Tuesday, 27 July 2021

Selamat Hari Lahir Anak Perempuan Kesayangan ku..semoga menjadi anak yang solehah..Aamiin


Selamat hari jadi kakak Iffah..

Tanggal 27.07.2021 hari ni genap umur kakak Iffah 11 tahun..syukurlah alhamdulillah dengan segala nikmat yang Allah SWT berikan..satu-satunya anugerah terindah yang Allah SWT kurniakan kepada Ummi..anak perempuan..nikmat mana lagi yang Ummi ingin dustakan..syukur sudah banyak diberikan namun adakah kesyukuran itu mampu ummi zahirkan..semoga Allah SWT menerima amalan Ummi dan menghapuskan dosa-dosa Ummi yang telah lalu. Aamiin. Allahumma Aamiin.

     Sebelas tahun lepas ummi lahirkan Iffah di hospital Nora Ismail, Batu Pahat Johor pada 27.7. 2010 tepat pada malam nisfu syaaban lebih kurang pukul 1.00 pagi. Melahirkan Iffah, anak kedua Ummi dengan seberat 4.0 kg mungkin adalah antara baby yang terbesar dekat situ..tidak dapat bayangkan betapa sukar untuk Ummi lahirkan Iffah masa tu, bertarung nyawa untuk ummi lahirkan kamu sayang. Ummi seolah-olah di ambang maut dan kamu Iffah masih lagi bertahan walaupun kamu sudah kelemasan dalam perut Ummi..YaBukan mudah..Iffah hampir lemas kerana minum air ketuban...Doktor yang menyambut kelahiran Iffah mengatakan yang Iffah sudah terminum air ketuban peringkat pertengahan -mekonium moderate..istilah yang Dr guna pakai..tidak dapat digambarkan tahap kebimbangan ummi masa tu..macam-macam ada dalam fikiran ummi walaupun ummi sendiri menahan kesakitan akibat pembedahan untuk melahirkan Iffah kian terasa. Namun Ummi masih tetap bimbangkan Iffah lagi daripada kesihatan Ummi. 
Usai pembedahan dilakukan Ummi terasa lega dapat melahirkan Iffah kerana sudah dua hari Ummi menahan kesakitan..Kerana apa?..kerana Ummi terminum air bunga fatimah terlalu awal..usai dimasukkan hospital ummi terus minum..akhirnya apa yang terjadi...? Iffah menggelegak dalam perut Ummi seperti pakaian yang dimasukkan dalam mesin basuh..berpusing-pusing untuk keluar daripada perut ummi, ummi pulak mengerang kesakitan yang tidak terperi sakitnya..hanya mereka yang pernah melaluinya merasakan betapa perit dan azabnya untuk melahirkan anak...namun di sebalik kesakitan untuk melahirkan Iffah pastinya ada hikmahnya..Ummi bersyukur Allah SWT masih lagi memberi peluang untuk Ummi melihat, membesar, mengasuh dan mendidikmu menjadi anak yang solehah..semoga kamu membesar menjadi anak yang solehah, anak perempuan kesayanganku..

Hanya satu-satunya bunga dan penawar yang Ummi ada, anugerah terindah yang Allah SWT berikan untuk Ummi usai doa yang Ummi panjatkan..memang Ummi berhajat untuk mempunyai anak perempuan kerana abahmu tiada adik beradik perempuan dan Iffahlah satu-satunya anak perempuan tunggal kesayangan abah. Syukurlah dengan pemberian Allah SWT..tiga lelaki dan seorang perempuan yang membahagiakan Ummi dan abah. Semoga semuanya mampu memberi manfaat kepada agama. Insya Allah.Ummi mengimbas kembali memori melahirkanmu Iffah kerana untuk Iffah tahu bukan mudah seorang ibu untuk melahirkan anak-anaknya. antara keempat-empat anak Ummi, Iffahlah yang paling sukar namun kesukaran itu ada banyak hikmahnya. Saat kau dilahirkan, Ummi menangis sebab Ummi rasa Ummi gagal menjadi seorang ibu kerana Ummi melahirkan anak-anak secara pembedahan. Ummi tidak mampu melahirkan anak secara normal seperti orang lain. Seingat ummi 3 4 hari juga lah ummi duduk dalam wad sampailah Ummi boleh bangun.Tatkala Ummi sedang menangis datang seorang lagi ibu yang sudah melahirkan anak. Maybe anak sulung, dia juga menangis, Ummi tidak pasti, ummi biarkan sahaja kami masing-masing melayan emosi..bila ummi tengok anak dia nampak kecil sahaja mungkin tidak cukup bulan..masing-masing Allah SWT beri dugaan..dalam wad ibu bersalin tu macam-macam dapat dilihatkan..ada yang diduga dan ada juga balik  ke rumah dengan senyuman..ada yang diduga dengan bermacam-macam ujian sehingga dipanggil Ilahi ketika melahirkan, anak-anak meninggal dalam perut, anak cacat dan sebagainya. Tetapi ada juga mereka yang melahirkan anak-anak tanpa sebarang dugaan dan ujian serta mudah pulak melahirkan..rezeki masing-masing...dalam wad kanak-kanak tu macam-macam jugak ada..ada baby yang berpenyakit dan ada pulak yang terlebih sihat..Iffah pun sihat 4 kg lahir cuma terminum ketuban je..ada lagi dalam wad tu..dia duduk sebelah Iffah dengan berat 4.2 kg.. bukan main comel dan montel lagi macam baby dua bulan besar dia..

     Seingat Ummi, Usai Ummi melahirkan Iffah itu, Iffah telah dimasukkan ke wad kanak-kanak dan dimasukkan ke wad kecemasan kerana Iffah terminum air ketuban dan diberi rawatan untuk menghilangkan kuman,,,mujurlah kuman tidak merebak kepada paru-paru dan otak Iffah..Doktor cakap kalau lambat sikit dibedah, pasti otak Iffah dah terencat..Syukurlah Iffah tiada apa-apa..Ummi sangat-sangat berterima kasih kepada Doktor yang merawat kamu sayang... ada sedikit petua sebelum Ummi lahirkan Iffah. Ummi banyak-banyak berzikir ingat Allah SWT banyak-banyak sebab sakit sangat tak tahan dah.. hanya zikir yang menjadi peneman Ummi..Ummi tidak mampu berbuat apa-apa kerana Ummi sedang bertarung nyawa, menahan kesakitan sampai Ummi tidak mampu bernafas...nafas ummi sangat berat masa tu.. hanya doa dan zikir terkumat kamit Ummi lafazkan..betapa sakitnya selepas terminum air bunga kacip fatimah terlalu awal, azabnya tidak terperi...syukurlah segalanya berakhir dengan selamat selepas masuk dalam wad pembedahan dan doktor keluarkan Iffah daripada perut Ummi. 

        Bukan mudah sebenarnya untuk melahirkan seorang anak apatah lagi apabila terpaksa melalui kedua-dua sekali merasa sakit..normal sakit dan bedah pun sakit..tapi ujian itu reda ubatnya..syukurlah segalanya ada hikmah yang Allah SWT simpan untuk Ummi..senang nak besarkan kamu, tiada penyakit apa-apa..kamu pulak selalu membuat Ummi ketawa di saat ummi penat dan keletihan dengan bermacam-macam tugas harian..Ummi rasa hilang segala penat dan lelah walaupun terkadang ada bebelan kecil tapi kamu tetap meriangkan hati ummi. Kerenah dan keletah masa kecil hingga kamu besar membuat Ummi terasa ingin mempunyai ramai lagi anak tetapi Allah SWT memberi setakat Ummi dan abah terdaya..4 orang sudah memadai...dalam usia hampir mencecah 40-an ni Ummi rasa cukuplah dan abah selalu mengadu kepada Ummi, abah tak mampu lagi bangun malam,,dan banyak sebab salah satu sebab kerana Fateh pernah mempunyai penyakit kulit yang kronik dan Ummi pulak semakin sibuk dengan tugasan Ummi..abah pulak dah ada penyakit darah tinggi dan ummi ingin berehat jugak dan menjaga kesihatan yang selama ini banyak juga diabaikan....abah dan Ummi masing-masing ada kerjaya yang perlu diuruskan..sudah lagi tidak mampu untuk bangun malam dan buat susu tengah-tengah malam...sudah perlu melebihkan ibadah malam yang sebelum ni hanya sekali sekala kerana terlalu letih melayan rengekan bayi nak menyusu dan berak kencing tengah malam sampai kadang-kadang letih... baby pun kencing atas tilam.pagi-pagi terpaksa berjemur tilam sambil bergegas nak pergi kerja...syukurlah semua tu sudah lepas..sudah merasai beli pampers dan susu hampir 17 tahun serta bayar duit pengasuh hampir seribu sebulan....masa ni hanya fokus untuk membesarkan dan mendidik kamu semua semoga menjadi anak-anak yang bermanfaat kepada Ummah dan agama suatu hari nanti. Insya Allah..hanya Allah yang mampu menentukannya, hambanya tetap merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya...

