Monday, 28 December 2015

Kejayaan Yang hakiki dan Kebahagiaan Yang Abadi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.. Kita sambung siri motivasi tentang hakikat kehidupan... Alhamdulillah, sudah 33 tahun aku menikmati dunia kehidupan dan melalui fasa-fasa yang baru dalam hidupku. Setiap hari aku mengorak langkah menghitung hari melalui rutin harian biasa sebagai seorang yang bergelar wanita. Aku hanya wanita biasa yang bekerjaya dan mempunyai keluarga seperti insan-insan lain. Aku selalu mengingatkan diriku supaya jangan mudah menyerah kalah dan teruskanlah perjuangan meniti arus kehidupan. Pasang, surut, tenang dan kalut seperti ombak di pantai beralun tenang dan berombak deras mengikut musim-musimnya. Teringat aku ketika zaman kanak-kanak..selalu bermain di tepi pantai, mencari anak-anak ketam kecil yang bersembunyi di sebalik pepasir yang memutih, kulit-kulit kerang pelbagai bentuk yang indah dan cantik lalu aku naik di atas kubu pantai, duduk bertaffakur di situ melihat keindahan Ciptaan Ilahi. Laut china selatan yang memukau pandangan mata membuatkan fikiranku lapang dan hatiku bahagia menikmati hidup.Itulah yang dikatakan nikmat Ilahi datang pelbagai bentuk dan rupanya tidak terjangkau dek pemikiran kita yang cetek. Kejayaan yang hakiki dan kebahagiaan yang abadi sebenarnya dicapai dengan ketenangan hati dan hati itu tenang apabila kita sentiasa mengingati Allah S.W.T dalam hidup dan selalu mengingatkan diri yang kita senantiasa berada dalam pengawasan-Nya. Kita mengorak langkah satu persatu menghayunkan kaki ke mana kita pergi, apa yang kita bawa bersama adalah sekeping hati...

Cuti Sekolah Sudah Berakhir Tahun 2015...

Tahun 2015 sudah hampir melabuhkan tirainya dan tahun 2016 semakin hampir tiba..terasa masa begitu cepat berlalu dan aku masih lagi di sini menanti dan mencari suatu ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. Tiada yang dicari bukan wang yang berjuta, harta yang bertimbun, kehidupan yang serba mewah tetapi yang dicari keberkatan dalam hidup yang mahal harganya. Takkan mampu dibeli tetapi boleh dinikmati oleh mereka yang menghargai dan mencari nikmat Iman dan Islam..

Friday, 5 June 2015

PERCUTIAN DI KALA CUTI SEKOLAH BERMULA..

Membawa anak-anak bercuti bersama encik suami merupakan rutinku setiap tahun.. Alangkah bahagia melihat anak-anak bermain dengan bapanya..aktiviti snorkelling bersama famili. Terserlah sifat kebapaan dan berat tanggungjawab yang dipikul oleh encik suami sebagai ketua keluarga dalam memastikan keharmonian keluarganya.. Aku sebagai ibu..terasa bertuah Allah S.W.T memilih aku untuk menjadi seorang isteri kepada encik suami dan ibu kepada anak-anak. Alhamdulillah..impian aku sebenarnya tercapai untuk memiliki keluarga sendiri dan melihat anak-anak membesar di depan mataku. Allah Maha Memberi.. Keluarga adalah anugerah Allah yang terindah dalam hidup seseorang insan yang bergelar wanita. Tidak ada wanita yang tidak ingin bergelar seorang ibu sedangkan sifat kasih dan penyayang itu sudah sebati dalam jiwa wanita. Aku selalu melihat tatkala aku membawa anak-anakku, ramai yang ingin memegang dan mencuit pipi anak-anakku sambil tersenyum.." comelnyer...". Aku juga seperti mereka. Kalau boleh setiap hari ingin menatap wajah si kecil kerana di sebalik wajah itu terserlah ketenangan yang tiada taranya, mencium mereka menghilangkan rasa kekalutan di jiwaku, rasa bahagia akan bertandang menemani hari-hariku.. Tiada sehari aku boleh hidup tanpa mereka. Mengasihi mereka dan mengatakan " Ummi sayang kamu semua"...kerana mereka masih lagi tiada dosa dan bau wangian pipi mereka masih lagi tidak berbaur dosa dan secalit noda. Insyaallah..Ummi dan abah ukirkan kamu semua dalam kanvas ketakwaan dan hidup beragama....Amin. Semoga hasrat dan impianku tercapai untuk melihat mereka dalam hidup yang diredhai Allah S.W.T. Aminn..

Sunday, 24 May 2015

Ya Allah aku mahu sempurnakan cintaMu untukku dan aku mohon sempurnakanlah cintaku untukMu..aku hanya insan biasa.....

Aku hanya insan biasa yang mendambakan kebahagiaan yang hakiki dan penuh ketenangan dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan warna-warni terukir di sepanjang perjalanan... Sempurnakanlah cintaku untuk-Mu..dalam menggapai redhaMu, kebahagiaan yang didambakan, ketenangan yang dibutuhkan impian setiap insan. Aku jua seperti mereka semua ingin menikmati kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup..ketenangan yang hakiki dalm mencintai-Mu. Bahagiakanlah aku selamanya dan tenangkanlah aku dalam dakapan rahmat-Mu..Aminn Dalam meniti kehidupan yang pelbagai mehnah dan tribulasi...aku berpegang kepada nasihat ibuku..apa yang baik daripada ibuku, aku turuti sebagai panduan untuk aku merencana kehidupanku. Kekuatan semangat dan cintanya kepada anak-anak walau tidak diluahkan namun dirasa dengan mata hati Aku hidup penuh impian dan cita-cita..tulus mendambakan kebahagiaan daripada Ilahi, menikmati kehidupan seadanya penuh cinta dan kasih sayang.. Satu impian dan cita-cita biasa tetapi impaknya penuh realiti, berpijak di bumi nyata bukan alam fantasi penuh ilusi...hidup jangan dibiarkan berlalu..pergi dan terus pergi tanpa henti tetapi penuhi hari-hari kita dengan mengingati-Nya. hanya hati yang sentiasa berzikir kepada-nya akan tenang selama-lamanya..... Katakanlah kepadaku...dimana yang engkau kejar dan dambakan untuk memenuhi tuntutan hidupmu...apa yang engkau inginkan akan engkau capai tetapi engkau akan penat mengejar dan terus mengejar lalu engkau berhenti di persimpangan menghelakan nafas panjang keletihan...engkau pun berfikir...apa sebenarnya yang engkau dambakan dan mahukan....tentu hati kecil yang tulusnya akan menjawab..aku ingin kebahagiaan dan ketenangan selamanya dan engkau tahu jawapannya ada pada hati yang tulus ikhlas bukan hati yang penuh kesombongan dan kebanggaan dalam mencari kekayaan dan kemegahan diri.. Semoga Allah senantiasa memandu kita menggapai redhanya..salam sayang dariku untuk semua yang menyayangiku kerana Allah S.W.T

Saturday, 3 January 2015

Azam Tahun Baru 2015


Azam tahun baru 2015 adalah ingin buat yang terbaik. Biasa dengar je ayat biasa-biasa ni..tak bombastiklah..
ermm..Yang pastinya, Tekad di hati, bulatkan fikiran dan tentukan matlamat yang ingin dicapai pada tahun 2015 ini. Sudah sampai masa dan ketikanya berjuang dan terus berjuang tiada masa lagi untuk membuang masa..Ayuh tingkatkan prestasi, jangan cepat putus asa. Agik idup agik ngelabang..bisakah betul ayat itu..selagi hidup terus berjuang. Di mana aku yang dulu..seorang yang optimis, memiliki semangat luar biasa dan hati yang kental terus berjuang mencapai cita-cita. Perbaiki diri lantas memotivasi diri untuk menjadi yang lebih baik daripada semalam. Aku inginkan yang terbaik dalam hidup justeru aku harus berjuang mencapainya. Aku merancang Allah jua merancang sebaik-baik perancang adalah Allah S.W.T. Aku hanya mampu merancang, berdoa dan bertawakkal. Allah S.W.T Penentu segalanya. Semoga yang baik-baik datang dalam hidupku..Insyaallah. Doa ku panjatkan...

yang terindah hanya untuk-Mu, Ya Allah

Kebahagiaan yang didambakan insan,ketenangan yang dicari bukan semudah yang disangka tetapi diusahakan dengan penuh kesungguhan, Tawakkal sepenuhnya kepada Allah yang Maha Esa..
Mencari Kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki bukan semudah yang disangka dan menjadi mainan terukir di bibir saban waktu. Hanya dengan mengatur langkah dan bertawakkal kepada Allah S.W.T setiap yang kita rancangkan pasti menjadi kenyataan dengan izin-Nya jua..

Hanya Yang Terindah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bertemu kita kembali dalam tahun 2015 ini. Azam tahun baruku lebih mencabar dan azam ini aku sematkan dalam diri agar tercapai jua akhirnya. Kita merancang Allah S.W.T jua yang menentukan..