SELAMAT
HARI GURU..TERIMA KASIH CIKGU. Sudah 13 tahun aku menjadi pendidik dan tinggal
24 tahun lagi aku akan menghabiskan perkhidmatan aku dalam bidang pendidikan. Insya
Allah. Andai diberi ruang dan peluang oleh Allah SWT. Sekarang usiaku tidak
muda lagi dan tua pun akan menginjak tidak lama. Tak tua dan tak muda. Umur
hanyalah pada angka. Bagi aku, setiap umur itu memberi makna yang berbeza. Usia
itu membezakan pengalaman. Naik jatuh bangun dalam kehidupan itu adalah lumrah
kehidupan. Pendidikan yang mencorak
pelbagai pengalaman pendidikan mewarnakan anak-anak didik pada masa depan.
Barangkali bagaimanakah corak pendidikan yang akan dilalui oleh anak-anak didik
kita nanti. Kitalah pembentuk acuannya. Pada pandangan aku, pendidikan tetap
pendidikan. Life long learning . Tetap belajar walau berapa pun umur kita. Kerjaya pendidikan ini sangat sebati dalam diriku. Aku melihat
pendidikan ini seusia aku masih kecil lagi. Seingat masa aku belajar di sekolah
dahulu. Apa yang aku teruja apabila melihat guru-guruku dahulu yang bersusah
payah untuk anak-anak didik. Guru-guruku di sekolah rendah dan menengah selalu
membuat kelas tambahan di sekolah tanpa upah. Nilai keikhlasan yang mereka tunjukkan
itu sangat aku hargai sebagai pelajar masa tu. Masa di universiti juga, masih
aku ingat pesan pensyarahku : Ajarlah anak orang lain dengan ikhlas, insya
Allah, orang akan mengajar anak kita dengan ikhlas. What you give you get
back. Teringat masa mula-mula posting di sekolah dan sampai sekarang
program-program yang aku jalankan bersama pelajar , satu je yang aku pegang.
Pelajar kita adalah anak-anak didik kita. Siang dan malam yang kita habiskan masa
bersama pelajar mendidik mereka tanpa jemu itulah yang akan menjadi amal jariah
kita. Tak semua orang sanggup tetapi sangguplah untuk menjadi pendidik. Memberikan
segalanya apa yang mereka perlukan dalam hidup. Seorang guru tidak memerlukan
penghargaan cukuplah apabila mereka melihat anak-anak didik menjadi orang yang
berguna dalam masyarakat dan selamat dunia akhirat. Kerana anak-anak didik
itulah juga aku mampu bertahan menjadi pendidik walau cabaran menanti setiap
detik dan ketika. Terima kasih banyak-banyak kepada para pelajarku kerana bagi
wish kat gurunya yang serba serbi banyak kekurangan ini. Doakan gurumu ini ya
semoga bahagia dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment