Sharing is caring...sebenarnya sudah lama niat di hati untuk menceritakan tentang pengalaman umi kepada anak-anak dan anak-anak didik tentang pengalaman Umi yang pertama kali berhadapan dengan orang asli di Tanah Abang Mersing, Johor. Sebenarnya Umi dah lama nak pergi ke tempat orang asli, nak tahu dengan lebih mendalam cara hidup mereka. Apabila Umi pergi ke sesuatu tempat tu, bukan saja-saja Umi pergi. Bukan sia-sia sahaja. Umi pergi untuk memerhati dan menganalisis sesuatu tempat tu bukan berdasarkan cakap-cakap orang atau persepsi semata-mata.
Ok. Umi sangat bertuah apabila berada di sana, Umi sempat menemubual seorang pak cik daripada kalangan orang asli. Pak cik ni beragama Islam. Mungkin salah seorang yang tertua di kampung tu sebab umi nampak yang muda-muda sahaja yang datang ke sekolah berkunjung. Pak cik ni bercerita tentang pengalamannya yang pernah berhijrah dan pergi ke negeri Kelantan dan Terengganu untuk bekerja. Beliau memuji tentang kebaikan orang-orang di Kelantan dan Terengganu. Beliau memuji sebab pernah bekerja di tempat orang kan? Kalau tak, mungkin beliau tak dapat faham budaya orang jika beliau tidak pergi sendiri tempat tu. Cuma apa yang Umi kagum pemikiran pak cik ni. Sangat hebat. Beliau memberitahu Umi tentang orang asli boleh jadi lebih maju dan bertamadun jika mereka bercampur gaul dengan orang yang di luar dalam lingkungan mereka. Pemikiran mereka akan lebih terbuka dan asimilasi budaya boleh berlaku. Lebih kurang gitulah cakap beliau. Umi terjemahkan sikit bahasa beliau dalam ayat standard. Perbualan Umi dengan beliau agak ringkas. Tetapi Umi faham apa yang ingin dimaksudkan tentang ketamadunan orang asli. Kita tak boleh nak buat generalisasi secara umum bahawa semua orang asli ni jumud dan mindanya beku kerana berada di dalam hutan. Umi tak buat kajian di sana lebih mendalam, hanya pergi melihat dan memerhati suasana serta menjalankan tugas dalam aktiviti bersama pelajar. Jadi, Umi tak buat temu bual secara teliti dan mendalam dengan beberapa orang kampung di situ. Kalau tak, dah terhasil satu kajian tentang pembangunan orang asli.. untuk hasilkan kajian, Umi kena kod perkataannya satu demi satu dan menganalisisnya guna perisian N'vivo.
First impression, Umi tengok banyak hutan dan apabila banyak hutan umi anggap ada binatang buas tetapi sebenarnya tidaklah sebegitu. Mereka pun jarang-jarang bertemu binatang buas atau memang tidak pernah berjumpa langsung pun macam kita. Berdasarkan pemerhatian Umi, orang asli zaman sekarang sudah lebih canggih sedikit daripada dahulu. Mereka sudah memliliki kereta, boleh memandu dan ada kelebihan lain yang Umi tidak terokai. Pihak JAKOA dan Kerajaan yang menjaga kebajikan mereka. Cuma Umi nampak daripada sudut pemikiran agak jauh sedikit (tidak semua kerana ada yang sudah mempunyai pendidikan) mungkin suasana dan cara hidup mereka jauh daripada bandar dan kemudahan teknologi maklumat tiada. Kalau adapun mungkin tidak dimanfaatkan disebabkan kecetekan ilmu pengetahuan yang sedia ada pada mereka. Sebenarnya ada ramai juga golongan yang berpendidikan daripada kalangan orang asli ini. Umi merasa mereka hebat sebenarnya sebab macamana mereka boleh pergi lebih jauh dan belajar tinggi-tinggi sedangkan segalanya jauh terbentang dalam hidup mereka.
Umi nampak juga usaha daripada kementerian Pendidikan sendiri yang memberi elaun mengajar kepada guru-guru yang mengajar ibu bapa orang asli ni belajar untuk membaca. Ada usaha yang baik ke arah itu. Cumanya bagaimana ingin menyedarkan orang asli tentang kepentingan ilmu kepada mereka dan bagaimana ingin mengubah persepsi masyarakat tentang orang asli. Selain itu juga, dakwah tidak sampai kepada mereka kerana ilmu itu tidak dapat diteladani dengan baik oleh orang-orang asli yang bukan Islam. Ada juga yang Islam tetapi secara taqlid buta sahaja. Ada juga yang betul-betul memahami Islam seperti juga dengan masyarakat Melayu. Cumanya percentagenya perlu dibuat kajian.
Apa yang ingin Umi puji di sini tentang kesanggupan guru-guru yang mengajar orang-orang asli. Hebat, bukan? Umi tidak pernah memandang rendah keupayaan orang asli kerana mereka mempunyai khazanah alam yang cukup berharga. Cumanya ketamadunan mereka dapat dibangunkan dengan adanya ilmu dan agama. Alhamdulillah, sekarang Umi dapat melihat dan meneroka tentang kehidupan orang asli kerana abah sudah berpengalaman mengajar anak orang asli dan membawa Umi meneroka walaupun hanya sekadar melihat tempat orang asli di tempat kami dan banyak memberi maklum tentang kehidupan mereka. Sekurang-kurangnya minda Umi sedikit terbuka dan faham cara hidup mereka serba sedikit.
Begitu juga dengan Umi serba sedikit memahami tentang masyarakat Felda...ada lagi dalam cerita Umi ingin kongsikan tentang anak-anak di kawasan Felda dan kenapa minda mereka perlu dibangunkan serta dijauhkan daripada terlibat dengan anasir-anasir yang tidak baik. Bukan sahaja kawasan felda tetapi juga di kampung-kampung dan bandar. Cuma Umi kongsi sahaja supaya dapat menyedarkan kepada Umi sendiri dan sahabat-sahabat betapa banyaknya yang kita tidak nampak jika kita tidak meneroka dengan lebih mendalam kalau kita sendiri tidak pergi meneroka tempat tu secara mendalam. Ada yang beranggapan, apa kelas kau pergi tempat macam tu kan. Ya lah bukan tempat yang hebat-hebat mana lah orang nak berkunjung. Tetapi sebenarnya kalau kita tidak meneroka tempat orang, kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Sebab kita tidak pernah tinggal menetap, berhijrah, dan kita hanya menetap di kampung atau di bandar tempat kita je. Jadi kita akan memberi pelbagai andaian dan persepsi yang banyak salah daripada betulnya. Jadi Syukur Umi dapat berpeluang dengan sahabat-sahabat dan anak-anak didik untuk pergi sendiri untuk melihat dengan lebih dekat tentang kehidupan orang asli. Boleh juga Umi menemubual sikit-sikit mereka. Umi kenal lah juga siapa itu orang asli yang sebenarnya dipanggil orang asal. Semoga Allah mempermudahkan. Insya Allah....
