Popular Posts
Popular Posts
Sunday, 27 August 2017
Tip Untuk Menghadapi Orang Cakap Banyak, Mulut Celupar
Seringkali kita akan berhadapan dengan orang sebegini dan selalunya cerita seperti ini berlaku di mana-mana. Seandainya ketahanan mental kita tidak kuat, kita akan jadi mudah lemah semangat dan tidak berani menghadapi cabaran yang mendatang. Sedangkan semua manusia dilahirkan ada kekuatan dan kelemahan. Cuma kita sahaja mesti berani menggunakan peluang mencari kekuatan kita dan dikembangkan agar kelemahan kita dapat diperbaiki. Hidup lebih berani dan cekal merupakan salah satu cara yang terbaik untuk menghadapi orang cakap banyak dan mulut celupar ini. Kekuatan dalaman merupakan mekanisme terbaik agar kita dapat menjadikan kritikan dan kutukan yang tidak membina menjadi semangat untuk kita memberikan yang terbaik dalam hidup kita. Menang dan kalah bukanlah persoalan utama untuk mempertahankan diri kita. Mengalah bukan bererti kalah tetapi mengalah untuk menang. Mengalah untuk menang adalah supaya kita dapat mencari ketenangan dan berusaha untuk lebih bahagia dan berjaya. Kita yang menentukan siapa kita pada hari esok bukan orang lain yang boleh tentukan hidup kita. Biarlah orang menghina atau melemparkan kutukan yang bukan-bukan kepada kita tetapi kita kena yakin kita ada Allah S.W.T yang sentiasa membantu. Yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T. Bantuan Allah insya Allah akan datang apabila kita ikhlas dan melakukan yang terbaik kerana Allah S.W.T bukan kerana manusia. Maafkanlah mereka yang suka bercakap dan membuat tuduhan yang bukan-bukan. Positifkan minda dan bahagiakan diri supaya hati lebih tenang dan jiwa lebih ceria. Buktikan kita mampu mengatasi segalanya kerana Allah dan senyum selalu...senyuman yang ikhlas daripada hati nurani yang bahagia menjadikan kehidupan kita sentiasa ceria dan gembira..tiada gundah dan suram mewarnai kehidupan kita..Salam bahagia dan semoga tip ini dapat membantu diriku dan diri kamu semua yang kukasihi...
Saturday, 26 August 2017
Kemaafan Yang Terindah
Memaafkan dan meminta maaf kepada sesiapa yang menyakiti atau disakiti untuk hidup yang lebih tenang dan bahagia..memang itulah aturan hidup kita.
Menurut Hassan Basri dalam kitab Ihya Ulum ad Din karangan Imam Al-Ghazali menerangkan perbezaan pendapat dalam kalangan cerdik pandai tentang kebaikan dan keburukan akhlak. Antaranya kebaikan akhlak itu adalah manis muka, memberikan kelebihan dan mencegah kesakitan.
Semoga nasihat ini menjadikan aku orang yang lebih pemaaf dan mudah meminta maaf. Mengakui kesilapan diri adalah lebih baik daripada menyalahkan orang lain supaya hidup lebih bahagia mewarnai kehidupan.
Allah S.W.T lebih mengetahui segalanya dan serahkan segala urusan hidup kita kepada Allah S.W.T. Kita tidak boleh menilai siapa kita kerana penilaian Allah S.W.T itu lebih benar sama ada yang terserlah atau tersembunyi. Biarlah orang menilai kita macam mana tetapi kita letak nilai kita di sisi Allah S.W.T dan bukan di sisi manusia.
Doakan orang-orang di sekeliling dengan doa yang baik-baik tanpa pengetahuan mereka. Kebahagiaan adalah milik semua insan dan dengan doa, hidup kita menjadi lebih baik dan tenang-tenang sahaja. Syukur Alhamdulillah atas nikmat-Mu ini.. Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang..
Doa dan restu suami, ibu dan anak-anak semoga sentiasa mewarnai kehidupanku..Allah S.W.T segala-galanya..
semoga menjadi pengajaran supaya hidup lebih tabah dan cekal untuk menuju kebahagiaan dan kejayaan yang diredhai Allah S.W.T..
Thursday, 24 August 2017
Bersikap Adil dan Telus Kepada Semua Orang
Allah S.W.T Maha Adil dan Maha Mengetahui...bersikap adil dan teluslah kepada semua orang yang kita jumpa..nilailah dengan pandangan mata hati yang paling dalam..hanya Allah S.W.T yang mengetahui segala-galanya. Hari ini kita adil kepada orang lebih-lebih lagi orang yang selalu mempermudahkan urusan kita maka mungkin esok hari orang-orang lain yang kita jumpa akan bersikap adil kepada kita..buatlah yang baik-baik walaupun tanpa orang lain ketahui kebaikan itu. Itulah kebaikan yang Allah S.W.T balas. Jangan menuduh dan memfitnah lebih-lebih lagi perkara-perkara yang tiada bukti dan hujung pangkal. Kita tidak tahu bakal penghujung hidup kita. Empati dan simpatilah kepada orang yang selalu bantu kita mempermudahkan urusan kita bukan ditambah dengan hinaan semata-mata..kita tidak tahu nanti siapa yang bakal kita jumpa nanti di mana kita berada...semoga menjadi ikhtibar untukku dan mereka yang membaca..salam kasih dan semoga kita semua dirahmati Ilahi...
Apabila Aku Stress..Apa Aku Buat...Memasak Hobiku
Aku bukan pandai sangat memasak tetapi aku jenis yang suka mencuba lain daripada yang lain...ada kisah di sebalik cerita aku suka memasak..masa aku mula-mula posting di sekolah..Pengetua aku ni perempuan.Gred Jusa C lagi...suka nasihatkan aku..masa aku mula-mula kahwin dengan suami..beliau nasihatkan aku supaya memasak untuk suami..masa tu memang betul-betul aku tak reti masak..masak cincai-cincai adalah juga..haha..sebabnya adik beradik aku ramai perempuan dan aku anak perempuan kedua akhir.. maksudnya aku ramai kakak..bab masak memasak aku serah kat kakak-kakakku..tetapi adik beradik aku bukan pandai masak sebab mak suruh bantu untuk memudahkan kerja-kerja di dapur. Masa tu gelabah betul aku apabila Pengetua nasihatkan aku macam tu. Jadi gigihlah aku belajar memasak melalui buku-buku resepi yang aku beli di kedai buku. Lama kelamaan , setiap hari aku memasak dengan try and error..alhamdulillah menjadi..suami aku sejak kahwin tak pernah komen apa yang aku masak. Lagipun kami asal dari negeri yang sama..masakan semuanya sama rasa..Terima kasih kepada Pn Hajah Junaidi dan mak aku juga..anak mak yang tak reti masak boleh memasak walau zaman remaja tak pernah masuk dapur..hehe aku mengaku tetapi kegigihan aku untuk belajar memasak akhirnya berjaya memasak untuk suami dan anak-anak, keluarga, pelajar-pelajar yang datang ke rumah..boleh la aku masak...itulah kejayaan peribadi yang aku kecapi atas nasihat seorang Pengetua...aku akan sentiasa belajar walau dimana berada..proses pembelajaran sepanjang hayat melalui pengalaman..
Subscribe to:
Comments (Atom)