Popular Posts
Popular Posts
Saturday, 8 July 2017
Apabila Anak Saudaraku Baca Novel
APABILA ANAK SAUDARAKU BACA NOVEL
Apabila balik ke kampung, ada salah seorang anak saudaraku membaca novel cinta bukan yang dibelinya tetapi dipinjam daripada rakan-rakan. Pada pandangan aku, novel cinta perlu ditapis pembacaannya. Oh no jangan beli novel cinta cintun, kamu masih belajar. Novel cinta tidak sesuai dibaca untuk murid-murid di bangku sekolah. “ Kata Kakak”. Nama kakak adalah panggilan kepada anak saudaraku. “Kakak nak baiki kosa kata dan tatabahasa kakak je” jawab kakak. Itu bukan caranya sayang. Kalau nak baiki tatabahasa dan menambah kosa kata, baca suratkhabar bukan novel”. Novel yang ditulis kebanyakan tidak masuk akal, tidak berpijak di bumi nyata. Banyak berangan dan mimpi yang indah-indah”. Kalau novel yang ditulis masuk akal dan membawa cinta itu ke arah pencipta kita, Allah S.W.T tak pe tetapi kalau membawa ke jalan yang serong, habislah budak-budak ni.
Bukan ingin membangga diri atau riak dan seumpama dengannya tetapi bercerita atas dasar pengalaman. Masa zaman remaja dahulu, aku tidak pernah membeli novel dan sampailah sekarang hanya satu dua je novel yang aku beli. Pada pandangan aku, novel boleh dibeli dengan syarat kandungan di dalamnya membawa mesej agama dan nilai-nilai murni yang boleh dijadikan pengajaran dan iktibar. Apa yang aku kelek saban waktu masa di universiti dahulu dan sampai sekarang adalah buku motivasi. Aku suka juga novel tetapi ditulis oleh Dr Othman Puteh, Shahnon Ahmad, Faisal Tehrani, Usman Awang dan A.Samad Said. Kalau murid-murid di bangku sekolah, ada ke nak baca buku-buku seperti itu? Kalau ada memang aku tabik springlah sebab buku-buku tu membosankan kalau memang tiada keinginan untuk belajar. Novelnya juga agak berat dan nak memahami maksudnya pun kena baca berkali-kali. Novel-novel itu membawa mesej yang banyak membawa kita ke arah kesedaran untuk meningkatkan mutu dan kualiti diri sebagai anak bangsa dan hamba Allah di muka bumi ini...Akulah itu yang hanya cikgu kampung di seberang hilir sana...
Thursday, 6 July 2017
Unsung Hero
Unsung Hero...kalau ditanya siapa unsung hero awak? Tentu dan pastinya dengan tuntas aku menjawab " Unsung Hero adalah arwah ayah". Walaupun arwah ayah sudah lama meninggalkan dunia ini tetapi arwah ayah masih hidup dalam hati aku sampai bila-bila. Aku anak kesayangan ayah. Banyak memori indah terpahat melewati hari-hari bersama arwah ayah. Setiap kali dalam kesedihan dan kesusahan, arwah ayah orang yang pertama aku cari untuk meluahkan perasaan sedih dan menasihati saat dan waktu aku memerlukan. Masa tu aku di tingkatan 2. Teringat masa sebelum arwah ayah sakit, seingat aku masa tu bulan Ramadhan..arwah ayah membaca surah Ar-Rahman untuk kesekian kalinya sewaktu mengimamkan solat terawih di surau kampung aku. Kali terakhir Ramadhan sebelum ayah sakit berulang alik masuk hospital disebabkan paru-paru berair. Beliau ayah yang terbaik dalam hidup aku. Bersyukur dilahirkan dan berbintikan arwah ayah.
Arwah ayah suka membaca kitab-kitab agama. Setiap kali kakak aku pulang dari Maktab Perguruan Batu Pahat, pastinya ayah akan bertanya tentang tafsir Al-Azhar yang kakak aku kelek sebagai buku rujukannya semasa belajar dalam bidang pendidikan di sana. Setiap kali duduk di beranda rumah, ayah tekun menelaah tafsir tersebut dan aku akan membuat latihan dan buku kerja sambil bertanya arwah ayah kalau aku tak faham apa yang ustaz ajar di sekolah. Arwah ayah sangat tegas dalam memilih sekolah untuk anak-anak. Arwah ayah akan pastikan semua anaknya bersekolah di sekolah arab. Arwah ayah berharap benar semua anaknya menjadi ustaz dan ustazah. Alhamdulillah impian arwah sudah tercapai. Sebahagian besar keluarga kami daripada bidang agama. Walaupun pada mulanya aku tak nak bersekolah di sekolah agama kerana ingin mengikuti rakan di sekolah menengah tetapi aku akur pada hasrat arwah ayah. Arwah ayah seorang yang peramah. Ke mana aku bertandang ke rumah kawan, pastinya mereka akan bertanya aku anak siapa. Tentunya nama arwah ayah aku sebut sebab ramai yang mengenali nama arwah ayah. Itulah satu cara supaya orang dapat mengenali aku walaupun masa tu aku masih bersekolah dan ramai juga yang tidak mengenali aku kerana berada di asrama dan pulang ke rumah hanya di hujung minggu.
Arwah ayah rajin membawa sahabat-sahabatnya pulang ke rumah dan juga membawa anak-anak sepupu datang. Kami solat berjamaah bersama dan arwah ayah akan memberikan tazkirah pendek kepada kami semua. Seingat aku sewaktu kecil ayah rajin mengunjungi keluarganya yang dekat dan jauh. Sanggup mengunjungi keluarga sebelah nenek yang jauh. Aku pun tidak pernah kenal dan sesekali mengenali apabila mereka datang ke rumah.
Apa yang paling terkesan di hati ialah sikap arwah ayah yang suka bersedekah dan menyambungkan silaturrahim keluarganya yang jauh. Berapapun arwah ayah ada, beliau tetap memberi. Sikit atau banyak arwah ayah tetap bersedekah.
Subscribe to:
Comments (Atom)