Tuesday, 25 May 2021

Suamiku bukan lelaki sempurna tetapi agamanyalah yang menjadi pegangan hidupku dunia dan akhirat

 Dia lelaki yang diciptakan Allah SWT untukku ...sungguh aku tidak pernah menyangka berjumpa jodoh dengannya..jodoh itu ketetapan Allah SWT. Sudah 16 tahun aku melayari hidup bersama dengannya dalam suka dan duka..banyak ujian yang ditempuhi bermula awal perkahwinan sehingga ke hari ini insya Allah membuatkan kasih sayang bertambah mekar. Kalau diceritakan tentang menempuh alam sukar, setiap orang menempuhi situasi itu juga..susah senang kehidupan berumah tangga. Dipertemukan dengannya bukan jodoh yang dirancang olehku tetapi itu adalah pemberian Allah SWT yang menjodohkan dengan cara yang tidak terduga dan bermula daripada hati ke hati.  Dia memilih aku dalam pertemuan yang tidak dirancang dan terduga..tiada siapa yang menjodohkan kami. Ya tiada yang memaksa dan dipaksa. Setiap jodoh sama ada dirancang atau tidak semuanya boleh membahagiakan terpulang bagaimana nakhoda dan anak kapal saling mengemudikan...syukur kepada Allah SWT dan setiap manusia yang bersyukur Allah tambahkan nikmatNya--Aaamiin..Allahumma Aaminn.

Setiap perancangan dan ketetapan Allah SWT itu adalah yang terbaik dan banyak hikmahnya. Pada pendapat Ummi dalam pemilihan jodoh menurut cara Islam adalah melalui istikharah dan Allah menunjukkan jalannya...meneruskan atau tidak diteruskan dan alhamdulillah diizinkan Allah SWT dengan cara yang beradab dan mulia.  

Kita bukan manusia yang sempurna dan tiada orang yang sempurna dalam dunia ini kecuali Rasulullah SAW yang maksum. Kalau diceritakan tentang kesempurnaan dirinya, ya..tiada yang sempurna malah kalau dikatakan jauh lebih hebat lelaki lain daripada kekayaan, kehandsomen yang menjadi gilaan dan pujaan wanita..tidak bagi dirinya seperti juga dia memilih diriku sebagai teman hidupnya. Jauh daripada sempurna. Kesempurnaan milik Allah SWT. Tetapi yang boleh memberikan kebahagiaan dalam hidup kita siapa?. Allah SWT....

Dalam memilih, syukurlah...yang paling penting dalam memilih jodoh berdasarkan pemilihan jodoh dalam Islam..fazfar bizatiddin tarabbat yadaka...pilihlah yang beragama nescaya hidup kita bahagia...yang dipilih sama ada lelaki atau perempuan yang memilih adalah soleh dan kesolehannya...walaupun terdapat lagi ramai yang lebih warak dan soleh, banyak ilmu jauh lebih baik daripada dirinya tetapi seorang isteri tetap memilih suaminya yang paling soleh sebab dia kenal suaminya lebih daripada orang lain luar dan dalam...tiada orang boleh mengenalinya hatta ibunya sendiri...seorang isteri yang mengenalinya...bersyukur apa adanya, cukuplah Allah bagiku..dan setiap kekurangannya ada kelebihanku pada dirinya dan setiap kekuranganku adalah kelebihan pada dirinya yang menampung kekuranganku...hanya kalimah syukur sehingga ke hari ini kami masih bahagia hidup bersama insya Allah..Semoga Allah SWT sentiasa memberkati hidup keseluruhannya keluargaku ini dunia dan akhirat. Tiada yang hebat melainkan Allah SWT yang maha agung.

Sunday, 9 May 2021

Hidup berpandukan Al-Quran dan Sunnah

 Selalu hidup kita berpandukan logik akal tetapi kita tidak memandukan akal fikiran kita kepada al-Quran dan Sunnah. Kita cerita ikut logik akal sedangkan al-Quran dan Sunnah sudah menyediakan pelbagai jawapan kepada persoalan hidup kita. Memang enak apabila kita berceritakan ikut logik akal dan pengalaman kita tetapi adakah persoalan yang dijawab itu betul2 kukuh tanpa ada bukti yang sahih daripada Al-Quran dan sunnah. Kita boleh berhujjah tanpa ilmu ikut logik akal tetapi betulkah caranya sebegitu...tepuk dada tanya iman...

Friday, 23 April 2021

Pandangan Allah SWT dan pandangan manusia berbeza

 Apabila saat tidak dihargai manusia tidak akan memberi apa-apa kesan apabila kita ada Allah SWT. Asbabnya Allah yang memberi bukan manusia yang memberi. Allah SWT yang menggerakkan hati manusia, bukan manusia yang boleh mengerakkan hati manusia lain. Memberi bukan untuk dipandang oleh manusia sebab kita tahu Allah SWT Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Biarlah manusia tidak pandang tapi Allah SWT yang memandang. Tapi saat manusia memandang tapi Allah SWT tidak memandang apa yang kita berikan, saat itu adalah sesuatu yang sangat tidak bermakna..hanya sia-sia belaka. Memberi bukan untuk dihargai tapi kita tahu sejauh mana kasih sayang Allah SWT saat kita memberi. Allah SWT yang mampu memberikan segalanya apa yang kita perlukan saat kita mengangkat tangan menadahkan doa. Bukan kita menadahkan tangan kepada manusia lain. Manusia tiada kuasa untuk itu. Sungguh manusia tiada kuasa. Yang berkuasa hanya Allah SWT. Kadang-kadang pemberian Allah SWT sangat luar biasa. Kadang-kadang kita rasa mustahil tapi tidak mustahil bagi Allah SWT. Kita hanyalah manusia yang lemah, tiada daya dan tiada kuasa.

Friday, 12 March 2021

CAKNA MASYARAKAT : HENTIKAN PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK, SAYANGILAH MEREKA SEPENUHNYA

 

CAKNA MASYARAKAT : HENTIKAN PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK, SAYANGILAH MEREKA SEPENUHNYA

Apa yang menjadi sebab kenapa ibu bapa sanggup melakukan penderaan kejam seperti itu. Apakah langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah yang seperti tiada berpenghujung ini Seolah-seolah gejala ini tiada berkesudahan. Ibu bapa yang tega dan tidak takut hukuman Allah SWT ini terus melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya terhadap anak-anak. Anak-anak sepatutnya mendapat perlindungan dan kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa. Hati tertanya-tanya kenapa? Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa anak-anak menjadi mangsa?Apa salah mereka?. Menjadi ibu bapa walaupun bukan mudah dalam zaman yang serba serbi mencabar ini sebenarnya memerlukan kekuatan iman yang teguh, kuat dan utuh. Dari segi latar belakang keluarga pasti ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya. Kasihanilah mereka. Mereka tidak dipinta untuk dilahirkan daripada mana-mana latar belakang yang tidak elok tetapi mereka inginkan kasih sayang keluarga mereka. Darah daging mereka sendiri. Kenapa tega melakukan seperti itu. Sedangkan binatang pun sayangkan anak mereka, inikan pula manusia yang Allah anugerahkan ada akal, hati dan perasaan. Tidakkah terdetik perasaan, ini anakku, aku akan jaganya sepenuh hatiku. Jika kelahirannya tidak diundang, baiklah serahkan kepada pusat perlindungan atau mereka yang memerlukan, boleh menjaga mereka dengan penuh kasih sayang. Jika tidak mampu bersabar untuk memelihara anak-anak, cubalah merancang kelahiran anak-anak. Ibu bapa yang memang mempunyai hasrat untuk mempunyai anak-anak yang ramai pastinya akan terus memelihara anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang walaupun hidup serba serbi kekurangan. Namun kadangkala penderaan itu, kemiskinan bukan puncanya. Mungkin dendam atau pernah mengalami penderaan dan sebagainya. Firman Allah SWT dalam surah Al-An-am ayat 151 :

Marilah supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun dan berbuat baiklah kepada ibu bapa dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka dan janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji baik yang nyata mahu pun yang tersembunyi yang terang dan tersembunyi  dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah membunuhnya melainkan dengan sesuatu sebab yang benar. Demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu memahaminya”,.

Mungkin sekarang ini peranan netizen pula tidak perlu lagi mengambil perhatian masalah artis atau membuat viral untuk mengaibkan seseorang yang bukan menambah pahala tetapi mendapat dosa yang bertimbun-timbun. Baiklah kiranya mengambil berat masalah ini dengan berperanan sebagai polis masyarakat. Laporkan kepada polis jika ada penderaan berlaku dan kerajaan seharusnya mengambil Langkah yang tegas dan proaktif untuk membendung gejala ini daripada terus berleluasa…mudah-mudahan tiada lagi kes penderaan dalam kalangan kanak-kanak. Sayangilah anak-anak kita sepenuhnya..Aaamiin..Allahumma Amiin…

Wednesday, 10 March 2021

Bersikap selektif Dalam Penulisan

 Bersikap selektif Dalam Penulisan

Bismillahirrahmaanirrahiim..Dah lama tak menulis dalam blogku ini..banyaknya rasa nak diluahkan untuk membugarkan hati dan rasa. Dah lama tak menulis terasa kekok pulak nak menulis bait-bait ayat.  Sungguh cepat masa berlalu, sedar tak sedar dah hampir setahun lebih meninggalkan blog ini..sebenarnya blog ini diwujudkan untuk ummi menulis setiap pengalaman yang dilalui semoga menjadi panduan dan iktibar buat anak-anak dan anak-anak didik.  Ummi pun masih lagi bertatih menulis dan menulis. Menulis ini merupakan satu terapi buat orang yang suka menulis macam ummi. Ummi menulis untuk suka-suka sahaja sebab Ummi memang suka menulis. Kadang-kadang ummi menulis sesuatu perkara yang berbentuk ilmiah, adakala ummi menulis santai-santai dan ada sesekali ummi menulis cerpen. Ikut mood jugaklah. Kadang-kadang bila mood ke laut, ummi tulislah apa sahaja sebab nak menaikkan momentum menulis bukan mudah.... Insya Allah bila habis belajar rasanya nak kembali semula ke dunia penulisan kreatif. Minat Ummi dalam penulisan ilmiah dan kreatif...insya Allah..Ummi akan terus menulis dengan izin Allah SWT. Sekurang-kurangnya ummi dapat memahirkan diri dalam dunia penulisan kreatif dan ilmiah sedikit demi sedikit. Syukurlah apa pun yang penting Allah SWT masih lagi mengurniakan kesihatan yang baik. Selagi masih lagi diberi nafas,  bersyukurlah     sekurang-kurangnya Allah SWT memberi kesempatan ruang dan waktu untuk melakukan hal-hal yang  bermanfaat dalam hidup. Semoga setiap hari yang dilakukan adalah untuk kebaikan  sama ada untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. 

        

         


Menulis Sesuatu Yang Memberi Manfaat

 Menulis Sesuatu Yang Memberi Manfaat

Kadangkala bila kita menulis sesuatu yang memberi manfaat, ia akan kembali manfaat itu kepada kita yang menulis. Idea kita akan semakin berkembang dan berkembang selagi kita menulis. Idea itu seperti sedekah, mengalir dengan jernih selagi terus menulis sesuatu yang bermanfaat kepada ummah. Insya Allah..teruskan berjuang dan jangan sesekali berputus asa. Allah Maha Mengetahui segalanya.