Friday, 5 June 2015

PERCUTIAN DI KALA CUTI SEKOLAH BERMULA..

Membawa anak-anak bercuti bersama encik suami merupakan rutinku setiap tahun.. Alangkah bahagia melihat anak-anak bermain dengan bapanya..aktiviti snorkelling bersama famili. Terserlah sifat kebapaan dan berat tanggungjawab yang dipikul oleh encik suami sebagai ketua keluarga dalam memastikan keharmonian keluarganya.. Aku sebagai ibu..terasa bertuah Allah S.W.T memilih aku untuk menjadi seorang isteri kepada encik suami dan ibu kepada anak-anak. Alhamdulillah..impian aku sebenarnya tercapai untuk memiliki keluarga sendiri dan melihat anak-anak membesar di depan mataku. Allah Maha Memberi.. Keluarga adalah anugerah Allah yang terindah dalam hidup seseorang insan yang bergelar wanita. Tidak ada wanita yang tidak ingin bergelar seorang ibu sedangkan sifat kasih dan penyayang itu sudah sebati dalam jiwa wanita. Aku selalu melihat tatkala aku membawa anak-anakku, ramai yang ingin memegang dan mencuit pipi anak-anakku sambil tersenyum.." comelnyer...". Aku juga seperti mereka. Kalau boleh setiap hari ingin menatap wajah si kecil kerana di sebalik wajah itu terserlah ketenangan yang tiada taranya, mencium mereka menghilangkan rasa kekalutan di jiwaku, rasa bahagia akan bertandang menemani hari-hariku.. Tiada sehari aku boleh hidup tanpa mereka. Mengasihi mereka dan mengatakan " Ummi sayang kamu semua"...kerana mereka masih lagi tiada dosa dan bau wangian pipi mereka masih lagi tidak berbaur dosa dan secalit noda. Insyaallah..Ummi dan abah ukirkan kamu semua dalam kanvas ketakwaan dan hidup beragama....Amin. Semoga hasrat dan impianku tercapai untuk melihat mereka dalam hidup yang diredhai Allah S.W.T. Aminn..

No comments: