maula wanikmal nasir(bahasa arab).

Alhamdulillah kesihatan Al Fateh bertambah baik dengan izin Allah jua penyakit ekzemanya semakin hari berkurangan tetapi aku tidak boleh terlalu berharap cuma mampu berdoa agar penyakit Al Fateh cepat sembuh..terima kasih juga sahabatku kerana memberi dan memperkenalkan minyak zaitun tu  kepadaku. Al Fateh anak yang baik dan petah berkata kata. Hatiku selalu bahagia dan sejuk jiwa mendengar celotehnya...Semoga cepat sembuh ya sayang..Ummi sentiasa mendoakan yang terbaik..sayangku Al Fateh.



Friday, 29 September 2017

Sabarlah,wahai hati..sabar itu Indah. Senyum dan berdoalah..Ya Allah kurniakan kami kesabaran dan ketenangan...

Assalamualaikum dan salam ceria..semoga hari yang kita lalui penuh dengan kesabaran dan ketenangan...
Ujian dan dan dugaan yang kita lalui berbeza antara kita semua namun semoga ujian dan dugaan membuatkan kita semakin matang dan tabah menghadapinya. Ceria-ceria selalu, jangan bersedih..pasti ada pelangi indah yang Allah S.W.T hadiahkan selepas hujan..
Aku ingin kongsikan sedikit tentang cerita tentang anakku Al Fateh...Al Fateh menghidapi sejenis penyakit kulit yang kronik, Ekzema Aktopik. Buat masa ini, Al Fateh bergantung kepada ubat yang dibekalkan oleh hospital atas nasihat Doktor sahaja. Kebiasaan penyakit ekzema ni bermusim dan on off. Kadang stabil dan kadang tak stabil tetapi penyakit Al Fateh ni menyerang banyak masa kulitnya tak stabil dan kronik.
Pelbagai usaha yang dilakukan daripada berubat kampung, homoepati, ubatan natural healing sehinggalah ke hospital dan klinik pakar kulit. Semuanya kami cuba untuk menyembuhkan penyakit Al Fateh. Penyakit Al Fateh banyak menguji kesabaran kami suami isteri. Sabar itulah penawar yang berharga dan tidak ternilai. Hanya orang yang mengalaminya dan ibu bapa yang mempunyai anak seperti ini sahaja mengetahui bagaimana rasanya saat-saat yang perlu ditempuhi untuk mencari penawar yang terbaik untuk penyakit ini. Al Fateh hidup bertemankan tangisan dan air mata. Ummi dan abah hanya mampu mengalirkan air mata dan terus tabah melangkah meneruskan kehidupan yang fana ini. Ujian ini banyak menyedarkan kami bahawa walau bagaimana sekalipun ujian yang dilalui, sebenarnya ada lagi orang yang hidupnya dipenuhi ujian namun tetap tabah dan sabar menghadapinya. Menangis itu perlu tetapi tidak perlu meratapi kerana hanya mendatangkan kesedihan dan putus asa. Putus asa daripada rahmat Allah S.W.T berdosa besar. Teruskan kehidupan dan doakanlah yang baik-baik. Insya Allah semoga yang baik-baik sentiasa hadir dalam hidup kita. Semoga suatu hari nanti Al Fateh akan sembuh sepenuhnya..insya Allah, Ummi dan Abah sentiasa doakan..Aamin. Salam Maal Hijrah dan semoga kita semua dapat berhijrah dalam kehidupan yang sentiasa diredhai dan dirahmati Allah S.W.T



Monday, 18 September 2017

Pengalaman menghantar anak ke Pusat Tahfiz

Assalamualaikum dan salam muafakat untuk semua yang kukasihi...

          Sedikit perkongsian tentang pengalaman menghantar anak ke Maahad Tahfiz pada musim cuti sekolah akhir tahun. Biasanya ibu bapa terutama ibu bapa yang sibuk bekerja di Bandar akan menghantar anak-anak ke kem cuti sekolah untuk mengisi masa lapang anak-anak. Maka tercari-carilah tempat yang sesuai untuk anak-anak menghabiskan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Pada pandangan kami sebagai ibu bapa yang bercita-cita ingin anak-anak dididik dengan akhlak yang baik maka sekolah Tahfiz menjadi pilihan yang terbaik. Itulah tempat yang terbaik untuk anak-anak mendalami ilmu Al-Quran dan agama. Abah ada suarakan untuk menghantar anak yang sulung ke Maahad Tahfiz secara sepenuh masa tetapi mungkin masih lagi berfikir panjang dan memilih tempat yang terbaik untuk anak-anak. Anak yang sulung masih lagi mengikuti sistem pendidikan yang disediakan oleh kerajaan sepenuhnya. Tidak dinafikan juga sistem pendidikan Kerajaan juga terbaik dan banyak perubahan yang dilakukan oleh Kementerian untuk menambahbaik sistem pendidikan yang sedia ada ke arah sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

        Masa menghantar anak yang sulung ke kem Tahfiz pada musim cuti sekolah, banyak perubahan yang kami dapat daripada sistem pendidikan di sana. Keseluruhannya banyak yang positif terutama daripada segi pembangunan ilmu agama, akhlak dan kemahiran insaniah yang murid-murid perolehi daripada sistem pendidikan di Maahad Tahfiz. Cuma mungkin sedikit kekurangan daripada prasarana dan kemudahan fizikal kerana Maahad Tahfiz kebanyakan peruntukan daripada dana dan sumbangan orang ramai.
      Berbalik kepada cerita pengalaman menghantar anak yang sulung ke Maahad Tahfiz pada musim cuti sekolah. Kami suami isteri mengambil anak yang sulung dari Maahad Tahfiz ketika waktu cuti sekolah hampir tamat dan anak yang sulung mengikuti persekolahan di sekolah rendah seperti biasa. Selepas 3 bulan, kami dikhabarkan Maahad Tahfiz tersebut terbakar. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Bersyukur sangat-sangat masa tu walaupun anak kami tiada di situ tetapi anak-anak di situ tetap kami anggap seperti anak-anak kami juga. Kami sempat berbual-bual mesra dengan mereka. Kemesraan yang terjalin antara mereka terpahat kukuh dalam ingatan. Tiada buli dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

      Sewaktu saya sedang menulis cerita pengalaman ini, hati masih sayu,sedih, pilu bercampur baur dan adakala teringat-ingat tentang Maahad Tahfiz yang dibakar sehingga mengorbankan nyawa murid-murid dan warden yang tidak berdosa. Takdir sudah tertulis. Situasi yang berlaku pasti ada jawapannya. Kronologi demi kronologi tetap kami ikuti sebagai ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang meningkat remaja. Untuk mengulas situasi ini, mungkin ada pihak yang lebih layak dan berautoriti untuk memberi komen dan mengambil tindakan yang yang sewajarnya supaya perkara-perkara seperti ini tidak lagi berlaku pada masa akan datang. Aamin.

P/S : Kami bukanlah ibu bapa yang terbaik tetapi kami cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T kepada kita. Anak-anak yang baik penyejuk mata hati ibu bapa.

    

        


       

Thursday, 7 September 2017

PERANCANGAN KEHIDUPAN
Hidup sentiasa perlukan perancangan sama ada perancangan untuk jangka masa pendek dan panjang. Kehidupan yang penuh perancangan disusuli usaha, doa, ikhtiar dan tawakkal akan lebih diredhai Allah S.W.T daripada perancangan yang membuta tuli serta perancangan kehidupan selepasnya.  Selepas hidup ada kematian. Di mana akhirnya..semoga dalam husnul khatimah..Merancanglah kerana orang yang merancang pastinya akan berjaya..Insya Allah dan orang yang tidak merancang maka sebenarnya dia merancang untuk gagal. Jangan lekas putus asa, teruskan berusaha...semoga kata-kata ini membawa kebaikan untuk semua..

Sunday, 27 August 2017

Tip Untuk Menghadapi Orang Cakap Banyak, Mulut Celupar

Seringkali kita akan berhadapan dengan orang sebegini dan selalunya cerita seperti ini berlaku di mana-mana. Seandainya ketahanan mental kita tidak kuat, kita akan jadi mudah lemah semangat dan tidak berani menghadapi cabaran yang mendatang. Sedangkan semua manusia dilahirkan ada kekuatan dan kelemahan. Cuma kita sahaja mesti berani menggunakan peluang mencari kekuatan kita dan dikembangkan agar kelemahan kita dapat diperbaiki. Hidup lebih berani dan cekal merupakan salah satu cara yang terbaik untuk menghadapi orang cakap banyak dan mulut celupar ini. Kekuatan dalaman merupakan mekanisme terbaik agar kita dapat menjadikan kritikan dan kutukan yang tidak membina menjadi semangat untuk kita memberikan yang terbaik dalam hidup kita. Menang dan kalah bukanlah persoalan utama untuk mempertahankan diri kita. Mengalah bukan bererti kalah tetapi mengalah untuk menang. Mengalah untuk menang adalah supaya kita dapat mencari ketenangan dan berusaha untuk lebih bahagia dan berjaya. Kita yang menentukan siapa kita pada hari esok bukan orang lain yang boleh tentukan hidup kita. Biarlah orang menghina atau melemparkan kutukan yang bukan-bukan kepada kita tetapi kita kena yakin kita ada Allah S.W.T yang sentiasa  membantu. Yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T. Bantuan Allah insya Allah akan datang apabila kita ikhlas dan melakukan yang terbaik kerana Allah S.W.T bukan kerana manusia. Maafkanlah mereka yang suka bercakap dan membuat tuduhan yang bukan-bukan. Positifkan minda dan bahagiakan diri supaya hati lebih tenang dan jiwa lebih ceria. Buktikan kita mampu mengatasi segalanya kerana Allah dan senyum selalu...senyuman yang ikhlas daripada hati nurani yang bahagia menjadikan kehidupan kita sentiasa ceria dan gembira..tiada gundah dan suram mewarnai kehidupan kita..Salam bahagia dan semoga tip ini dapat membantu diriku dan diri kamu semua yang kukasihi...

Saturday, 26 August 2017

Kemaafan Yang Terindah

Memaafkan dan meminta maaf kepada sesiapa yang menyakiti atau disakiti untuk hidup yang lebih tenang dan bahagia..memang itulah aturan hidup kita. Menurut Hassan Basri dalam kitab Ihya Ulum ad Din karangan Imam Al-Ghazali menerangkan perbezaan pendapat dalam kalangan cerdik pandai tentang kebaikan dan keburukan akhlak. Antaranya kebaikan akhlak itu adalah manis muka, memberikan kelebihan dan mencegah kesakitan. Semoga nasihat ini menjadikan aku orang yang lebih pemaaf dan mudah meminta maaf. Mengakui kesilapan diri adalah lebih baik daripada menyalahkan orang lain supaya hidup lebih bahagia mewarnai kehidupan. Allah S.W.T lebih mengetahui segalanya dan serahkan segala urusan hidup kita kepada Allah S.W.T. Kita tidak boleh menilai siapa kita kerana penilaian Allah S.W.T itu lebih benar sama ada yang terserlah atau tersembunyi. Biarlah orang menilai kita macam mana tetapi kita letak nilai kita di sisi Allah S.W.T dan bukan di sisi manusia. Doakan orang-orang di sekeliling dengan doa yang baik-baik tanpa pengetahuan mereka. Kebahagiaan adalah milik semua insan dan dengan doa, hidup kita menjadi lebih baik dan tenang-tenang sahaja. Syukur Alhamdulillah atas nikmat-Mu ini.. Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.. Doa dan restu suami, ibu dan anak-anak semoga sentiasa mewarnai kehidupanku..Allah S.W.T segala-galanya.. semoga menjadi pengajaran supaya hidup lebih tabah dan cekal untuk menuju kebahagiaan dan kejayaan yang diredhai Allah S.W.T..

Thursday, 24 August 2017

Bersikap Adil dan Telus Kepada Semua Orang

Allah S.W.T Maha Adil dan Maha Mengetahui...bersikap adil dan teluslah kepada semua orang yang kita jumpa..nilailah dengan pandangan mata hati yang paling dalam..hanya Allah S.W.T yang mengetahui segala-galanya. Hari ini kita adil kepada orang lebih-lebih lagi orang yang selalu mempermudahkan urusan kita maka mungkin esok hari orang-orang lain yang kita jumpa akan bersikap adil kepada kita..buatlah yang baik-baik walaupun tanpa orang lain ketahui kebaikan itu. Itulah kebaikan yang Allah S.W.T balas. Jangan menuduh dan memfitnah lebih-lebih lagi perkara-perkara yang tiada bukti dan hujung pangkal. Kita tidak tahu bakal penghujung hidup kita. Empati dan simpatilah kepada orang yang selalu bantu kita mempermudahkan urusan kita bukan ditambah dengan hinaan semata-mata..kita tidak tahu nanti siapa yang bakal kita jumpa nanti di mana kita berada...semoga menjadi ikhtibar untukku dan mereka yang membaca..salam kasih dan semoga kita semua dirahmati Ilahi...

Apabila Aku Stress..Apa Aku Buat...Memasak Hobiku

Aku bukan pandai sangat memasak tetapi aku jenis yang suka mencuba lain daripada yang lain...ada kisah di sebalik cerita aku suka memasak..masa aku mula-mula posting di sekolah..Pengetua aku ni perempuan.Gred Jusa C lagi...suka nasihatkan aku..masa aku mula-mula kahwin dengan suami..beliau nasihatkan aku supaya memasak untuk suami..masa tu memang betul-betul aku tak reti masak..masak cincai-cincai adalah juga..haha..sebabnya adik beradik aku ramai perempuan dan aku anak perempuan kedua akhir.. maksudnya aku ramai kakak..bab masak memasak aku serah kat kakak-kakakku..tetapi adik beradik aku bukan pandai masak sebab mak suruh bantu untuk memudahkan kerja-kerja di dapur. Masa tu gelabah betul aku apabila Pengetua nasihatkan aku macam tu. Jadi gigihlah aku belajar memasak melalui buku-buku resepi yang aku beli di kedai buku. Lama kelamaan , setiap hari aku memasak dengan try and error..alhamdulillah menjadi..suami aku sejak kahwin tak pernah komen apa yang aku masak. Lagipun kami asal dari negeri yang sama..masakan semuanya sama rasa..Terima kasih kepada Pn Hajah Junaidi dan mak aku juga..anak mak yang tak reti masak boleh memasak walau zaman remaja tak pernah masuk dapur..hehe aku mengaku tetapi kegigihan aku untuk belajar memasak akhirnya berjaya memasak untuk suami dan anak-anak, keluarga, pelajar-pelajar yang datang ke rumah..boleh la aku masak...itulah kejayaan peribadi yang aku kecapi atas nasihat seorang Pengetua...aku akan sentiasa belajar walau dimana berada..proses pembelajaran sepanjang hayat melalui pengalaman..

Saturday, 8 July 2017

Apabila Anak Saudaraku Baca Novel

APABILA ANAK SAUDARAKU BACA NOVEL Apabila balik ke kampung, ada salah seorang anak saudaraku membaca novel cinta bukan yang dibelinya tetapi dipinjam daripada rakan-rakan. Pada pandangan aku, novel cinta perlu ditapis pembacaannya. Oh no jangan beli novel cinta cintun, kamu masih belajar. Novel cinta tidak sesuai dibaca untuk murid-murid di bangku sekolah. “ Kata Kakak”. Nama kakak adalah panggilan kepada anak saudaraku. “Kakak nak baiki kosa kata dan tatabahasa kakak je” jawab kakak. Itu bukan caranya sayang. Kalau nak baiki tatabahasa dan menambah kosa kata, baca suratkhabar bukan novel”. Novel yang ditulis kebanyakan tidak masuk akal, tidak berpijak di bumi nyata. Banyak berangan dan mimpi yang indah-indah”. Kalau novel yang ditulis masuk akal dan membawa cinta itu ke arah pencipta kita, Allah S.W.T tak pe tetapi kalau membawa ke jalan yang serong, habislah budak-budak ni. Bukan ingin membangga diri atau riak dan seumpama dengannya tetapi bercerita atas dasar pengalaman. Masa zaman remaja dahulu, aku tidak pernah membeli novel dan sampailah sekarang hanya satu dua je novel yang aku beli. Pada pandangan aku, novel boleh dibeli dengan syarat kandungan di dalamnya membawa mesej agama dan nilai-nilai murni yang boleh dijadikan pengajaran dan iktibar. Apa yang aku kelek saban waktu masa di universiti dahulu dan sampai sekarang adalah buku motivasi. Aku suka juga novel tetapi ditulis oleh Dr Othman Puteh, Shahnon Ahmad, Faisal Tehrani, Usman Awang dan A.Samad Said. Kalau murid-murid di bangku sekolah, ada ke nak baca buku-buku seperti itu? Kalau ada memang aku tabik springlah sebab buku-buku tu membosankan kalau memang tiada keinginan untuk belajar. Novelnya juga agak berat dan nak memahami maksudnya pun kena baca berkali-kali. Novel-novel itu membawa mesej yang banyak membawa kita ke arah kesedaran untuk meningkatkan mutu dan kualiti diri sebagai anak bangsa dan hamba Allah di muka bumi ini...Akulah itu yang hanya cikgu kampung di seberang hilir sana...

Thursday, 6 July 2017

Unsung Hero

Unsung Hero...kalau ditanya siapa unsung hero awak? Tentu dan pastinya dengan tuntas aku menjawab " Unsung Hero adalah arwah ayah". Walaupun arwah ayah sudah lama meninggalkan dunia ini tetapi arwah ayah masih hidup dalam hati aku sampai bila-bila. Aku anak kesayangan ayah. Banyak memori indah terpahat melewati hari-hari bersama arwah ayah. Setiap kali dalam kesedihan dan kesusahan, arwah ayah orang yang pertama aku cari untuk meluahkan perasaan sedih dan menasihati saat dan waktu aku memerlukan. Masa tu aku di tingkatan 2. Teringat masa sebelum arwah ayah sakit, seingat aku masa tu bulan Ramadhan..arwah ayah membaca surah Ar-Rahman untuk kesekian kalinya sewaktu mengimamkan solat terawih di surau kampung aku. Kali terakhir Ramadhan sebelum ayah sakit berulang alik masuk hospital disebabkan paru-paru berair. Beliau ayah yang terbaik dalam hidup aku. Bersyukur dilahirkan dan berbintikan arwah ayah. Arwah ayah suka membaca kitab-kitab agama. Setiap kali kakak aku pulang dari Maktab Perguruan Batu Pahat, pastinya ayah akan bertanya tentang tafsir Al-Azhar yang kakak aku kelek sebagai buku rujukannya semasa belajar dalam bidang pendidikan di sana. Setiap kali duduk di beranda rumah, ayah tekun menelaah tafsir tersebut dan aku akan membuat latihan dan buku kerja sambil bertanya arwah ayah kalau aku tak faham apa yang ustaz ajar di sekolah. Arwah ayah sangat tegas dalam memilih sekolah untuk anak-anak. Arwah ayah akan pastikan semua anaknya bersekolah di sekolah arab. Arwah ayah berharap benar semua anaknya menjadi ustaz dan ustazah. Alhamdulillah impian arwah sudah tercapai. Sebahagian besar keluarga kami daripada bidang agama. Walaupun pada mulanya aku tak nak bersekolah di sekolah agama kerana ingin mengikuti rakan di sekolah menengah tetapi aku akur pada hasrat arwah ayah. Arwah ayah seorang yang peramah. Ke mana aku bertandang ke rumah kawan, pastinya mereka akan bertanya aku anak siapa. Tentunya nama arwah ayah aku sebut sebab ramai yang mengenali nama arwah ayah. Itulah satu cara supaya orang dapat mengenali aku walaupun masa tu aku masih bersekolah dan ramai juga yang tidak mengenali aku kerana berada di asrama dan pulang ke rumah hanya di hujung minggu. Arwah ayah rajin membawa sahabat-sahabatnya pulang ke rumah dan juga membawa anak-anak sepupu datang. Kami solat berjamaah bersama dan arwah ayah akan memberikan tazkirah pendek kepada kami semua. Seingat aku sewaktu kecil ayah rajin mengunjungi keluarganya yang dekat dan jauh. Sanggup mengunjungi keluarga sebelah nenek yang jauh. Aku pun tidak pernah kenal dan sesekali mengenali apabila mereka datang ke rumah. Apa yang paling terkesan di hati ialah sikap arwah ayah yang suka bersedekah dan menyambungkan silaturrahim keluarganya yang jauh. Berapapun arwah ayah ada, beliau tetap memberi. Sikit atau banyak arwah ayah tetap bersedekah.

Wednesday, 21 June 2017

Syukur dan sabar (Anakku Ekzema Aktopik) Bismillahirrahmanirrahim...Sebenarnya aku nak share tentang penyakit kulit Ekzema Aktopik ni. Semoga menjadi pengajaran buat semua. Anakku, Muhammad Al Fateh menghidap penyakit Ekzema ni semenjak dia berumur 4 bulan. Alkisahnya, ramai orang dok tanya-tanya kenapa kulit Al-Fateh sampai macam tu sekali. Masa tu timbul ruam dan kulit Al-Fateh agak kering kemerah-merahan hampir seluruh kepala dan tubuh. Al Fateh agak kerap demam dan selsema. Tidur malamnya tak pernah lena. Aku dan suami bergilir-gilir menjaganya pada waktu malam menggaru-garu kulitnya yang gatal. Kasihan Al Fateh..apabila tiba waktu mandi, dia akan meraung-raung menangis kesakitan. Hati aku menjadi sayu dan luluh tak tahan melihat dia menahan kepedihan. Sudah puas kami berdua pergi berubat..Semua doktor pakar kanak-kanak yang merawat Al-Fateh di hospital Columbia dan Sultanah Aminah akan bertanya perkara yang sama..” Ada family history tak bab penyakit kulit ini?”.Ya, famili aku dan suami mempunyai sejarah penyakit kulit ini. Cuma anak-anakku yang lain, adik beradik dan anak-anak saudaraku tidak ada penyakit kulit yang serius. Al Fateh seorang je yang kritikal mewarisi penyakit ini. Sudah 4 tahun Al-Fateh menderita penyakit ini dan 4 tahun juga tidur kami tidak pernah lena sehingga sekarang. Semua Doktor yang kami jumpa mengatakan bahawa penyakit ini akan beransur hilang apabila usia Al-Fateh meningkat. Pada mulanya aku dan suami mengalami depresi, murung dan penat tak terkata merawat penyakit ini. Takdir buat Al-Fateh. Suamiku tak pernah berputus asa mencari penawar untuk Al-Fateh. Farmasi mana yang tak pernah kami kunjung di Johor Bahru ini mencari ubat yang terbaik untuknya. Produk sebamed, cetaphyl, physiogel dan mugoo pernah aku cuba sapu pada kulitnya. Semuanya tak menjadi. Alahai, kenapa macam ni..bukan produk tu tak bagus cuma tak serasi dengan kulit Al-Fateh. Kami pernah juga cuba mendapatkan rawatan alternatif homoepathi untuk rawatan yang tidak menggunakan bahan kimia. Sama juga tiada perubahan. Merawat penyakit anak bukan suatu yang mudah, memerlukan kekentalan hati yang bukan sedikit. Air mata bagaikan sudah kering melihat Al-Fateh menggaru kegatalan pada seluruh tubuhnya. Darah memercik keluar daripada kulitnya yang bersisik bagai meruntun hatiku. Aku sentiasa membalut luka itu, menyapu emolien yang dibekalkan hospital tetapi kulit Al-Fateh tetap juga begitu. Terkadang surut dan pulih sementara kemudian penyakitnya datang pula menyerang. Aku seringkali menangis di pejabat dek sedih dengan penyakit yang menimpa Al-Fateh. Entah apa pandangan rakan sekerja aku pun tidak tahu. Ingin aku jelaskan begitu begini tentang penyakit Al-Fateh tetapi bukan semua orang akan memahami bahawa penyakitnya itu memerlukan rawatan yang rapi terutama dari sudut kebersihan persekitaran. Orang yang pernah melalui dan pernah berada di samping orang yang mempunyai penyakit ini akan memahami bahawa merawat penyakit Ekzema Aktopik bukan mudah seperti yang disangkakan. Bagaikan sudah lali dengan penyakit yang dihidapi, Al-Fateh tabah menahan kesakitan dalam melalui hari-hari yang mendatang. Aku sebagai seorang ibu hanya mampu mendoakan semoga suatu hari nanti, Al-Fateh sembuh seperti sediakala. Akhirnya kami berdua mengambil keputusan untuk menjalani rawatan secara berkala setiap bulan di hospital Sultanah Aminah. Alhamdulillah, penyakit kulitnya beransur baik walaupun tidak sembuh sepenuhnya..Ya Allah, ujian ini menyedarkan aku..banyak perkara yang aku dapat belajar daripada penyakit Al Fateh ini..walaupun dia mempunyai penyakit Ekzema Aktopik, dialah segala-galanya penawar duka dan nestapa..telatahnya mencuit hati, petah berkata-kata dan pandai berjenaka. Pandai pula bercakap dan mengambil hati. Kata-katanya selalu membuatkan aku dan suami tersenyum riang melihat dia.Terima kasih kepada suamiku tersayang dalam menempuh onak dan duri, tersadung kaki rebah sekalipun, kita tetap bertahan memberikan yang terbaik untuk Al Fateh. Pengorbanan dan kasih sayangmu tehadap anak-anak dalam mendepani ujian ini amat aku hargai. Kepada mereka yang senasib atau mempunyai anak-anak yang mempunyai penyakit-penyakit kritikal.., lihatlah rumput di bumi sebelum mendongak kepala ke langit biru. Memang indah melihat awan berarak tenang di langit biru secerah petang hari yang tiada mendungnya di tengahari. Namun andai melihat rumput di bumi yang saujananya terbentang luas maka kita akan belajar untuk bersyukur. . Di situ lihatlah orang-orang disekelilingmu..belajarlah dengan pandangan mata hati yang paling dalam. Belajarlah melihat orang yang ditimpa ujian dan musibah. Disitu kau akan dapati kesyukuran yang paling dalam..ujian dalam nikmat kurniaan Ilahi. Sabarlah hati, kuatkanlah jiwa dan bahagiakanlah diri, pasti pelangi akan tetap nan indah selepas hujan..Teruskanlah mengorak langkah mencari redha Ilahi di mana kita berada.. kata Doktor yang merawat penyakit anakku ini. Doktor selalu sebut : “ buat ibu bapa yang tabah” . Dalam ketabahan itu, sebagai umat islam kita disarankan untuk solat dan sabar, doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal kepada Allah menjadi perisai diri kita. Dalam doaku yang tidak putus-putus untuknya, aku percaya doa seorang ibu mustajab buat dirinya. Semoga Al-Fateh cepat sembuh, melalui hari-hari penuh gembira, bermain tanpa batas dan menikmati waktu indahnya zaman kanak-kanak. Insya Allah.

KASIH SAYANG DALAM PERSAHABATAN DUNIA DAN AKHIRAT

Indahnya sebuah persahabatan yang disulami kasih sayang...Alhamdulillah, Allah S.W.T mengurniakan sahabat-sahabat dan rakan sekerja yang baik hati dan budi...semoga Allah S.W.T melimpahkan kasih sayang yang berkekalan antara kami.. Allah S.W.T mentakdirkan aku untuk bertemu dan semoga pertemuan ini semuanya kerana Allah S.W.T..mengenali sahabat merupakan anugerah terindah bagi aku yang bermusafir ini..Tiada kata seindah bahasa mampu aku nukilkan lewat pertemuan ini.terima kasih dapat mengenali sahabat yang juga merupakan mentor ku di sini..banyak juga perkara yang aku dapat pelajari dan mengambil segalanya sebagai pengajaran supaya aku lebih matang dalam menempuh kehidupan dalam arus yang penuh mehnah dan tribulasi ini..aku ingin semoga kasih ini berkekalan di mana jua kita berada..Aamin. Terima kasih kakakku, Dr Raudhah, Kak Noreida dan Dr Maskiah..