Popular Posts
Popular Posts
Tuesday, 3 October 2017
Penyakit kulit Ekzema Aktopik
Alhamdulillah cerita beberapa hari yang lepas, kulit Al Fateh bersisik dan melepuh. Al Fateh kerap menggaru-garu kulitnya sampai berdarah. Maka bertambah risau dan meruntunlah hatiku melihat keadaannya. Maka kami suami isteri bersepakat ntuk mendapatkan rawatan di Klinik Dr Ko specialist..bimbang juga aku sebenarnya takut klinik ini mengenakan bayaran yang mahal mencecah ribuan ringgit tetapi semasa membuat pembayaran di kaunter klinik alhamdulillah harganya rm 300.00. Nasib baik cukup wang kami bawa untuk ke klinik ini. Aku kongsi sedikit nasihat Doktor :
1. Banyakkan memakan sayuran dan buah-buahan untuk meningkatkan sistem imunisasi. Syukur Al Fateh penggemar sayur lobak merah dan buah pisang.
2. Banyakkan memakan Vitamin E dan C, Omega 3 dan minyak zaitun..aloe vera juga sangat bagus untuk kesihatan kulit.
3.Yang ni aku amalkan setiap kali merawat kulitnya yang bermasalah dan menyapu ubat iaitu doa syifa dan hasbunallah wanikmal wakil wanikmal maula wanikmal nasir(bahasa arab).
Alhamdulillah kesihatan Al Fateh bertambah baik dengan izin Allah jua penyakit ekzemanya semakin hari berkurangan tetapi aku tidak boleh terlalu berharap cuma mampu berdoa agar penyakit Al Fateh cepat sembuh..terima kasih juga sahabatku kerana memberi dan memperkenalkan minyak zaitun tu kepadaku. Al Fateh anak yang baik dan petah berkata kata. Hatiku selalu bahagia dan sejuk jiwa mendengar celotehnya...Semoga cepat sembuh ya sayang..Ummi sentiasa mendoakan yang terbaik..sayangku Al Fateh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment