CAKNA MASYARAKAT : HENTIKAN
PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK, SAYANGILAH MEREKA SEPENUHNYA
Apa yang menjadi sebab kenapa ibu
bapa sanggup melakukan penderaan kejam seperti itu. Apakah langkah proaktif
yang diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah yang seperti tiada
berpenghujung ini Seolah-seolah gejala ini tiada berkesudahan. Ibu bapa yang
tega dan tidak takut hukuman Allah SWT ini terus melakukan sesuatu yang tidak
sepatutnya terhadap anak-anak. Anak-anak sepatutnya mendapat perlindungan dan
kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa. Hati tertanya-tanya kenapa? Apa
yang berlaku sebenarnya? Kenapa anak-anak menjadi mangsa?Apa salah mereka?.
Menjadi ibu bapa walaupun bukan mudah dalam zaman yang serba serbi mencabar ini
sebenarnya memerlukan kekuatan iman yang teguh, kuat dan utuh. Dari segi latar
belakang keluarga pasti ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya. Kasihanilah
mereka. Mereka tidak dipinta untuk dilahirkan daripada mana-mana latar belakang
yang tidak elok tetapi mereka inginkan kasih sayang keluarga mereka. Darah
daging mereka sendiri. Kenapa tega melakukan seperti itu. Sedangkan binatang
pun sayangkan anak mereka, inikan pula manusia yang Allah anugerahkan ada akal,
hati dan perasaan. Tidakkah terdetik perasaan, ini anakku, aku akan jaganya
sepenuh hatiku. Jika kelahirannya tidak diundang, baiklah serahkan kepada pusat
perlindungan atau mereka yang memerlukan, boleh menjaga mereka dengan penuh
kasih sayang. Jika tidak mampu bersabar untuk memelihara anak-anak, cubalah
merancang kelahiran anak-anak. Ibu bapa yang memang mempunyai hasrat untuk
mempunyai anak-anak yang ramai pastinya akan terus memelihara anak-anak mereka
dengan penuh kasih sayang walaupun hidup serba serbi kekurangan. Namun
kadangkala penderaan itu, kemiskinan bukan puncanya. Mungkin dendam atau pernah
mengalami penderaan dan sebagainya. Firman Allah SWT dalam surah Al-An-am ayat
151 :
“ Marilah supaya aku bacakan
apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu iaitu janganlah kamu
sekutukan dengan Allah sesuatupun dan berbuat baiklah kepada ibu bapa dan
janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi
rezeki kepada kamu dan kepada mereka dan janganlah kamu mendekati perbuatan
yang keji baik yang nyata mahu pun yang tersembunyi yang terang dan
tersembunyi dan janganlah kamu membunuh
jiwa yang telah diharamkan Allah membunuhnya melainkan dengan sesuatu sebab
yang benar. Demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu memahaminya”,.
Mungkin sekarang ini peranan
netizen pula tidak perlu lagi mengambil perhatian masalah artis atau membuat
viral untuk mengaibkan seseorang yang bukan menambah pahala tetapi mendapat
dosa yang bertimbun-timbun. Baiklah kiranya mengambil berat masalah ini dengan
berperanan sebagai polis masyarakat. Laporkan kepada polis jika ada
penderaan berlaku dan kerajaan seharusnya mengambil Langkah yang tegas dan
proaktif untuk membendung gejala ini daripada terus berleluasa…mudah-mudahan
tiada lagi kes penderaan dalam kalangan kanak-kanak. Sayangilah anak-anak kita
sepenuhnya..Aaamiin..Allahumma Amiin…
No comments:
Post a Comment