Popular Posts
Popular Posts
Sunday, 27 August 2017
Tip Untuk Menghadapi Orang Cakap Banyak, Mulut Celupar
Seringkali kita akan berhadapan dengan orang sebegini dan selalunya cerita seperti ini berlaku di mana-mana. Seandainya ketahanan mental kita tidak kuat, kita akan jadi mudah lemah semangat dan tidak berani menghadapi cabaran yang mendatang. Sedangkan semua manusia dilahirkan ada kekuatan dan kelemahan. Cuma kita sahaja mesti berani menggunakan peluang mencari kekuatan kita dan dikembangkan agar kelemahan kita dapat diperbaiki. Hidup lebih berani dan cekal merupakan salah satu cara yang terbaik untuk menghadapi orang cakap banyak dan mulut celupar ini. Kekuatan dalaman merupakan mekanisme terbaik agar kita dapat menjadikan kritikan dan kutukan yang tidak membina menjadi semangat untuk kita memberikan yang terbaik dalam hidup kita. Menang dan kalah bukanlah persoalan utama untuk mempertahankan diri kita. Mengalah bukan bererti kalah tetapi mengalah untuk menang. Mengalah untuk menang adalah supaya kita dapat mencari ketenangan dan berusaha untuk lebih bahagia dan berjaya. Kita yang menentukan siapa kita pada hari esok bukan orang lain yang boleh tentukan hidup kita. Biarlah orang menghina atau melemparkan kutukan yang bukan-bukan kepada kita tetapi kita kena yakin kita ada Allah S.W.T yang sentiasa membantu. Yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T. Bantuan Allah insya Allah akan datang apabila kita ikhlas dan melakukan yang terbaik kerana Allah S.W.T bukan kerana manusia. Maafkanlah mereka yang suka bercakap dan membuat tuduhan yang bukan-bukan. Positifkan minda dan bahagiakan diri supaya hati lebih tenang dan jiwa lebih ceria. Buktikan kita mampu mengatasi segalanya kerana Allah dan senyum selalu...senyuman yang ikhlas daripada hati nurani yang bahagia menjadikan kehidupan kita sentiasa ceria dan gembira..tiada gundah dan suram mewarnai kehidupan kita..Salam bahagia dan semoga tip ini dapat membantu diriku dan diri kamu semua yang kukasihi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment