Popular Posts
Popular Posts
Saturday, 26 August 2017
Kemaafan Yang Terindah
Memaafkan dan meminta maaf kepada sesiapa yang menyakiti atau disakiti untuk hidup yang lebih tenang dan bahagia..memang itulah aturan hidup kita.
Menurut Hassan Basri dalam kitab Ihya Ulum ad Din karangan Imam Al-Ghazali menerangkan perbezaan pendapat dalam kalangan cerdik pandai tentang kebaikan dan keburukan akhlak. Antaranya kebaikan akhlak itu adalah manis muka, memberikan kelebihan dan mencegah kesakitan.
Semoga nasihat ini menjadikan aku orang yang lebih pemaaf dan mudah meminta maaf. Mengakui kesilapan diri adalah lebih baik daripada menyalahkan orang lain supaya hidup lebih bahagia mewarnai kehidupan.
Allah S.W.T lebih mengetahui segalanya dan serahkan segala urusan hidup kita kepada Allah S.W.T. Kita tidak boleh menilai siapa kita kerana penilaian Allah S.W.T itu lebih benar sama ada yang terserlah atau tersembunyi. Biarlah orang menilai kita macam mana tetapi kita letak nilai kita di sisi Allah S.W.T dan bukan di sisi manusia.
Doakan orang-orang di sekeliling dengan doa yang baik-baik tanpa pengetahuan mereka. Kebahagiaan adalah milik semua insan dan dengan doa, hidup kita menjadi lebih baik dan tenang-tenang sahaja. Syukur Alhamdulillah atas nikmat-Mu ini.. Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang..
Doa dan restu suami, ibu dan anak-anak semoga sentiasa mewarnai kehidupanku..Allah S.W.T segala-galanya..
semoga menjadi pengajaran supaya hidup lebih tabah dan cekal untuk menuju kebahagiaan dan kejayaan yang diredhai Allah S.W.T..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment