Alhamdulillah..syukur balik
bercuti di kampung kali ini dapat menziarahi sanak saudara yang sudah lama tidak ketemu.
Saling bertanya khabar dan bertegur sapa. Ada satu perkara yang selama
ini aku terlepas pandang. Cuti kali ini
syukur dapat bertandang ke rumah sanak
saudara yang selama ini tidak pernah dikunjungi. Yang paling penting kami sekeluarga dapat
mengenali sanak saudara yang jauh sekali
sekala je dapat berjumpa mengenali antara satu sama lain. Bukan mudah dapat
berkumpul, masa cuti sekolah itupun jika tiada urusan penting,
dapatlah balik ke kampung bercuti banyak hari sedikit.
Ada sesuatu di sebalik hikmah
menziarahi sanak saudara yang sekali sekala dapat bertemu ni. Anak-anak apabila
bertemu dua pupu masing-masing, tidak mengenali
antara satu sama lain. Kadang-kadang aku merasakan peka dan peduli itu penting
dalam hubungan kekeluargaan ini. Seandainya kita tidak mempedulikan hubungan kekeluargaan yang jauh ini mungkin hubungan itu semakin
jauh. Bertandang ke rumah sanak saudara
memberi peluang kepada anak-anak untuk mengenali susur galur keluarga. Bukan semua rumah sanak saudara dapat
dikunjungi kerana kesuntukan masa tidak mengizinkan. Jadi peluang yang ada
digunakan sebaik mungkin. Aku melihat anak-anak bermain dengan sanak saudara
yang sebaya dengan mereka. Sungguh riang mereka bermain. Ada sesuatu perkara
yang aku fikirkan. Jika mereka tidak berkenalan antara satu sama lain,
sekiranya berjumpa di tengah jalan, sudah tentu mereka tidak bertegur sapa.
Jadi hubungan kekeluargaan itu tidak akan bermakna apa-apa.
Aku melihat banyak hikmah apabila
kita sering berkunjung ke rumah sanak saudara yang jauh ini. Adik beradik dan
sepupu kita memang sangat kita kenali tetapi sanak saudara yang dah banyak pupu
ini jarang dapat kita kenali jika kita tidak sering bertandang dan saling
kunjung mengunjungi antara satu sama lain. Alhamdulillah, anak-anak jika balik
kampung ada masanya dapatlah aku menerangkan kepada anak-anak tentang hubungan
kekeluargaan. Selalunya suami aku selalu bercerita tentang keluarga dan kami
menerangkan kepada anak-anak . Jika bertemu keluarga Ummi “ Ini keluarga Ummi,
namanya sekian sekian dan jika bertemu keluarga abah “ Ini keluarga abah
sekian, sekian”. Kami berharap
sekurang-kurangnya anak-anak tidak melupai siapa keluarga mereka. Tambahan pula
masing-masing tinggal jauh dari kampung. Bertemu kat mana-mana dapatlah bertegur sapa. Barulah ikatan silaturrahim itu lebih kukuh. Insya Allah.