Saturday, 8 July 2017

Apabila Anak Saudaraku Baca Novel

APABILA ANAK SAUDARAKU BACA NOVEL Apabila balik ke kampung, ada salah seorang anak saudaraku membaca novel cinta bukan yang dibelinya tetapi dipinjam daripada rakan-rakan. Pada pandangan aku, novel cinta perlu ditapis pembacaannya. Oh no jangan beli novel cinta cintun, kamu masih belajar. Novel cinta tidak sesuai dibaca untuk murid-murid di bangku sekolah. “ Kata Kakak”. Nama kakak adalah panggilan kepada anak saudaraku. “Kakak nak baiki kosa kata dan tatabahasa kakak je” jawab kakak. Itu bukan caranya sayang. Kalau nak baiki tatabahasa dan menambah kosa kata, baca suratkhabar bukan novel”. Novel yang ditulis kebanyakan tidak masuk akal, tidak berpijak di bumi nyata. Banyak berangan dan mimpi yang indah-indah”. Kalau novel yang ditulis masuk akal dan membawa cinta itu ke arah pencipta kita, Allah S.W.T tak pe tetapi kalau membawa ke jalan yang serong, habislah budak-budak ni. Bukan ingin membangga diri atau riak dan seumpama dengannya tetapi bercerita atas dasar pengalaman. Masa zaman remaja dahulu, aku tidak pernah membeli novel dan sampailah sekarang hanya satu dua je novel yang aku beli. Pada pandangan aku, novel boleh dibeli dengan syarat kandungan di dalamnya membawa mesej agama dan nilai-nilai murni yang boleh dijadikan pengajaran dan iktibar. Apa yang aku kelek saban waktu masa di universiti dahulu dan sampai sekarang adalah buku motivasi. Aku suka juga novel tetapi ditulis oleh Dr Othman Puteh, Shahnon Ahmad, Faisal Tehrani, Usman Awang dan A.Samad Said. Kalau murid-murid di bangku sekolah, ada ke nak baca buku-buku seperti itu? Kalau ada memang aku tabik springlah sebab buku-buku tu membosankan kalau memang tiada keinginan untuk belajar. Novelnya juga agak berat dan nak memahami maksudnya pun kena baca berkali-kali. Novel-novel itu membawa mesej yang banyak membawa kita ke arah kesedaran untuk meningkatkan mutu dan kualiti diri sebagai anak bangsa dan hamba Allah di muka bumi ini...Akulah itu yang hanya cikgu kampung di seberang hilir sana...

No comments: