Friday, 12 March 2021

CAKNA MASYARAKAT : HENTIKAN PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK, SAYANGILAH MEREKA SEPENUHNYA

 

CAKNA MASYARAKAT : HENTIKAN PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK, SAYANGILAH MEREKA SEPENUHNYA

Apa yang menjadi sebab kenapa ibu bapa sanggup melakukan penderaan kejam seperti itu. Apakah langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah yang seperti tiada berpenghujung ini Seolah-seolah gejala ini tiada berkesudahan. Ibu bapa yang tega dan tidak takut hukuman Allah SWT ini terus melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya terhadap anak-anak. Anak-anak sepatutnya mendapat perlindungan dan kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa. Hati tertanya-tanya kenapa? Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa anak-anak menjadi mangsa?Apa salah mereka?. Menjadi ibu bapa walaupun bukan mudah dalam zaman yang serba serbi mencabar ini sebenarnya memerlukan kekuatan iman yang teguh, kuat dan utuh. Dari segi latar belakang keluarga pasti ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya. Kasihanilah mereka. Mereka tidak dipinta untuk dilahirkan daripada mana-mana latar belakang yang tidak elok tetapi mereka inginkan kasih sayang keluarga mereka. Darah daging mereka sendiri. Kenapa tega melakukan seperti itu. Sedangkan binatang pun sayangkan anak mereka, inikan pula manusia yang Allah anugerahkan ada akal, hati dan perasaan. Tidakkah terdetik perasaan, ini anakku, aku akan jaganya sepenuh hatiku. Jika kelahirannya tidak diundang, baiklah serahkan kepada pusat perlindungan atau mereka yang memerlukan, boleh menjaga mereka dengan penuh kasih sayang. Jika tidak mampu bersabar untuk memelihara anak-anak, cubalah merancang kelahiran anak-anak. Ibu bapa yang memang mempunyai hasrat untuk mempunyai anak-anak yang ramai pastinya akan terus memelihara anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang walaupun hidup serba serbi kekurangan. Namun kadangkala penderaan itu, kemiskinan bukan puncanya. Mungkin dendam atau pernah mengalami penderaan dan sebagainya. Firman Allah SWT dalam surah Al-An-am ayat 151 :

Marilah supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun dan berbuat baiklah kepada ibu bapa dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka dan janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji baik yang nyata mahu pun yang tersembunyi yang terang dan tersembunyi  dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah membunuhnya melainkan dengan sesuatu sebab yang benar. Demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu memahaminya”,.

Mungkin sekarang ini peranan netizen pula tidak perlu lagi mengambil perhatian masalah artis atau membuat viral untuk mengaibkan seseorang yang bukan menambah pahala tetapi mendapat dosa yang bertimbun-timbun. Baiklah kiranya mengambil berat masalah ini dengan berperanan sebagai polis masyarakat. Laporkan kepada polis jika ada penderaan berlaku dan kerajaan seharusnya mengambil Langkah yang tegas dan proaktif untuk membendung gejala ini daripada terus berleluasa…mudah-mudahan tiada lagi kes penderaan dalam kalangan kanak-kanak. Sayangilah anak-anak kita sepenuhnya..Aaamiin..Allahumma Amiin…

Wednesday, 10 March 2021

Bersikap selektif Dalam Penulisan

 Bersikap selektif Dalam Penulisan

Bismillahirrahmaanirrahiim..Dah lama tak menulis dalam blogku ini..banyaknya rasa nak diluahkan untuk membugarkan hati dan rasa. Dah lama tak menulis terasa kekok pulak nak menulis bait-bait ayat.  Sungguh cepat masa berlalu, sedar tak sedar dah hampir setahun lebih meninggalkan blog ini..sebenarnya blog ini diwujudkan untuk ummi menulis setiap pengalaman yang dilalui semoga menjadi panduan dan iktibar buat anak-anak dan anak-anak didik.  Ummi pun masih lagi bertatih menulis dan menulis. Menulis ini merupakan satu terapi buat orang yang suka menulis macam ummi. Ummi menulis untuk suka-suka sahaja sebab Ummi memang suka menulis. Kadang-kadang ummi menulis sesuatu perkara yang berbentuk ilmiah, adakala ummi menulis santai-santai dan ada sesekali ummi menulis cerpen. Ikut mood jugaklah. Kadang-kadang bila mood ke laut, ummi tulislah apa sahaja sebab nak menaikkan momentum menulis bukan mudah.... Insya Allah bila habis belajar rasanya nak kembali semula ke dunia penulisan kreatif. Minat Ummi dalam penulisan ilmiah dan kreatif...insya Allah..Ummi akan terus menulis dengan izin Allah SWT. Sekurang-kurangnya ummi dapat memahirkan diri dalam dunia penulisan kreatif dan ilmiah sedikit demi sedikit. Syukurlah apa pun yang penting Allah SWT masih lagi mengurniakan kesihatan yang baik. Selagi masih lagi diberi nafas,  bersyukurlah     sekurang-kurangnya Allah SWT memberi kesempatan ruang dan waktu untuk melakukan hal-hal yang  bermanfaat dalam hidup. Semoga setiap hari yang dilakukan adalah untuk kebaikan  sama ada untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. 

        

         


Menulis Sesuatu Yang Memberi Manfaat

 Menulis Sesuatu Yang Memberi Manfaat

Kadangkala bila kita menulis sesuatu yang memberi manfaat, ia akan kembali manfaat itu kepada kita yang menulis. Idea kita akan semakin berkembang dan berkembang selagi kita menulis. Idea itu seperti sedekah, mengalir dengan jernih selagi terus menulis sesuatu yang bermanfaat kepada ummah. Insya Allah..teruskan berjuang dan jangan sesekali berputus asa. Allah Maha Mengetahui segalanya.