Tanggal 27.07.2021 hari ni genap umur kakak Iffah 11 tahun..syukurlah alhamdulillah dengan segala nikmat yang Allah SWT berikan..satu-satunya anugerah terindah yang Allah SWT kurniakan kepada Ummi..anak perempuan..nikmat mana lagi yang Ummi ingin dustakan..syukur sudah banyak diberikan namun adakah kesyukuran itu mampu ummi zahirkan..semoga Allah SWT menerima amalan Ummi dan menghapuskan dosa-dosa Ummi yang telah lalu. Aamiin. Allahumma Aamiin.
Sebelas tahun lepas ummi lahirkan Iffah di hospital Nora Ismail, Batu Pahat Johor pada 27.7. 2010 tepat pada malam nisfu syaaban lebih kurang pukul 1.00 pagi. Melahirkan Iffah, anak kedua Ummi dengan seberat 4.0 kg mungkin adalah antara baby yang terbesar dekat situ..tidak dapat bayangkan betapa sukar untuk Ummi lahirkan Iffah masa tu, bertarung nyawa untuk ummi lahirkan kamu sayang. Ummi seolah-olah di ambang maut dan kamu Iffah masih lagi bertahan walaupun kamu sudah kelemasan dalam perut Ummi..YaBukan mudah..Iffah hampir lemas kerana minum air ketuban...Doktor yang menyambut kelahiran Iffah mengatakan yang Iffah sudah terminum air ketuban peringkat pertengahan -mekonium moderate..istilah yang Dr guna pakai..tidak dapat digambarkan tahap kebimbangan ummi masa tu..macam-macam ada dalam fikiran ummi walaupun ummi sendiri menahan kesakitan akibat pembedahan untuk melahirkan Iffah kian terasa. Namun Ummi masih tetap bimbangkan Iffah lagi daripada kesihatan Ummi.
Usai pembedahan dilakukan Ummi terasa lega dapat melahirkan Iffah kerana sudah dua hari Ummi menahan kesakitan..Kerana apa?..kerana Ummi terminum air bunga fatimah terlalu awal..usai dimasukkan hospital ummi terus minum..akhirnya apa yang terjadi...? Iffah menggelegak dalam perut Ummi seperti pakaian yang dimasukkan dalam mesin basuh..berpusing-pusing untuk keluar daripada perut ummi, ummi pulak mengerang kesakitan yang tidak terperi sakitnya..hanya mereka yang pernah melaluinya merasakan betapa perit dan azabnya untuk melahirkan anak...namun di sebalik kesakitan untuk melahirkan Iffah pastinya ada hikmahnya..Ummi bersyukur Allah SWT masih lagi memberi peluang untuk Ummi melihat, membesar, mengasuh dan mendidikmu menjadi anak yang solehah..semoga kamu membesar menjadi anak yang solehah, anak perempuan kesayanganku..
Hanya satu-satunya bunga dan penawar yang Ummi ada, anugerah terindah yang Allah SWT berikan untuk Ummi usai doa yang Ummi panjatkan..memang Ummi berhajat untuk mempunyai anak perempuan kerana abahmu tiada adik beradik perempuan dan Iffahlah satu-satunya anak perempuan tunggal kesayangan abah. Syukurlah dengan pemberian Allah SWT..tiga lelaki dan seorang perempuan yang membahagiakan Ummi dan abah. Semoga semuanya mampu memberi manfaat kepada agama. Insya Allah.Ummi mengimbas kembali memori melahirkanmu Iffah kerana untuk Iffah tahu bukan mudah seorang ibu untuk melahirkan anak-anaknya. antara keempat-empat anak Ummi, Iffahlah yang paling sukar namun kesukaran itu ada banyak hikmahnya. Saat kau dilahirkan, Ummi menangis sebab Ummi rasa Ummi gagal menjadi seorang ibu kerana Ummi melahirkan anak-anak secara pembedahan. Ummi tidak mampu melahirkan anak secara normal seperti orang lain. Seingat ummi 3 4 hari juga lah ummi duduk dalam wad sampailah Ummi boleh bangun.Tatkala Ummi sedang menangis datang seorang lagi ibu yang sudah melahirkan anak. Maybe anak sulung, dia juga menangis, Ummi tidak pasti, ummi biarkan sahaja kami masing-masing melayan emosi..bila ummi tengok anak dia nampak kecil sahaja mungkin tidak cukup bulan..masing-masing Allah SWT beri dugaan..dalam wad ibu bersalin tu macam-macam dapat dilihatkan..ada yang diduga dan ada juga balik ke rumah dengan senyuman..ada yang diduga dengan bermacam-macam ujian sehingga dipanggil Ilahi ketika melahirkan, anak-anak meninggal dalam perut, anak cacat dan sebagainya. Tetapi ada juga mereka yang melahirkan anak-anak tanpa sebarang dugaan dan ujian serta mudah pulak melahirkan..rezeki masing-masing...dalam wad kanak-kanak tu macam-macam jugak ada..ada baby yang berpenyakit dan ada pulak yang terlebih sihat..Iffah pun sihat 4 kg lahir cuma terminum ketuban je..ada lagi dalam wad tu..dia duduk sebelah Iffah dengan berat 4.2 kg.. bukan main comel dan montel lagi macam baby dua bulan besar dia..
Seingat Ummi, Usai Ummi melahirkan Iffah itu, Iffah telah dimasukkan ke wad kanak-kanak dan dimasukkan ke wad kecemasan kerana Iffah terminum air ketuban dan diberi rawatan untuk menghilangkan kuman,,,mujurlah kuman tidak merebak kepada paru-paru dan otak Iffah..Doktor cakap kalau lambat sikit dibedah, pasti otak Iffah dah terencat..Syukurlah Iffah tiada apa-apa..Ummi sangat-sangat berterima kasih kepada Doktor yang merawat kamu sayang... ada sedikit petua sebelum Ummi lahirkan Iffah. Ummi banyak-banyak berzikir ingat Allah SWT banyak-banyak sebab sakit sangat tak tahan dah.. hanya zikir yang menjadi peneman Ummi..Ummi tidak mampu berbuat apa-apa kerana Ummi sedang bertarung nyawa, menahan kesakitan sampai Ummi tidak mampu bernafas...nafas ummi sangat berat masa tu.. hanya doa dan zikir terkumat kamit Ummi lafazkan..betapa sakitnya selepas terminum air bunga kacip fatimah terlalu awal, azabnya tidak terperi...syukurlah segalanya berakhir dengan selamat selepas masuk dalam wad pembedahan dan doktor keluarkan Iffah daripada perut Ummi.
Bukan mudah sebenarnya untuk melahirkan seorang anak apatah lagi apabila terpaksa melalui kedua-dua sekali merasa sakit..normal sakit dan bedah pun sakit..tapi ujian itu reda ubatnya..syukurlah segalanya ada hikmah yang Allah SWT simpan untuk Ummi..senang nak besarkan kamu, tiada penyakit apa-apa..kamu pulak selalu membuat Ummi ketawa di saat ummi penat dan keletihan dengan bermacam-macam tugas harian..Ummi rasa hilang segala penat dan lelah walaupun terkadang ada bebelan kecil tapi kamu tetap meriangkan hati ummi. Kerenah dan keletah masa kecil hingga kamu besar membuat Ummi terasa ingin mempunyai ramai lagi anak tetapi Allah SWT memberi setakat Ummi dan abah terdaya..4 orang sudah memadai...dalam usia hampir mencecah 40-an ni Ummi rasa cukuplah dan abah selalu mengadu kepada Ummi, abah tak mampu lagi bangun malam,,dan banyak sebab salah satu sebab kerana Fateh pernah mempunyai penyakit kulit yang kronik dan Ummi pulak semakin sibuk dengan tugasan Ummi..abah pulak dah ada penyakit darah tinggi dan ummi ingin berehat jugak dan menjaga kesihatan yang selama ini banyak juga diabaikan....abah dan Ummi masing-masing ada kerjaya yang perlu diuruskan..sudah lagi tidak mampu untuk bangun malam dan buat susu tengah-tengah malam...sudah perlu melebihkan ibadah malam yang sebelum ni hanya sekali sekala kerana terlalu letih melayan rengekan bayi nak menyusu dan berak kencing tengah malam sampai kadang-kadang letih... baby pun kencing atas tilam.pagi-pagi terpaksa berjemur tilam sambil bergegas nak pergi kerja...syukurlah semua tu sudah lepas..sudah merasai beli pampers dan susu hampir 17 tahun serta bayar duit pengasuh hampir seribu sebulan....masa ni hanya fokus untuk membesarkan dan mendidik kamu semua semoga menjadi anak-anak yang bermanfaat kepada Ummah dan agama suatu hari nanti. Insya Allah..hanya Allah yang mampu menentukannya, hambanya tetap merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya...

No comments:
Post a Comment