Monday, 31 December 2018

Hikmah Penghijrahan..semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T..Aamiin


Alhamdulillah, banyak urusan pindah dah selesai di Kelantan setakat ini untuk tahun 2018. Ada beberapa urusan perpindahan juga sudah diselesaikan di Johor (setakat ini kali keempat sudah kami berpindah). Banyak hikmahnya berpindah ini walaupun sedikit kesukaran terpaksa kami sekeluarga tempuhi. Alhamdulillah, setakat ini semua urusan berjalan dengan lancar. Urusan anak-anak terutama abang Faheem masuk ke Maahad Muhammadi lelaki, alhamdulillah sudah beres dan urusan pindah sekolah kakak Iffah dan tadika abang Fateh dan Adik Faris tiada masalah. Rabbi Yassir Wa La Tua’ssir. Untuk urusan pindah kali ini banyak hikmah yang Umi dapat teladani.  Terhutang budi pada Jiran-jiran sebelah rumah di Johor, dekat dan jauh, ahli keluarga kami serta Terhutang budi terutama kepada kakak Umi, Kak Ma juga kerana anak kak Ma, abang Faiz banyak membantu abah menguruskan barang-barang pindah kami menggunakan perkhidmatan lori sewa. Cerita tentang perpindahan kami kali ini, Umi meminta tolong daripada anak saudara umi, abang Faiz di Pasir Mas meneman dan membantu abah untuk mengambil barang-barang kami di Johor. Apabila berpindah tempat, banyak urusan perlu diselesaikan. Kami kena selesaikan satu persatu. Bulan Disember 2018 ini adalah saat kesibukan yang tiada berpenghujung kerana perpindahan ini. Urusan rumah sewa, pindah anak, pindah barang, selesaikan bab belajar dahulu sedikit demi sedikit sebelum sambung balik mood rajin tu, dan urusan persekolahan anak-anak. Kakak umi, kak Ma dan abang Ipar Umi, abang Yu  bersungguh-sungguh ingin membantu. Usai ambik abang Faiz di Pasir Mas, kami ada beberapa urusan yang nak diselesaikan di Ketereh. Dek banyak sangat perkara yang perlu diselesaikan di Ketereh, abah nak cancelkan tiket bas sebab takut terlambat dan tertinggal bas ke Johor. Naik bas kat Pasir Hor. Jauh juga tu Pasir Mas-Ketereh-Pasir Hor. Abah lupa nak bawa baju dan dokumen. Umi secara spontan bagi cadangan supaya hantar abah dan abang Faiz dulu ke stesen bas, bab baju dan dokumen uruskan kemudian. Baju boleh beli di mana-mana pasar raya, dan dokumen boleh je muat turun daripada internet.  Kebetulan pula, pakaian yang dah siap dibasuh dengan mesin dobi dan beg travel pun dah ada. Apa lagi abang Faheem dengan pantas sediakan keperluan untuk abah siap dengan beg travel sekali. Abang Faheem dah biasa dengan kehidupan travel kami sekeluarga. Abah cakap umi kreatif. Abah tak terfikir sebenarnya nak buat macam tu. Sebenarnya Itulah pengalaman yang membuatkan kita sentiasa berfikir untuk memudahkan urusan. Seandainya tiada pengalaman sebegini, susah juga kami sekeluarga untuk menghadapi situasi pindah randah ni. Apabila berpindah, banyak keputusan segera perlu dibuat. Dalam banyak urusan, umi dan abah saling sepakat. Banyak keputusan kami buat bersama. Abah mementingkan kesempurnaan, umi pulak jenis simple je asalkan buat jangan tak buat. Yang paling penting semuanya beres dan bisa diatur. Jangan tak bisa-bisa, sampai semuanya tak menjadi. Plan A tak menjadi, ada Plan B, Plan C, dan seterusnya. Kesusahan mengajar kita tentang erti hidup yang sebenarnya. Pengalaman lalu mengajar Umi untuk terus gigih dan bersabar dalam menempuh dugaan dan ujian.

Yang paling penting, kita merancang, berusaha dan bertawakkal…alhamdulillah selesai..insya Allah, semuanya yang terbaik daripada Allah S.W.T jua.


Syukur Rezeki Tahun 2018..semoga Allah Memberkati..Segalanya Milik Allah S.W.T


Alhamdulillah, syukur segalanya atas rezeki ini. Untuk perancangan tahun 2018 ini, banyak juga yang tercapai melebihi pada target Umi sebenarnya. Semuanya rezeki daripada Allah S.W.T. Impian Umi untuk dapatkan cuti belajar bergaji penuh (Phd) tercapai akhirnya setelah dua kali Umi memohon untuk dapatkan cuti belajar ni. Pertama kali Umi memohon cuti belajar gagal dan kali kedua tahun 2018 alhamdulillah berjaya . Allah S.W.T bagi Umi cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa dan Allah S.W.T kurniakan Umi  perkara yang Umi rasa sukar tetapi Allah S.W.T berikan Umi juga rezekinya yang tidak disangka-sangka. Semuanya berkat daripada orang-orang yang baik berada di sekeliling Umi dan abah yang banyak membantu kami memudahkan urusan. Sebenarnya Allah SWT hantarkan orang-orang yang baik dalam hidup ini. Umi belajar banyak perkara sebenarnya daripada anugerah ini. Kesusahan masa lalu mengajar Umi untuk terus berbuat baik dan cuba memberikan yang terbaik. Semua anugerah ini walaupun daripada usaha Umi tetapi semuanya dengan Izin Allah S.W.T. Umi hanya mampu berusaha. Berkat doa abah, ibu, ahli keluarga, dan sahabat handai yang tersayang banyak membantu serta jiran-jiran yang baik budi di sekeliling baik yang dekat atau pun jauh. Lima perkara yang Umi dapat dalam tahun 2018 walaupun biasa bagi orang lain tetapi ianya merupakan anugerah terindah untuk umi. Tiada yang mampu memberi melainkan Allah S.W.T Yang Maha Berkuasa.  

1.       Cuti belajar bergaji penuh (Phd) dengan biasiswa 2018

2.       Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

3.       Abah dapat pindah ke Kelantan (kami sekeluarga dapat ikut berpindah)

4.       Abang Faheem dapat sekolah di Maahad Muhammadi Lelaki

5.       Abang Fateh sudah sembuh sedikit daripada ekzema dan dapat tidur lena sedikit (sebelum ini Fateh tak pernah tidur lena kerana penyakitnya).

Monday, 24 September 2018

Di Dalam Mencari Yang Sempurna Maka Yang Terbaik Akan Hilang



Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan. Alhamdulillah setiap detik dan waktu Allah SWT memberikan aku ruang dan kesempatan melihat dan meneroka di setiap genap alam. Bermusafir menikmati kebesaran dan keagungan Allah SWT. Hanya dalam hatiku betapa besarnya nikmat yang Allah SWT berikan untukku. Allahu Akbar. Allah SWT banyak mendidikku dan memberi pengajaran menginsafi segala kelemahan diri bahawa tiada yang sempurna di dunia ini. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Aku sangat memahami dalam mencari yang sempurna maka yang terbaik akan hilang. Yang terbaik di sisiku anugerah Ilahi. Dalam surah Ar Rahman aku hayati tafsirannya : “ Nikmat apa lagi yang mahu didustakan” . Syukur saat derita Allah kurniakan bahagia, saat susah Allah hadiahkan rezeki..alhamdulillah. Sedikit sebanyak rasa bersyukur bertandang juga nikmat Ilahi walau macam mana sekali pun. Allah SWT datangkan suami, anak-anak dan sahabat-sahabat yang baik juga satu rezeki bagiku…Doa seorang ibu adalah yang terbaik untuk anak-anaknya. Segala yang baik itu datangnya rezeki daripada Allah…Allah kurniakan segalanya dan tidak perlu lagi rasanya mencari kesempurnaan…aku belajar menerima semuanya seadanya. Segala yang ada sudah cukup bagiku dalam memberi erti hidup. Syukur dipanjatkan kepada Ilahi, aku pernah merasai kehilangan orang yang sangat aku sayangi yang sentiasa ada saat aku memerlukan, memberi motivasi dan harapan untuk berjaya dunia akhirat. Mendoakanku saban waktu dan memberi harapan untuk aku berjaya dalam pelajaran. Itulah arwah ayah. Nasihat dan pedoman sehingga kini masih aku ingat dan teladani. Bersyukurlah seandainya kita masih ada lagi ayah yang baik yang sentiasa menyayangi anak-anaknya. Jangan lihat apa yang kita tiada.  Arwah ayah meninggal semasa aku masih lagi belajar mengenal erti dunia dan bertatih meneruskan semangat dan motivasi untuk belajar. Arwah ayah meninggal masa aku di tingkatan dua. Saat aku kehilangan arwah ayah semasa aku masih lagi memerlukannya dan pada saat yang tepat, Allah SWT menggantikan aku dengan seorang suami yang sentiasa menemaniku saat susah dan payah. Sebab itulah aku belajar banyak erti syukur. Aku tidak pernah ingin mencari kesempurnaan. Pesanan arwah untuk aku belajar bersungguh-sungguh sampai sekarang menjadi pencetus motivasiku untuk belajar dan meneruskan pencarian ilmu walau sebenarnya dahulu aku belajar dalam serba kekurangan. Tiada istilah sekolah hebat, guru yang hebat. Sekolah kampung sahaja.  Aku juga pelajar yang biasa sahaja. Anak orang kampung. Cuma yang ada pada masa tu, guru-guru yang segalanya diberkati sehingga melahirkan ramai yang mendapat gelaran graduan universiti.  Aku bersyukur juga dapat menjejakkan kaki ke universiti Malaya dan sampai sekarang Allah SWT memberikanku peluang untuk menimba ilmu. Sebab itulah, aku berpegang pada prinsip kekurangan bukan alasan untuk tidak berjaya. Mengingati masa lalu dalam serba kepayahan, aku belajar erti bersyukur. Melihat banyak segi kehidupan dalam permusafiran merantau ke negeri orang, aku belajar tentang istilah mensyukuri apa yang ada dan terus berusaha. Tidak gentar dan takut..selagi ada redha daripada ibu dan restu daripada suamiku, aku yakin segalanya akan berjalan dengan lancar. Semoga Allah mempermudahkan segalanya.. Cukuplah apa yang ada dan Allah SWT berhak memberi atas segalanya. Aku hanya mampu berusaha. Semoga kehidupanku, keluargaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, jiran-jiranku, anak-anak didikku Insya Allah semakin diberkati….Aamiin.

Thursday, 6 September 2018

Artikel Perkahwinan Bercerita Seribu Rasa...menulis Untuk Memotivasikan Diri Dan Orang Yang Sudi Membaca..

Bersyukur sekian lama menulis dan menulis artikel dan cerpen, tercapai jua hasrat ingin melihat artikel dan cerpen dibukukan walaupun hanya mampu menulis secara berjamaah..walaupun begitu, menulis dan terus menulis untuk mengekalkan momentum diri dalam bidang penulisan. Minat yang mendalam dan suka menulis walau terkadang menjadi ketagih dalam menulis. Sejak di bangku sekolah lagi aku menulis setiap coretan tetapi tidak dikumpulkan lalu ianya hanyalah seperti angin lalu dan terus hilang. Hanya buat tatapan diri sahaja.. Namun sekarang zaman sudah berubah, teknologi semakin canggih,  maka pembelajaran secara online menjadi pilihan untuk aku insan yang suka menulis. Menulis bukan untuk suka-suka tetapi harapan dan impian semoga ianya bermanfaat untuk diri dan masyarakat..setiap buku yang bermanfaat bukan sampah andai ianya menjadi manfaat untuk diri dan orang lain menjadi insan yang lebih baik..Alhamdulillah, buku-buku ini menjadi bukti aku suka menulis walau masaku sangat terhad untuk berkarya...jika ada sesiapa yang teringin memiliki atau merasakan ingin tahu lebih lanjut isi kandungan dan manfaat buku-buku ini, insya Allah boleh membantu dalam memahami sedikit demi sedikit tentang isu-isu perkahwinan dalam membina bahagia dalam perkahwinan. Insya Allah. Semoga ianya sangat bermanfaat. Sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi saya : nama pena : fatihannur osman 0195134741.


Tuesday, 4 September 2018

Pengalaman Mengajar Mematangkan Diri Dalam Menghadapi Cabaran Kehidupan

Pengalaman Dalam Mengajar Mendewasakan Diri Menghadapi Cabaran Hidup

Alhamdulillah semalam 4.9.2018, Allah SWT memberi peluang untukku memulakan langkah ke era baru, era yang penuh cabaran, meneroka dan mendalami ilmu pengetahuan. Makna Ilmuan seandainya diberikan pengertian ianya amatlah mendalam. Bukan ku mahu menjadi ilmuan terbilang tetapi mendapatkan redha Ilahi dalam menggapai kasih sayang-Nya. Semoga Ilmu yang ku cari diberkati dan diredhai Ilahi. Terima kasih suamiku menemaniku mendaftarkan diri sebagai seorang Siswazah. Syukur semalam Allah SWT memberi masa untuk suamiku meluangkan masanya sekejap dengan keizinan en.Omar Bin Hassan, Pengarah Kolej Vokasional Tanjung Puteri. Terima kasih kami ucapkan. Alhamdulillah, ini kali ketiga aku bergelar Siswazah Universiti. Bersyukur Allah SWT memberi peluang untukku bergelar pendidik dan seterusnya diberi ruang untuk mencari ilmu. Semoga sedikit ilmu yang ada mampu memberi inspirasi kepada yang lain untuk terus berusaha mencari ilmu buat pedoman diri dan anak-anak didik untuk berjaya di dunia dan akhirat. Insya Allah.
Bercerita serba sedikit tentang pengalaman menjadi seorang pendidik yang mendidik anak didik seawal umur 5 tahun hingga mereka yang sudah dewasa menjadikan seluruh ruang kehidupanku sungguh bermakna. Pengalaman itu mahal harganya dan tidak boleh dibeli di mana-mana. Syukur sebelum aku melangkah keluar dari dunia kerjaya sebagai seorang pendidik, aku ditugaskan mengajar anak-anak didik di Tadika Semaian Subur tempat aku mengajar.  Walaupun sebentar cuma tak sampai dua bulan aku mengajar mereka, banyak perkara yang aku pelajari. Ibrah daripada mengajar mereka, aku teladani satu persatu. Kasih sayang dan rahmat Ilahi sentiasa bersama kita apabila mengajar kanak-kanak yang tidak mengenal erti pahala dan dosa..Alhamdulillah, mencabar juga mengajar anak-anak kecil. pengalaman mendidik anak-anakku sebaya mereka menjadikan aku lebih sabar dan matang dalam mendidik. Terasa hidup makin tenang, hari-hari yang bertandang terasa dirahmati. Wajah yang polos dan suci itu aku santuni seperti jua anak-anakku. Rezekiku juga semakin murah sejak mengajar mereka. Syukur alhamdulillah. Sejak aku menjadi pendidik selama 13 tahun ni, aku merasakan bukan mudah dan bukan juga susah berada dalam dunia pendidikan.  Walaupun menjadi seorang pendidik, tugasan yang rencam banyak mencabar diri untuk terus gigih dalam menyiapkan tugasan yang diberi walaupun kemampuan diri tetap membataskan. Sebagai pendidik dan juga ibu rumahtangga perlu dibereskan dan dibahagikan masa dengan baik. Alhamdulillah, sepanjang mengajar anak-anak di Tadika Semaian Subur, aku kutip sedikit demi sedikit permata ilmu, belajar memahami jiwa dan kehendak mereka. Begitu juga anak didikku yang remaja dan dewasa, siang dan malam aku mengajar dan memberi ilmu walau sedikit cuma semoga ianya terkesan di hati. Sedikit sahaja ilmu yang ada pada diri dapat dikongsi. Semoga aku dapat sebarkan ilmu buat mereka. Harapanku hanya satu agar   walau sedikit dapat menjadi sesuatu yang bermanfaat buat mereka. Kalau tidak hari ini mungkin jua akan datang. Dalam dunia pendidikan, kita akan mengenal erti bahagia andai kita lakukan seikhlas hati. Semakin lama, kita akan semakin mengenal apa itu ikhlas dalam mendidik bila mana kita cuba berkorban masa yang sedikit kepada mereka. Mungkin bukan hari ini mereka mengingati apa yang kita beri, esok lusa mereka akan memahami. Itulah tugas sebenar seorang pendidik. Yang paling penting kita sebagai pendidik merasa bahagia dalam memberi segalanya untuk mereka. Seringkali jua senyuman sentiasa terukir di hati melihat telatah dan gelagat mereka walaupun kelelahan tetapi kepuasan itu sungguh mendalam aku dapatkan. Aku merasakan hidupku makin bermakna. Terasa berat sebenarnya melepaskan dunia itu walau sebentar cuma demi mencari ilmu yang bermanfaat buat diri dan mereka. Dunia pendidikan walau penuh cabaran tetapi andai dilalui dengan penuh sabar dan tabah insya Allah, ia akan membuahkan hasil yang baik. Insya Allah, seperti kata peribahasa, benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. Aku menganggap anak-anakku dan anak-anak  didikku semuanya benih yang baik dan semua mereka berhak mengecapi kejayaan dunia dan akhirat. Kejayaan itu subjektif sifatnya. Kita sendiri yang memaknai kejayaan itu. Insya Allah. Aamiin.

Tuesday, 14 August 2018

LGBT : Salahkah Ibu mengandung..

Persoalan pokok yang utama ingin aku utarakan sebagai seorang ibu. Apakah perasaan seorang ibu apabila ada antara anak-anaknya diistilah sebagai seorang pondan, makyah atau lelaki lembut. Walaupun tiada dalam ahli keluargaku seperti sedemikian, aku tetap memahami bukan senang untuk mendidik anak-anak tambahan pula dalam persekitaran yang cukup mencabar masa kini. Bukan kehendak seorang ibu apabila anak berubah menjadi transgender. Nau'zubillah min zalik..Seorang ibu pastinya inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Apakah mekanisme penyelesaian yang terbaik daripada segala masalah yang ada..

1. Didikan agama sejak daripada awal lagi sangat penting dalam mengatasi masalah LGBT.

2.Cara pergaulan dan bagaimana mereka dibesarkan, persekitaran dan kawan-kawan mereka akan membentuk jiwa mereka yang lebih kepada sifat feminin.

3. Bapa perlu menjadi sahabat baik kepada anak-anak lelaki..tidak lepas tangan semata-mata kepada seorang ibu mendidik anak-anak lelaki dan perempuan.

4. Melatih anak-anak lelaki untuk melakukan kerja-kerja yang berat dan lebih berdikari. 

5. Usaha yang padu dan kerjasama semua pihak sangat penting dalam menangani isu LGBT. Tidak menghukum mereka tetapi memberi peluang untuk mereka bertaubat nasuha. Sentiasa ingatkan mereka tentang ayat-ayat al-Quran yang memberi peringatan kepada golongan ini. Jika mereka ingin berubah, maka terimalah golongan LGBT ini seadanya kerana secara fitrahnya mereka dilahirkan sebagai lelaki sejati. Tetapi kerana silap didikan dan salah memilih kawan, mereka terjebak dalam LGBT.

6. Menyediakan pusat-pusat intervensi pemulihan dan kaunseling islam untuk memulihkan mereka dan mengikut landasan islam yang sebenar.

Menghukum bukan menyelesaikan masalah tetapi berdakwah dan mengajak mereka ke arah jalan yang benar itu sebaik-baiknya. 


Friday, 10 August 2018

Pelangi Indah Memukau Hati dan Perasaan

Indah warna pelangi yang muncul tatkala hujan terhenti seketika. Hujan badai yang diredah dalam episod kehidupan rupanya ada sirna yang teragung Allah SWT kurniakan dan anugerahkan kepada sesiapa yang diberi ujian dalam hidupnya. Rezeki demi rezeki yang dikurniakan bukan untuk dibanggakan apatah lagi riak dan bangga atas kurniaan Ilahi. Semua rezeki daripada Allah SWT. Alhamdulillah...tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata namun perilaku dan keyakinan di hati bahawa segalanya milik Ilahi. Allah SWT hanya memberi pinjaman atas nikmat ini. Yakin bahawa kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita. Jaga Allah, Allah jaga kita. Insya Allah, nikmatNya datang dengan melimpah ruah.Tidak sombong dan riak dengan rezeki Allah. Nasihat untuk diri sendiri. Merendah diri seumpama resmi padi

Tuesday, 17 July 2018

Pengalaman Adalah Guru Yang Terbaik


Pengalaman adalah guru yang terbaik

Berguru dengan pengalaman adalah cara yang paling ampuh untuk terus bertahan dalam mendepani cabaran dalam arus kehidupan yang penuh dengan onak dan duri. Alam yang terbentang luas menjadi seribu satu pengajaran buat kita.  Kehidupan yang penuh dengan pengalaman memberikan seribu satu pengertian dalam kehidupan. Ilmu pengetahuan dan pengalaman adalah guru yang berharga di dalam kehidupan. Ianya tidak boleh dibeli dan mahal nilainya dalam kehidupan. Dengan pengalaman, kita berjaya mengharungi saat sukar dan dugaan dengan penuh kematangan dan belajar untuk tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Dengan ilmu dan pengalaman juga kita memperoleh kemahiran dan kepakaran dalam sesuatu bidang yang kita ceburi. Belajarlah daripada pengalaman diri dan orang lain untuk berjaya. Renunglah dengan pandangan mata hati yang dalam di saat kita diuji dengan kegagalan, kita bersyukur. Ujian mematangkan diri dan membina kekuatan dalaman untuk terus teguh berdiri, bangkit dalam mengejar impian dan cita-cita kita.  Kegagalan bukan untuk selama-lamanya dan kejayaan menanti untuk orang yang bersabar dalam menempuh liku-liku kehidupan.  Kita berjaya bukan bermakna kita hebat tetapi semuanya dengan izin Allah S.W.T.Hidup umpama roda. Sewaktu berada di puncak kejayaan, ingatlah saat kita berada di bawah. Saat kita susah dan sukar untuk kita menyedari bahawa segala milik Ilahi. Tiada satu pun milik kita. bersyukur seadanya anugerah terindah di dalam kehidupan. Bahagia buat yang sentiasa bersyukur. semoga Allah sentiasa memberkati kita setiap saat dan waktu. Aamiin.

Sunday, 8 July 2018

Tip Menghantar Anak Ke Rumah Pengasuh Atau Taska

Tip Menghantar Anak Kepada Pengasuh Di Rumah Atau Guru Taska

Bismillahirrahmaanirrahim..mengingatkan banyak kes yang mengorbankan nyawa bayi dan kanak-kanak disebabkan oleh kecuaian pengasuh sebenarnya memberi tekanan kepada ibu bapa yang bekerja. Penderaan yang dilakukan begitu meruntun hati dan jiwa. Nau'zubillahi Min Zalik. Kerisauan dan kebimbangan meninggalkan anak-anak dengan orang lain menyebabkan ibu-ibu terpaksa meninggalkan kerjaya masing-masing demi menjaga anak-anak yang masih bayi. Aku memahami perasaan itu kerana suatu ketika aku juga mengalami satu situasi yang sama di mana aku berhasrat mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anak-anak. Kasih sayang terhadap anak-anak tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Namun aku membatalkan hasrat kerana Allah mempermudahkan urusanku dalam penjagaan anak-anak. Aku sangat-sangat berterima kasih kepada mereka yang pernah dan sedang menjaga anak-anakku. Tanpa mereka,  mampukah aku dengan tenang mengajar anak-anak didikku. Bersyukurlah dalam setiap kesukaran itu ada kemudahan yang Allah sediakan. Walau di benak fikiranku setiap hari aku bimbang tentang anak-anak. Cuma doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal yang menjadi pegangan dan prinsipku dalam menempuhi kehidupan yang penuh cabaran ini. Sedikit tip atau panduan yang boleh diberikan berdasarkan pengalaman aku menghantar anak-anak ke rumah pengasuh di rumah atau taska..alhamdulillah aku bersyukur sepanjang aku menghantar anak-anak dari anak yang pertama sampai keempat di rumah pengasuh atau taska, aku tidak menghadapi banyak masalah. Mungkin jadual mengajar dari pukul 7.30 hingga 4.30 membolehkan aku dan suami menghantar dan mengambil anak mengikut masanya. Pulang dari mengajar dan menempuhi perjalanan trafik jam dari IPG ke rumah kira-kira pukul 6 lebih aku sampai di rumah. 
Jadi tips ini insya Allah sedikit sebanyak boleh membantu kepada mereka yang masih baharu dalam menimang cahaya mata dan bimbang meninggalkan anak-anak kepada pengasuh. 

1. Cari pengasuh dan taska yang berdaftar dengan Kementerian, mempunyai pengalaman, pengasih dan penyayang terhadap kanak-kanak.

2. Melihat persekitaran kediaman dan kehidupan sosial ahli keluarga pengasuh. Akhlak yang baik dan minat dalam mengasuh kanak-kanak serta tidak bermotifkan keuntungan semata-mata menjauhkan mereka yang mengasuh kanak-kanak melakukan penderaan terhadap bayi dan kanak-kanak. 

3.Cari pengasuh yang menutup aurat dan mempunyai ilmu agama yang baik. Kalau naluri kita tak sedap hati nak letak jangan letak. Cari pengasuh lain dan doa banyak-banyak dapat jumpa orang-orang yang baik dan ikhlas hatinya. 

4.Baby sangat fragile. Mempunyai risiko yang tinggi untuk mudah terjatuh dan tersedak susu. Mereka yang berpengalaman dalam mengendalikan bayi dan kanak-kanak dapat meminimumkan risiko ini.

5. Jaga hati dan perasaan pengasuh. Selalu berterima kasih dan menghargai mereka. Bayar duit pengasuh tepat mengikut waktunya. 

6. Niat kerana Allah S.W.T dan untuk memudahkan urusan orang. Insya Allah, Allah mempermudahkan urusan kita.

5.Doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal. Semoga Allah S.W.T menemukan kita dengan orang-orang yang ikhlas dalam menjaga anak-anak kita dan menjauhkan anak-anak dari keburukan dan musibah. 

6.Setiap hari amalkan baca doa sebanyak tujuh kali "Bismillahi llazii la yadurru ma'as mihi syai'un fil ardi wala  fissama'ii wahu ssami'ul A'liim.

Terjemahan : Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat, sesuatu di bumi juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Sedikit perkongsian pengalaman ini semoga memberi manfaat. Kita hanya mampu berusaha, Allah yang menentukan segalanya. 

Wednesday, 20 June 2018

Tips Untuk Mengelakkan Baby Blues atau Gangguan Emosi Selepas Bersalin

Bismillah...ingin aku ceritakan sedikit pengalaman aku sewaktu mengandung dan melahirkan keempat-keempat orang anakku..pada pendapat aku, seseorang wanita yang mengandung dan melahirkan anak pastinya sedikit sebanyak mengalami baby blues. Tekanan emosi tinggi atau rendah bergantung kepada situasi yang dialami. Banyak faktor yang memainkan peranan terjadinya baby blues ini. Faktor baka, faktor dalaman dan luaran boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Beberapa tips ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu ibu-ibu di luar sana untuk terus gigih berusaha mengawal emosi ketika mengandung dan selepas melahirkan anak -anak.

1. Merancang kelahiran anak-anak. Seorang wanita perlukan persediaan rapi untuk mengandung dan melahirkan anak-anak.  Seorang wanita yang lebih bersedia dari segi fizikal dan mental akan melahirkan anak-anak yang stabil dari segi perkembangan fizikal dan emosinya. Perbincangan dari hati ke hati penting untuk suami isteri bersedia menyambut kelahiran anak-anak. Persediaan kewangan sebelum, semasa dan selepas melahirkan boleh memberi ketenangan kepada suami isteri dalam menyambut kelahiran anak-anak.

2. Menjaga Pemakanan Ketika Berpantang. Faktor pemakanan amat penting dijaga ketika tempoh berpantang untuk mengelakkan bentan. Banyakkan memakan sayuran yang boleh dimakan ketika berpantang. Seorang ibu yang sedang berpantang perlu mengawal emosi, makan secara teratur dan perlukan rehat dan tidur yang mencukupi. Minta suami mendodoikan anak jika perlu.

2.  Sokongan emosi daripada ahli keluarga terutama suami amat penting dalam membesarkan anak-anak. Bantuan daripada suami amat diperlukan ketika menguruskan anak-anak yang masih kecil. Suami yang rajin membantu urusan rumahtangga dan gigih mencari rezeki untuk keluarga akan disayangi oleh isteri dan anak-anak. Bapa yang penyayang sangat disayangi oleh anak-anak. Perhatian dan kasih sayang seorang bapa yang menjadi ketua keluarga sangat diperlukan ketika anak-anak sedang membesar. Alhamdulillah, fenomena sekarang aku melihat sebahagian besar yang bergelar bapa sudah tidak malu untuk menolong isteri memasak, membasuh dan menyidai kain, menukar lampin, menjaga anak-anak yang kecil dan sebagainya.

3.  Suami dan isteri perlukan lebih masa untuk bersama. Suami isteri sentiasa perlu berkomunikasi antara satu sama lain. Suami memberikan masa untuk isteri berehat dan memberi 'me time' untuk isteri. Suami yang mengorbankan masa untuk menjaga anak-anak yang kecil sementara isteri berehat boleh menenangkan fizikal dan hati isteri yang sedang keletihan. Urusan rumahtangga tidak boleh dipandang mudah dan enteng.

4. Isteri perlu berterus terang dengan suami apa yang disukai dan tidak disukai. Kadangkala suami tidak memahami kehendak isteri. Isteri perlu menceritakan masalahnya kepada suami. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan suami isteri. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Memendam perasaan boleh menyebabkan masalah kemurungan menjadi lebih besar.

5. Suami mesti memberi sokongan yang padu kepada isteri. Isteri yang baik akan menghargai setiap usaha suaminya dalam membahagiakan rumahtangga. Mesti ada give and take..isteri akan lebih bahagia, suami akan lebih mencintai. Insya Allah.

6. Jangan hiraukan fitnah orang lain dalam rumahtangga kita. Kita yang ingin bahagia maka kita sendirilah yang perlu membina bahagia itu bukan orang lain. Kita yang perlu membina benteng dan berusaha memperkukuhkannya. Berdoa banyak-banyak supaya dijauhi daripada fitnah dan kerosakan.

7. Solat berjamaah dan berdoalah sentiasa agar rumahtangga yang dibina bahagia hingga ke syurga. Semoga dijauhkan perkara-perkara yang tidak baik.Insya Allah. Aamiin.

8. Sentiasalah kita semua berusaha membahagiakan rumahtangga dalam sakinah mawaddah wa rahmah. Aamiin.

Semoga tips daripada sebuah pengalaman ini dapat memanfaatkan dan membahagiakan sahabat yang membacanya.

Hasil pengalaman dan nukilan dariku untuk sahabat semua, 
fatihannur Osman

Monday, 18 June 2018

Hanya Orang Yang Merantau Jauh Memahami Perasaan Orang Yang Merantau

Bismillah, alhamdulillah..nasihat ini adalah buat diriku sendiri. Daripada setiap pengalaman demi pengalaman yang aku lalui...aku sangat-sangat bersyukur kepada Ilahi dan berterima kasih kepada mereka yang sudi membantu aku selama berada di perantauan. Sekurang-kurangnya aku tidak merasa betapa sukarnya kehidupan apabila berada di negeri orang. Ketentuan yang Allah suratkan rupanya banyak hikmah yang tersirat. Insya Allah, dalam setiap kesukaran ada kemudahan. Setiap kehidupan yang Allah berikan, rezeki yang dijanjikan Allah untuk setiap hambaNya, bersyukurlah. Sedikit atau banyak, aku belajar erti kesyukuran yang sebenarnya. Alhamdulillah, aku ditarbiyah untuk melihat apa itu sebenarnya kehidupan apabila melihat kehidupan yang sebenarnya terbentang luas di hadapan mataku. Hanya orang yang diberikan peluang oleh Allah untuk merantau jauh akan memahami perasaan orang yang merantau..

Saturday, 16 June 2018

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..Taqabbalallah Minna Wa Minkum..Taqabbal Ya Karim..

Kami suami isteri memohon kemaafan zahir dan batin kepada mereka yang mengenali kami sekeluarga..dengan merendah diri dan dengan penuh harapan semoga kita semua dalam rahmat Ilahi..






Semoga kita semua berada dalam kebahagiaan dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat..Aamiin.

Friday, 15 June 2018

Apabila Bercakap Bahasa Inggeris dan Orang Tanya Kita " Pandai Ke Bahasa Inggeris?"

Alhamdulillah..syukur masih dalam mood raya. Hari ini raya yang kedua...plan nak pi rumah abang. Ziarah-menziarahi amalan mulia dan sangat dituntut dalam Islam. Eratkan silaturrahim antara kita. 

Di sini aku ingin bercerita sedikit tentang temuduga KPM yang aku lalui untuk mendapatkan cuti belajar bergaji penuh (CBBP) Phd ini. Aku diinterview dalam bahasa melayu. Tetapi satu part aku disuruh bercakap dalam bahasa inggeris. Introduce yourself in english. Alhamdulillah, aku dapat bercakap dengan baik dalam bahasa english walaupun dengan broken grammar. Hehe..dan satu lagi aku ditanya "kalau nak buat pembentangan dalam bahasa inggeris di luar negara macam mana?". Apa yang aku jawab "i can improve my language skills". Setiap soalan yang ditanya oleh penemuduga-penemuduga aku jawab dengan penuh keyakinan tetapi tidak dengan overconfident atau nak show off bahawa aku ni pandai. Aku mak budak baru nak belajar. Satu part yang kelakar..penemuduga suruh aku cakap dalam bahasa arab. Aku boleh bercakap sikit tetapi teragak-agak sebabnya aku tak jangka disuruh bercakap dalam bahasa arab. Sebab dah lama tak mengajar dalam bahasa arab. Kena buka buku balik. Kamus Idris Marbawi tu masa belajar dalam kepala dok hafal masih ingat lagi. Cuma kalau nak cakap kena praktis. Practice makes perfect. Nak bercakap dalam bahasa inggeris very fluent pun sama kena praktis.  

Aku pernah praktis dengan orang Iran masa belajar buat master Kaunseling di UTM. Masa tu aku tak berapa faham sangat research methodology. Jadi aku pun pergi tanya Iranian ni yang agak pandai bab research. Beliau mengajar aku dalam bahasa Inggeris. Aku dapat A subjek ni. Tu rezeki namanya atas usaha dan doa. Sebab aku punya prinsip bila rasa diri tak pandai, pi belajar. Masa belajar di Universiti Malaya dulu pun aku lulus MUET sebab tak pernah putus asa nak belajar. 

Satu lagi cerita aku tentang bahasa inggeris dan bahasa arab ni. Masa tahun 2012, aku pi Mekah menunaikan fardhu haji. Aku pernah menolong seorang makcik ni yang lebih kurang sebaya dengan ibuku. Aku layan mak cik ni macam mak sendiri. Banyak kali aku pi bilik beliau melayan beliau bercakap dan picit-picit badannya. Aku suka sebab beliau suka bercerita tentang pengalaman hidupnya. Sesuatu yang agak menarik.
Aku merasa satu pengalaman yang menarik apabila berada di Makkah. Sebabnya dapat menjadi mutawwif tak bertauliah walaupun tak berapa pandai. Masa tu pergerakan aku agak terhad. Lagi satu kalau bab shopping kat gerai-gerai dan butik orang arab ni. Ada sedikit kelebihan berbahasa arab dan bahasa inggeris, dapatlah rezeki harga murah sikit. Cumanya orang arab yang aku kenal kat Makkah ni, jaranglah nak memberi diskaun yang murah-murah sangat. Lagipun mereka ada yang pandai berbahasa melayu campur indonesia sikit.Itulah serba sedikit pengalaman yang dapat aku kongsikan dalam cabaran berbahasa ini. Minta maaf kalau ada yang terasa terguris sepanjang berbahasa ini. Bukan niat untuk show off tetapi bercerita tentang pengalaman diri yang serba kekurangan ini.

Wednesday, 13 June 2018

Apabila Balik Kampung Untuk Berhari Raya

Apabila sebut je raya dan sinonimnya mesti balik kampung. Jarang je orang beraya di bandar. Aku membayangkan 20 tahun akan datang wujudkah lagi kampung seperti hari ini. Adakah kampung esok hari akan terselit di celah-celah pembangunan fizikal yang pesat. Wujudkah lagi panorama kampung yang indah menggamit diri untuk balik menjenguk kampung sehari dua. Insya Allah , andai pembangunan lestari yang diidamkan dan usaha yang keras daripada Perancang Bandar dan Desa akan wujudlah kampung kontemporari
yang tidak dipinggirkan daripada arus pembangunan.

Berbalik kepada ceriteraku waktu cuti sekolah dan hari raya ni untuk balik ke kampung. Kami suami isteri biasanya akan singgah di Kuantan dahulu. Sebabnya suami akan merasa penat dan mengantuk sementara aku meriba si baby kecil. Masa muda-muda dahulu, biasa suami akan memandu terus sampai ke kampung. Sekarang suamiku dah tua sikit..hehe.. penatnya memandu dah mula terasa. Tambahan pula, anak-anak dah mula bosan duduk dalam kereta lama-lama. Sebelum suami jadi pening lalat, biasanya kami akan singgah di Shahzan Inn atau mana-mana hotel yang berdekatan untuk tidur semalaman.
Syukur alhamdulillah balik beraya kali ini kami merasai satu pengalaman yang cukup indah apabila dapat iftar beramai-ramai di padang depan masjid Sultan Ahmad Shah. Malam ke 27 Ramadhan dapatlah suami dan anak yang sulung mengerjakan solat tarawih di Masjid yang tersergam indah itu
sementara aku menjaga anak-anak yang masih kecil. Semoga puasa dan raya kali ini lebih bermakna buat kita semua dan lebih baik daripada yang sebelumnya..Syukur dapat bersama keluarga besar dan berbuka bersama dengan keluarga di kampung..balik first ni dok rumah mak mentua dan rumah mak. Kampung suami dan kampungku tak jauh. Dekat-dekat je. Ulang alik rumah mak dan mak mentua. Sekejap sana sini..

Tuesday, 12 June 2018

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu

Bismillah...syukur Alhamdulillah doa ibuku dimakbulkan Allah SWT..lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Mencari ruang dan masa untuk beramal ibadat dalam bulan yang suci ini yang dilipatgandakan pahalanya. Mendirikan solat, berdoa, beriktikaf di masjid, membaca al-Quran, bersedekah dan membuat segala amal kebajikan insya Allah, semoga amalan kita sebagai umat Islam diterima Allah SWT.
Alhamdulillah dalam bulan Ramadhan ini yang sudah hampir sampai ke penghujungnya ini, aku sangat-sangat bersyukur pada Ilahi atas anugerah dan nikmatnya, tidak mampu aku menghitung segala nikmatNya kepada hambaNya ini yang penuh dengan kekurangan dan kekhilafan. Namun dengan kasih sayang dan rahmatNya, tetap memberi dan memberi nikmatNya. Allah SWT Maha Berkuasa dan Maha Pemurah.
Alhamdulillah..aku mendapat perkhabaran yang menggembirakan. Aku dapat cuti belajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Phd tahun 2018 ini dan dalam masa yang sama aku mendapat anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang selama ini tidak pernah aku impikan selama aku berkhidmat sebagai seorang pendidik. Aku tahu aku banyak kelemahan dan banyak perkara lagi yang perlu aku pelajari untuk meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatanku sebagai seorang pegawai perkhidmatan pendidikan. Namun siapa aku untuk menidakkan rezeki ini. Rezeki ini daripada Allah SWT. Dalam kehidupan kita ini, sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa, yang selebihnya Allah yang Maha Memberi segalanya. Kita sebagai manusia tidak boleh menentukan jodoh, ajal maut dan rezeki kerana yang menentukan rezeki kita adalah Allah Yang Maha Berkuasa atas segalanya. Kita diberi pilihan oleh Allah SWT untuk berusaha dan berdoa. Bersyukurlah kepada mereka yang masih ada ibu dan dan bapa. Doa ibu yang baik-baik itu adalah sangat mustajab untuk anak-anaknya. Setiap kali aku pulang ke kampung dan balik semula ke bandar, aku mencium kedua-dua belah pipinya, aku mencium dahinya dan memeluknya erat-erat sambil meminta ibu mendoakan kebahagiaan dan kejayaanku dunia dan akhirat.

Wednesday, 30 May 2018

Selagi Masih Ada Ibu Bapa Baliklah Ke Kampung


SELAGI MASIH ADA IBU BAPA BALIKLAH KE KAMPUNG

Sudah 12 tahun kami suami isteri berulang alik dari Johor ke Kelantan. Setiap kali musim cuti sekolah dan hari raya kami tidak melepaskan peluang untuk balik ke kampung. Walaupun jarak yang jauh dan kesibukan tugas kami tetap meluangkan masa untuk bersama ibu bapa di kampung. Alhamdulillah syukur sangat-sangat mereka semua masih sihat walafiat. Jarak yang jauh bukan alasan untuk kami tidak balik ke kampung.  Selalu aku berikan kata-kata semangat untuk suami tatkala suami meluahkan rasa nak balik ke kampung Jauh dan penat memandu berjam-jam lamanya.  “ abang, selagi kita masih ada ibu bapa, kita akan balik menjenguk ibu bapa kita di kampung. Insya Allah, Allah S.W.T akan sentiasa memudahkan urusan kita, yakinlah”. Aku yakin sangat-sangat walau betapa penat dan letihnya mengharungi perjalanan yang jauh, insya Allah segalanya berbaloi. Allah SWT Maha Mengetahui segalanya. Hanya orang yang merantau jauh bertahun lamanya akan mengerti perasaan ini. Satu yang aku nampak dan mengerti apa yang tersirat di sebalik hikmah perjalanan ini, Allah SWT banyak memudahkan urusan kami suami isteri dan anak-anak. Urusan kerja dan urusan keluarga Allah SWT permudahkan setiap ketika. Hubungan yang baik dengan jiran tetangga terutama jiran-jiran sebelah dan depan rumah kami banyak membantu kami menguruskan anak-anak . Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa mereka. Tidak tahu macam mana nak luahkan betapa besarnya pertolongan mereka untuk kami sekeluarga.

Bukan kami tidak ingin menetap di kampung, sudah puas suami mengisi borang permohonan untuk pindah ke Kelantan dan naik turun ke Putrajaya. Sudah puas kami membuat rayuan permohonan. Permohonan kami selalunya gagal. Aku pun pernah mengisi borang permohonan untuk bertugas di Kelantan. Pernah semasa aku bertugas sebagai Kaunselor di Matrikulasi, setelah habis perkhidmatan aku sebagai Kaunselor DG 41 (Terbuka), aku ada membuat permohonan balik bertugas di Kelantan, tetapi kata pegawai yang bertugas di Putrajaya, namaku sudah lekat di Johor, tak boleh pindah. Jadi aku dan suami mengambil keputusan untuk menetap di Johor sementara dapat berpindah. Apa pun dimana jua kami diletakkan, insya Allah kami tetap menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sepenuh hati. Berpindah dari satu tempat ke satu tempat bukan ingin mengejar habuan dunia tetapi itulah tugas dan tanggungjawab yang Allah SWT amanahkan untuk kami suami isteri ke mana sahaja kami pergi.  Berkhidmat selagi termampu dan terdaya kami laksanakan. Dalam menelusuri kehidupan kami, satu pepatah yang aku nukilkan daripada pepatah melayu “ Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri maka baiklah di negeri sendiri”. Insya Allah doa yang baik-baik akan datang yang baik-baik juga. Aamiin.

Sunday, 27 May 2018

RIDHUAN TEE: Jadilah manusia ada harga diri dan maruah

RIDHUAN TEE: Jadilah manusia ada harga diri dan maruah: https://www.ismaweb.net/2018/05/28/jadilah-manusia-yang-ada-harga-diri-dan-maruah/ Jadilah manusia yang ada harga diri dan maruah ...

Wednesday, 16 May 2018

Kenapa Aku Minat Menjadi Pendidik


KENAPA AKU MINAT MENJADI GURU

 

Kisah ini aku imbas kembali, pada zaman aku masih kanak-kanak. Aku masa tu berumur lebih kurang enam tahun. Ia menjadi satu sumber inspirasi untuk aku mengorak langkah ke masa hadapan.  Abang sulung aku merupakan tulang belakang kepada keluarga aku untuk menceburi bidang pendidikan. Abang aku mengajar di sekolah menengah agama bawah kelolaan Kerajaan Negeri . Pelajar-pelajar abang aku panggil beliau ustaz handsome. Ramai peminat di sekolah. Puji-pujian mereka melangit tentang abang aku. Mereka cakap abang aku ni handsome dan baik. Tak pernah marah pelajar. Ikut perangai ayah sebenarnya. Masa muda abang aku ni agak glamor dari segi kehandsomemannya. Badan tinggi lampai, kulit putih kuning,suara yang lemah lembut dan orangnya bersopan santun. Agak pendiam orangnya dan tak banyak bercakap. Abang aku lah pencetus motivasi untuk aku dan adik beradik yang lain menjadi cikgu. Abang sanggup habiskan duit beli papan hijau dan buku tulis untuk kami. Selepas balik sekolah, ada waktunya yang tertentu abang akan mengajar kami. Aura pendidik tu singgah di dalam hati-hati kami tetapi tak semua orang akan terpilih untuk menjadi pendidik. Rezeki Allah tu hanya Allah yang Maha Tahu. Allah tak bagi rezeki kat kita untuk jadi cikgu mungkin anak-anak kita pula yang jadi cikgu. Cita-cita kita akan tumpah pada anak-anak kita. Anak-anak kita adalah aset kita. Dunia dan akhirat. Yang penting, kita mempunyai mentaliti kelas pertama walau apapun pekerjaan yang kita sandang. Mentaliti yang baik akan jadi yang baik juga.

 

Masa zaman abang aku mengajar dulu, guru-guru mengajar pakai papan hijau dan kapur tulis. Dengan tekunnya abang aku mengajar. Sepupu-sepupu dan adik-adik aku yang masih kecil masa tu mendengar pengajaran abang sulung aku ni di rumah nenek aku. Bagi aku, abang aku ni sangat baik orangnya. Sopan santun dan lemah lembut. Banyak ikut perangai ayah. Abang aku tanamkan minat belajar tu kepada aku dan adik beradik yang lain. Aku tak pasti dan masa tu aku masih kecil sangat. Mula-mula yang aku ingat, rumah aku dipenuhi dengan buku-buku. Tidak tahu siapa yang beli. Sama ada ayah, abang atau kakak. Aku, kakak-kakak dan adik yang bongsu akhirnya berjaya menjadi guru yang bertauliah di bawah KPM dan Kerajaan negeri.

 

Masa aku berada dalam darjah 6, aku mengikut kakak mengajar  di salah sebuah sekolah rendah di negeri Johor ke sana waktu cuti. Di sana, aku berkenalan dengan anak-anak murid kakak aku. Aku suka sangat melihat kakak aku menjadi cikgu pada masa tu. Aku menghargai setiap pengalaman yang diberikan oleh semua kakak aku sewaktu kecil dahulu. Walaupun ada seorang kakakku tak berjaya menjadi cikgu tetapi akhirnya berjaya juga melahirkan anak-anak yang berjaya. Pengalaman-pengalaman itulah sebenarnya yang memberikan kita satu inspirasi untuk memilih kerjaya pada masa hadapan.

 

Selamat Hari Guru..Terima Kasih Cikgu..


SELAMAT HARI GURU..TERIMA KASIH CIKGU. Sudah 13 tahun aku menjadi pendidik dan tinggal 24 tahun lagi aku akan menghabiskan perkhidmatan aku dalam bidang pendidikan. Insya Allah. Andai diberi ruang dan peluang oleh Allah SWT. Sekarang usiaku tidak muda lagi dan tua pun akan menginjak tidak lama. Tak tua dan tak muda. Umur hanyalah pada angka. Bagi aku, setiap umur itu memberi makna yang berbeza. Usia itu membezakan pengalaman. Naik jatuh bangun dalam kehidupan itu adalah lumrah kehidupan.  Pendidikan yang mencorak pelbagai pengalaman pendidikan mewarnakan anak-anak didik pada masa depan. Barangkali bagaimanakah corak pendidikan yang akan dilalui oleh anak-anak didik kita nanti. Kitalah pembentuk acuannya. Pada pandangan aku, pendidikan tetap pendidikan. Life long learning . Tetap belajar walau berapa pun umur kita.  Kerjaya pendidikan ini  sangat sebati dalam diriku. Aku melihat pendidikan ini seusia aku masih kecil lagi. Seingat masa aku belajar di sekolah dahulu. Apa yang aku teruja apabila melihat guru-guruku dahulu yang bersusah payah untuk anak-anak didik. Guru-guruku di sekolah rendah dan menengah selalu membuat kelas tambahan di sekolah tanpa upah. Nilai keikhlasan yang mereka tunjukkan itu sangat aku hargai sebagai pelajar masa tu. Masa di universiti juga, masih aku ingat pesan pensyarahku : Ajarlah anak orang lain dengan ikhlas, insya Allah, orang akan mengajar anak kita dengan ikhlas. What you give you get back. Teringat masa mula-mula posting di sekolah dan sampai sekarang program-program yang aku jalankan bersama pelajar , satu je yang aku pegang. Pelajar kita adalah anak-anak didik kita.  Siang dan malam yang kita habiskan masa bersama pelajar mendidik mereka tanpa jemu itulah yang akan menjadi amal jariah kita. Tak semua orang sanggup tetapi sangguplah untuk menjadi pendidik. Memberikan segalanya apa yang mereka perlukan dalam hidup. Seorang guru tidak memerlukan penghargaan cukuplah apabila mereka melihat anak-anak didik menjadi orang yang berguna dalam masyarakat dan selamat dunia akhirat. Kerana anak-anak didik itulah juga aku mampu bertahan menjadi pendidik walau cabaran menanti setiap detik dan ketika. Terima kasih banyak-banyak kepada para pelajarku kerana bagi wish kat gurunya yang serba serbi banyak kekurangan ini. Doakan gurumu ini ya semoga bahagia dunia dan akhirat.

 

Friday, 11 May 2018

Merintihlah pada Allah SWT saat susah dan senang

Redha Ibu dan restu suami aku harapkan semoga apa yang Allah SWT berikan dan rezekikan  adalah suatu kelebihan yang dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Teringat saat Al-Fateh sakit masa tu. Banyak yang terpaksa dikorbankan namun memujuk diri itu perlu supaya hati dan jiwa terus kuat menghadapinya. Kesakitan Al-Fateh membuatkan aku jatuh sakit, setiap hari hampir rebah, menangis tidak keruan. Aku dan suami korbankan segalanya untuk Al-Fateh. Wang ringgit, masa, peluang dan apa yang didepan diharungi tanpa henti. Masa tu juga aku hampir berhenti kerja. Serba tak kena. Hanya orang yang pernah merasainya akan merasa sakit itu andai dirasai dengan mata hati.

Terasa terpinggir, tidak berguna, hati susah tetapi hati yang kuat itu datangnya daripada belas kasihan Allah SWT. Masa susah tu satu aku ingat, andai aku susah, ramai lagi yang lebih susah. Menunduk melihat rumput di bumi lebih indah daripada menongkat dan melihat ke langit yang tinggi. Suami memujuk aku saban waktu dan walau terkadang bukan semua saat beliau memahami tetapi beliau tetap ada di sisi untuk memberikan waktu merawat anak yang sedang sakit walau beliau sendiri jatuh sakit juga akhirnya. Kami semua sama-sama rasa sakit pada masa tu.

Pada saat susah tu, rintihan demi rintihan tetapi Allah SWT Maha Mendengar jua. Alhamdulillah segalanya sudah berlalu. Kesusahan yang sedikit itu aku anggap sebagai ujian untuk mematangkan diri. Aku bersyukur pada Ilahi dengan rezeki kerjaya itu juga yang dianugerahkan kepada kami suami isteri itu , serba sedikit dapat merawat anak kami tanpa bergantung dan merintih pada orang lain. Berkat kerjaya yang direzekikan Allah SWT kami menempuhi hidup bersama. Susah dan payah diharungi berdua bersama anak-anak. Cinta dan kasih sayangmu itu sangat aku hargai sebagai seorang isteri.  Tidak semua orang mahu mendengar rintihan kita. Betapa sukarnya hidup merintih. Merintih pada Allah SWT itulah yang lebih hakiki dan pendengaran Allah SWT Maha Agung. Kerjayaku ini adalah restu suami dan redha ibuku. Terima kasih sayang kerana mengambil cuti rehat hanya untuk menemaniku dan ibuku kerana mendoakanku saban waktu. Terima kasih ibuku kerana banyak menasihatiku setiap kali pulang ke kampung. Nasihatmu aku jadikan pedoman melalui hari-hari yang penuh bermakna. Aamiin.

PRU 14...Perjuangan Ahli Politik dan Kuasa Rakyat

       Bismillahirrahmaanirrahim..alhamdulillah PRU 14 sudah berlalu dan semoga kepimpinan yang baharu meneruskan legasi kepimpinan yang  sedia ada dengan lebih baik dan berwawasan seiring dengan kehendak Syarak. Rakyat inginkan perubahan dengan anjakan paradigma yang telus dan adil. Aku sebagai rakyat marhaen sudah menunaikan tanggungjawab mengundi untuk memilih calon pemimpin yang berwibawa. Semoga yang berwibawa itu terus berwibawa memberi perubahan yang baik kepada rakyat. Ilmu, kemahiran, kepakaran dan bakat yang ada pada seseorang pemimpin itu dapat diletakkan pada tempatnya. Melihat pada pengundian yang lepas, berbagai cerita didengari, ada yang berbau fakta, ada yang memfitnah tanpa usul periksa, ada yang berbalas dalam group whatsup dan sebagainya. Pada pendapat aku, itulah asam garam dunia politik. Apapun carilah sesuatu yang bermaruah. Doa orang yang teraniaya dan difitnah dimakbulkan Allah SWT akhirnya.

   

Friday, 20 April 2018

Hati Yang Tenang, Hidup Bahagia

Bismillahirrahmaanirrahim...Alhamdulillah syukur pada usiaku kini yang menginjak usia 36 tahun pada tahun 2018 ini, banyak perkara yang berlaku yang wajib aku syukuri dengan penuh keinsafan dan ketenangan. Allah SWT masih lagi mengurniakan nikmat yang melimpah walau sesekali diuji sebagai tanda kasih sayang-Nya.

Terasa kerdilnya aku sebagai hamba yang hanya menumpang di muka bumi Allah SWT. Nikmat apa lagi yang aku mahu dustakan. Kasih sayang-Nya Maha Agung. Segala nikmat yang dikecapi semoga menjadikan aku sebagai manusia yang tahu untuk bersyukur.
Satu perkara yang ingin aku kongsikan, banyak perkara yang berlaku dalam hidupku dan keluargaku rupanya banyak hikmah yang tersembunyi. Setiap perkara yang berlaku itu banyak hikmah dan pengajaran pada diriku. Alhamdulillah segalanya dapat diharungi dengan baik. Mengenai keyakinan diri melalui arus kehidupan dengan doa sebagai perisai. Tanpa doa dan usaha, mungkin aku juga seperti manusia yang tiada pedoman hidup. Munajat ketika susah dan senang itu menyelamatkan diriku daripada putus asa ketika dilanda pelbagai masalah yang melanda diri. Insya Allah, kini dan selamanya semoga Allah SWT mengurniakan kebaikan dan dijauhkan daripada kejahatan.

 Saat aku mencuba untuk mandiri dan mematangkan diri melalui pelbagai dugaan hidup. Aku terus mencuba tanpa putus asa. Cabaran dan mehnah perlu dilalui dengan penuh kecekalan dan ketabahan. Setiap kali selepas solat, doa yang diamalkan ini, alhamdulillah berjaya menjadikan aku lebih tenang dan berhati-hati walau dugaan datang di setiap penjuru kehidupan. Semoga kami sekeluarga  terus istiqamah mengamalkan doa ini sepanjang hidup kami. Fitnah akhir zaman ini perlu dilalui dengan ilmu, iman dan amal yang mantap. Insya Allah. Aamiin.

" Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau daripada fitnah hidup dan mati dan kami berlindung dengan Engkau daripada seksa kubur dan kami berlindung dengan Engkau daripada seksa api Neraka dan kami berlindung dengan Engkau daripada Fitnah Dajjal.
 Aamiin".

Saturday, 24 March 2018

Ziarah Keluarga


Alhamdulillah..syukur balik bercuti di kampung kali ini dapat menziarahi sanak saudara yang sudah lama tidak  ketemu.  Saling bertanya khabar dan bertegur sapa. Ada satu perkara yang selama ini aku terlepas pandang.  Cuti kali ini syukur dapat bertandang ke rumah  sanak saudara yang selama ini tidak pernah dikunjungi.  Yang paling penting kami sekeluarga dapat mengenali sanak saudara yang  jauh sekali sekala je dapat berjumpa mengenali antara satu sama lain. Bukan mudah dapat berkumpul, masa cuti sekolah  itupun jika tiada urusan penting, dapatlah balik ke kampung bercuti banyak hari sedikit.

Ada sesuatu di sebalik hikmah menziarahi sanak saudara yang sekali sekala dapat bertemu ni. Anak-anak apabila bertemu dua pupu masing-masing,  tidak mengenali antara satu sama lain. Kadang-kadang aku merasakan peka dan peduli itu penting dalam hubungan kekeluargaan ini. Seandainya kita tidak  mempedulikan hubungan kekeluargaan yang  jauh ini mungkin hubungan itu semakin jauh.  Bertandang ke rumah sanak saudara memberi peluang kepada anak-anak untuk mengenali susur galur keluarga.  Bukan semua rumah sanak saudara dapat dikunjungi kerana kesuntukan masa tidak mengizinkan. Jadi peluang yang ada digunakan sebaik mungkin. Aku melihat anak-anak bermain dengan sanak saudara yang sebaya dengan mereka. Sungguh riang mereka bermain. Ada sesuatu perkara yang aku fikirkan. Jika mereka tidak berkenalan antara satu sama lain, sekiranya berjumpa di tengah jalan, sudah tentu mereka tidak bertegur sapa. Jadi hubungan kekeluargaan itu tidak akan bermakna apa-apa.

Aku melihat banyak hikmah apabila kita sering berkunjung ke rumah sanak saudara yang jauh ini. Adik beradik dan sepupu kita memang sangat kita kenali tetapi sanak saudara yang dah banyak pupu ini jarang dapat kita kenali jika kita tidak sering bertandang dan saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain. Alhamdulillah, anak-anak jika balik kampung ada masanya dapatlah aku menerangkan kepada anak-anak tentang hubungan kekeluargaan. Selalunya suami aku selalu bercerita tentang keluarga dan kami menerangkan kepada anak-anak . Jika bertemu keluarga Ummi “ Ini keluarga Ummi, namanya sekian sekian dan jika bertemu keluarga abah “ Ini keluarga abah sekian, sekian”. Kami  berharap sekurang-kurangnya anak-anak tidak melupai siapa keluarga mereka. Tambahan pula masing-masing tinggal jauh dari kampung.  Bertemu kat mana-mana dapatlah bertegur sapa. Barulah ikatan silaturrahim itu lebih kukuh. Insya Allah.

Thursday, 22 March 2018

Hidup Tanpa Bibik

Assalamualaikum Warahmatullah.. Alhamdulillah syukur aku panjatkan ke hadrat Ilahi masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik untuk bersama famili tersayang. Kesihatan yang sangat mahal harganya. Tidak boleh dibeli dengan wang tetapi perlu dijaga dengan kesyukuran menikmatinya.  Hanya doa perisai yang terbaik semoga segalanya berjalan dengan lancar atas keizinan Allah SWT.
Aku baharu balik dari bercuti di kampung sempena cuti sekolah menjenguk dan menziarahi . Perjalanan kami untuk balik ke kampung mengambil masa 12 jam.Tetapi itu bukan alasan untuk mematahkan semangat kami untuk balik menjenguk mereka.  Alhamdulillah, kesihatan mereka berada dalam kondisi yang baik.
Aku meluahkan perasaan kepada ibu tentang keinginan untuk mengambil bibik. Sebelum ni aku tidak pernah mengambil seorang bibik pun.  Semuanya dilakukan sendiri dengan bantuan suami. Apa yang termampu kami lakukan. Alhamdulillah asalkan anak-anak sihat dan dalam keadaan yang baik sentiasa. Insya Allah. Memandangkan kami berdua suami isteri bekerja dengan mempunyai 4 orang anak, agak memenatkan untuk menguruskan mereka. Tambahan pula si baby masih kecil. Baru setahun lebih.  Hasrat ingin mengambil pembantu rumah sentiasa ada apabila kepenatan dan kelelahan menguasai segenap tubuh dan jiwa. Tetapi apabila ibu aku bercerita pasal penderaan bayi, aku cuak. Sepanjang aku meletakkan anak-anak  4 orang di taska dan rumah pengasuh, alhamdulillah syukur tiada masalah. Kenapa nak mencari masalah kalau tiada masalah? Biarlah kepenatan itu ubat untuk segala masalah. Kalau kita tak melalui kepenatan, masakan kita nak menghargai apa yang kita ada. Biarkan orang bercerita, kerana bilangan anak, anak kecil atau besar dan kerjaya sudah menunjukkan siapa susah dan senang. Tiada susah dan senang dalam hidup ini. Yang senang bila kita bersyukur dan susah bila kita tidak bersyukur. Apabila aku dan suami berada di negeri orang, kami belajar satu persatu tentang kehidupan. Jauh perjalanan luas pemandangan. 13 tahun kami berada di negeri orang. Alhamdulillah banyak belajar budaya orang lain. Yang baik kami ambil, yang buruk jadikan sempadan. Melalui hari demi hari, insya Allah semoga ianya membuatkan kami berdua bertambah matang dan anak-anak lebih memahami.
Satu aku belajar, suri rumah, suri rumah bekerjaya dan isteri bekerjaya yang ada bibik semuanya memenatkan sebab kita menguruskan orang bukan robot. Hargai apa yang kita ada. Andai kita susah, Allah SWT ada sedang membantu. Aku memahami segalanya. Apabila ada orang melihat aku senang dan tertawa, aku bersyukur sekurang-kurangnya doa kalian membuat aku bertambah bahagia, apabila aku dilanda sedih atau istilah lain bad mood, aku bermujahadah untuk belajar tentang ujian Allah SWT. Semuanya ada hikmah di sebalik kejadian. Apa yang penting sikap untuk menghargai orang-orang di sekeliling kita. Semoga dipermudahkan. Aamiin.

Friday, 2 February 2018

Hentikan Penderaan Terhadap Kanak-Kanak

Assalamualaikum Warahmatullah..Bismillah.
 
 Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T yang sangat berharga kepada ibu bapa. Ibu bapa wajib mendidik anak-anak dengan didikan agama yang baik dan memberi kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak tanpa syarat.
Seorang ayah yang soleh dan beriman akan sentiasa menjaga dan melindungi keluarganya dengan penuh kasih sayang dan perhatian manakala ibu yang mithali akan sentiasa memastikan anak-anaknya sentiasa terjaga dari sudut makan minum, pakaian, pendidikan dan spiritualnya dengan baik.
Anak-anak adalah pengerat hubungan kasih sayang ibu dan bapa. Anak-anak adalah anugerah terindah hadiah Allah untuk ibu bapa.
 
Penderaan terhadap kanak-kanak adalah satu kezaliman yang besar. Memukul sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian adalah satu kezaliman dan sifat kebinatangan yang ada pada diri ibu dan bapa. Nauzubillah. Semoga Allah S.W.T menghindari dan menjauhkan kita daripada sifat-sifat keji tersebut. Tiadakah belas kasihan dan perikemanusiaan kita terhadap anak-anak?. Walau senakal mana, seculas mana, mereka tetap kanak-kanak yang masih lagi belum diberi akal yang cukup sempurna untuk memikirkan yang mana betul dan salah. Tergamakkah kita sebagai ibu atau bapa mendera dan memukul anak-anak sebegitu kejam.
 
Memukul bukan untuk mendidik seandainya menimbulkan kecederaan yang serius dan menyebabkan kematian. Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T untuk dididik dengan agama dan kasih sayang. Kita melahirkan anak-anak bukan untuk memukul mereka tetapi kita mendidik mereka dengan acuan kita dalam hidup beragama agar suatu masa hari nanti mereka akan membesar menjadi anak-anak yang bermanfaat kepada keluarga, bangsa dan Negara.
 
Anak-anak adalah aset Negara yang cukup berharga dan bernilai. Seandainya kita sebagai ibu bapa yang merosakkan mereka, maka suatu hari nanti bangsa dan Negara kita jugalah yang akan rosak kerana tangan-tangan kejam kita. Jadilah ibu bapa yang berakhlak kerana seandainya kita berakhlak In sya Allah akhlak kita akan dicontohi oleh anak-anak dan generasi kita akan terpelihara daripada  kerosakan yang ada di muka bumi ini. Aamiin.
 
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.                    
                                                                                                  (Surah Ibrahim, Ayat 40)

Semoga dengan solat dapat mencegah perkara yang keji dan mungkar dan menjauhkan diri daripada melakukan kezaliman yang besar.
 
 
 :
Hayati kata-kata penyair arab, Syauqi Bey
“ Umat atau bangsa itu kekal selagi mereka berakhlak, hilang akhlak hapuslah bangsa. Jika akhlak mereka jatuh, jatuhlah maruah dan hilanglah bangsa”.
 
 
 
 
 


Tuesday, 23 January 2018

Move Forward To Future, But Sometimes We Have To Natures


Ke mana kita pergi, sejauh mana kita melangkah, yakinlah Allah S.W.T tetap ada bersama, menjaga kita dan keluarga kita. Alhamdulillah, untuk tahun 2018 In sya Allah perancangan demi perancangan disusun dan semoga semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah S.W.T.

Tahun 2017 banyak meninggalkan kenangan manis untuk dikenang, syukur atas segalanya. Antara yang paling meninggalkan memori terindah dalam hidupku, rezeki kebahagiaan yang melimpah ruah untuk keluarga tercinta. Rezeki untuk seorang ibu yang pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Makkah. Di hadapan Kaabah, pertama kali dengan penuh rasa keterujaan si ibu mendoakan untuk anak-anaknya. Semoga doa ibuku dimakbulkan Allah S.W.T. Sudah banyak yang dikorbankan untuk semua anaknya. Untuk ibu yang tercinta atas belas kasihnya dan doa yang tidak putus untuk anak-anaknya, mendoakan yang terbaik untuk  kebahagiaan dan kesejahteraan anak-anaknya yang dikasihi. Syukur pada Ilahi atas doa-doanya yang membuatkan aku terasa semakin bahagia dan tenang di samping keluarga tercinta dan orang-orang yang berada di sekelilingku.

Ya,  dengan doanya yang sucilah, aku masih lagi teguh berdiri memberi bakti walau sedikit cuma tidak terbanding dengan jasanya melahir dan membesarkan  anak-anaknya sehingga dewasa dengan penuh kesempurnaan. Bersyukur sebenarnya untuk kita yang masih ada ibu bapa, kita masih lagi mampu berbakti walau cara mana kita berbakti semoga Allah S.W.T memberi balasan pahala-Nya yang tidak terbatas. Tidak kira ruang masa, wang, tenaga, ilmu, kebaikan, ketenangan hati, sebarang bentuk kebaikan tidak kira seandainya perkara yang baik itu kita lakukan dengan ikhlas, akan kembali kepada kita yang baik-baik  juga. Sejauh mana impian dan sebesar mana cita-cita tanpa redha Ilahi, tiada kita di sini dan saat ini untuk meneruskan cita-cita dan menghayun langkah dalam redha ibu bapa. Hanya Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui atas segalanya baik yang zahir dan yang tersembunyi. Semoga yang datang penuh harapan dalam kebaikan dan kesejahteraan buat yang bergelar IBU. Doa ibu yang baik-baik untuk anak-anaknya adalah mustajab yang tak terhijab. Dalam setiap kesempatan doalah yang terbaik untuk ibu bapa kita. Semoga diberi rahmat dan kesejahteraan buat mereka dunia dan akhirat. Aamiin.

Firman Allah S.W.T :

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah Al-Isra’: 24)

Tuesday, 9 January 2018

KEAJAIBAN SEDEKAH


KEAJAIBAN BERSEDEKAH

Mukaddimah

Setengah orang beranggapan bahawa dengan mengeluarkan harta dalam bentuk zakat, infak dan sedekah fisabilillah akan mengurangi jumlah harta yang dimiliki, bahkan boleh  menyebabkan kemiskinan dan kefakiran. Pemikiran yang seumpama itu adalah datang dari janji syaitan yang  selalu menggoda manusia yang akan berinfak agar takut kepada kefakiran. Firman Allah SWT dalam al-Quran:

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir), sedang Allah menjadikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurnia dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengatahui”.( Al Baqarah : 268 ).

Pada hakikatnya harta yang dikeluarkan di jalan Allah akan mendatangkan keberkatan iaitu menambah kebaikan dari harta itu dan berkembang menjadi banyak seperti dalam firman Allah SWT:

يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ

Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.  ( Surah Al-Baqarah :276).

 

 

 

 

 

Pahala Infak

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih menumbuhkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi meliputi Ilmu PengetahuanNya."( Surah al-Baqarah :261)

Maksud ayat di atas ialah pahala orang bersedekah akan dilipatgandakan seperti  berkembangnya sebiji  benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan setiap tangkai ada seratus biji. Malahan, Allah SWT boleh mengurniakan lebih daripada itu mengikut kehendakNya. Ini bermakna pahala sedekah bukan sepuluh kali ganda sebagaimana amalan-amalan lain , tetapi digandakan tujuh ratus kali ganda malahan lebih lagi. Firman Allah SWT:

لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian karena mencari keridhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar”( Surah an Nisa :114).

وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan apa saja yang kamu nafkahkan (sedekahkan), maka Allah akan menggantinya, dan Dia-lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya” (Surah Sabaa’:39).

Rasulullah SAW telah bersabda:

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلاَّ عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلاَّ رَفَعَهُ اللَّهُ

“Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan pemberian maafnya (kepada saudaranya) kecuali kemuliaan, serta tidaklah seseorang merendahkan diri di (hadapan) Allah kecuali Dia akan meninggikan (darjat)nya”.

Firman Allah SWT:

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْب وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُون. وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآَخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ. أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“(Orang-orang yang bertakwa iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada kitab (al-Qur’an) yang telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Rabb-nya, dan merekalah orang-orang yang beruntung” (Surah al-Baqarah: 3-5)

مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ

Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.” (Surah An Nahl: 96).

Nabi SAW bersabda:

يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلَاثَةٌ فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى مَعَهُ وَاحِدٌ يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ

Tiga hal yang mengantar mayat ke kuburan, dua kembali dan satu tetap tinggal. Yaitu keluarga, harta, dan amal seseorang. Keluarga dan hartanya akan kembali sedangkan amalnya tetap bersamanya.’ (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim ).

إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ: صَدَقَةٌ جَارِيَةٌ أَوْ عِلْمٌ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٌ صَالِحٌ يَدْعُوْ لَهُ

Jika anak Adam meninggal dunia, maka amalnya putus kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak solih yang mendoakannya.’ (Hadis riwayat muslim).

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلا أَوْلادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

”Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi” ( Surah Al-Munaafiquun : 9).

Bahana Cinta Harta

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ * حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ * كَلا سَوْفَ تَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلا سَوْفَ تَعْلَمُونَ * كَلا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ * لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ * ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ * ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيم

”Bermegah-megahan telah melalikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, niscaya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainul-yaqiin. Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu)” ( Surah  At-Takaatsur : 1-8).

وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ * الَّذِي جَمَعَ مَالا وَعَدَّدَهُ * يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ

”Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela, yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya. Dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya” ( Surah Al-Humazah : 1-3).

Sedekah, Hadiah Dan Hibbah

Sedekah  berarti suatu pemberian yang diberikan oleh seorang muslim kepada orang lain secara  sukarela  sebagai kebajikan yang mengharap redho  dan pahala daripada Allah SWT semata-mata.


Hadiah adalah pemberian yang di berikan kepada orang lain, kerana  memuliakan orang tersebut. Hibah adalah memindahkan pemilikan suatu benda secara tabarro’ pada ketika hidup.

Hukum Sedekah

Sedekah hukumnya adalah sunat, berpahala bila dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan.

Haram bersedekah apabila seseorang yang bersedekah mengetahui  bahawa orang yang bakal menerima sedekah  akan menggunakan harta sedekah tersebut untuk melakukan maksiat. Sedekah menjadi wajib apabila  seseorang bertemu dengan orang lain yang sedang bersangatan lapar yang boleh mengancam nyawa, lalu dia mempunyai makanan yang lebih dari apa yang diperlukan saat itu lalu diberikan kepadanya. Nabi saw telah bersabda:

اليد العليا خير من اليد السفلى واليد العليا هي المنفقة واليد السفلى هي السائلة

“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )
والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Pintu Sedekah

Terdapat amal kebajikan yang dilakukan oleh manusia yang dijadikan oleh Allah sebagai pintu Syurga bagi orang yang melakukannya sewaktu hidup di dunia. Mereka nanti akan dipanggil untuk masuk melalui pintu-pintu tersebut. Nabi telah bersabda:

من أنفق زوجين في سبيل الله، نودي في الجنة يا عبد الله، هذا خير: فمن كان من أهل الصلاة دُعي من باب الصلاة، ومن كان من أهل الجهاد دُعي من باب الجهاد، ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة

“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu surga: “Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan”. Jika ia  dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, ia akan dipanggil dari pintu solat, sesiapa yang dari kalangan orang yang berjihad, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika ia dari golongan orang yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

إنَّما الدنيا لأربعة نفر: عبد رزقه الله مالاً وعلماً فهو يتقي فيه ربه ويصل فيه رحمه، ويعلم لله فيه حقاً فهذا بأفضل المنازل

“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rezeki oleh Allah serta kefahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyedari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

Firman Allah SWT:


لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. ( Surah al-Baqarah:92)

Lakukan Secara Ikhlas

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا ۖ لَا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِين

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa : Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah itu bagus, tidak menerima kecuali dari yang bagus pula. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang orang beriman, sebagaimana Dia perintahkan kepada para Rasul, Lalu berfirman: “Hai para Rasul, makanlah yang baik  dan berbuatlah yang baik pula.” (Surah Al Mu’minun: 51) Dan firmannya lagi: “Hai orang-orang yang beriman, makanlah yang baik  dari rezeki yang telah Kami berikan kepada kamu.” ( Surah Al Baqarah: 172 ) ( Hadis riwayat  Muslim)
كان النبي صلى الله عليه وسلم أشجع الناس وأجود الناس

“Rasulullah SAW adalah orang yang paling berani dan paling dermawan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

إن في الجنة غرفا يرى ظاهرها من باطنها وباطنها من ظاهرها أعدها الله لمن ألان الكلام وأطعم الطعام وتابع الصيام وصلى بالليل والناس نيام

“Sesungguhnya di surga terdapat ruangan-ruangan yang bagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan shalat dikala kebanyakan mamanusia sedang tidor. ( Hadis Riwayat at-Tarmizi)

والله أعلمُ بالـصـواب

Disusun oleh:

Us Khairuddin bin Haiyon

Pen. Pengarah

Unit Penerangan dan Penerbitan

Bahagian Dakwah JAIS

 


 

 

Fadhilat Bersedekah

Tarikh: 

Jan 14, 2013

Riwayat: 

Bukhari

Kategori: 

Ibadah

Hadith: 

Dari Amru bin Auf RA katanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya)."

 

Huraian Hadith: 

1.    Selain daripada sedekah wajib iaitu zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya, umat Islam umumnya digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.

2.    Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat.

3.    Faedah sedekah di dunia adalah seperti seseorang itu akan dimurahkan rezekinya oleh Allah, terhindar daripada bala bencana, dipanjangkan umur, mencegah daripada kematian yang buruk di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su'ul khatimah) kerana sedekah itu sebenarnya membawa rahmat di samping menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.

4.    Manakala faedahnya di akhirat pula ialah seseorang itu akan mendapat naungan daripada panas terik di padang Mahsyar dan mendapat pendinding daripada api neraka.

Rujukan :

http://e-muamalat.gov.my/e-hadith/fadhilat-bersedekah