Bersikap selektif Dalam Penulisan
Bismillahirrahmaanirrahiim..Dah lama tak menulis dalam blogku ini..banyaknya rasa nak diluahkan untuk membugarkan hati dan rasa. Dah lama tak menulis terasa kekok pulak nak menulis bait-bait ayat. Sungguh cepat masa berlalu, sedar tak sedar dah hampir setahun lebih meninggalkan blog ini..sebenarnya blog ini diwujudkan untuk ummi menulis setiap pengalaman yang dilalui semoga menjadi panduan dan iktibar buat anak-anak dan anak-anak didik. Ummi pun masih lagi bertatih menulis dan menulis. Menulis ini merupakan satu terapi buat orang yang suka menulis macam ummi. Ummi menulis untuk suka-suka sahaja sebab Ummi memang suka menulis. Kadang-kadang ummi menulis sesuatu perkara yang berbentuk ilmiah, adakala ummi menulis santai-santai dan ada sesekali ummi menulis cerpen. Ikut mood jugaklah. Kadang-kadang bila mood ke laut, ummi tulislah apa sahaja sebab nak menaikkan momentum menulis bukan mudah.... Insya Allah bila habis belajar rasanya nak kembali semula ke dunia penulisan kreatif. Minat Ummi dalam penulisan ilmiah dan kreatif...insya Allah..Ummi akan terus menulis dengan izin Allah SWT. Sekurang-kurangnya ummi dapat memahirkan diri dalam dunia penulisan kreatif dan ilmiah sedikit demi sedikit. Syukurlah apa pun yang penting Allah SWT masih lagi mengurniakan kesihatan yang baik. Selagi masih lagi diberi nafas, bersyukurlah sekurang-kurangnya Allah SWT memberi kesempatan ruang dan waktu untuk melakukan hal-hal yang bermanfaat dalam hidup. Semoga setiap hari yang dilakukan adalah untuk kebaikan sama ada untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
No comments:
Post a Comment