Bersyukurlah dengan nikmat yang
diberikan. Alhamdulillah setiap detik dan waktu Allah SWT memberikan aku ruang
dan kesempatan melihat dan meneroka di setiap genap alam. Bermusafir menikmati
kebesaran dan keagungan Allah SWT. Hanya dalam hatiku betapa besarnya nikmat
yang Allah SWT berikan untukku. Allahu Akbar. Allah SWT banyak mendidikku dan
memberi pengajaran menginsafi segala kelemahan diri bahawa tiada yang sempurna
di dunia ini. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.
Aku sangat memahami dalam mencari yang sempurna maka yang terbaik akan hilang.
Yang terbaik di sisiku anugerah Ilahi. Dalam surah Ar Rahman aku hayati
tafsirannya : “ Nikmat apa lagi yang mahu didustakan” . Syukur saat derita
Allah kurniakan bahagia, saat susah Allah hadiahkan rezeki..alhamdulillah.
Sedikit sebanyak rasa bersyukur bertandang juga nikmat Ilahi walau macam mana
sekali pun. Allah SWT datangkan suami, anak-anak dan sahabat-sahabat yang baik
juga satu rezeki bagiku…Doa seorang ibu adalah yang terbaik untuk anak-anaknya.
Segala yang baik itu datangnya rezeki daripada Allah…Allah kurniakan segalanya
dan tidak perlu lagi rasanya mencari kesempurnaan…aku belajar menerima semuanya
seadanya. Segala yang ada sudah cukup bagiku dalam memberi erti hidup. Syukur
dipanjatkan kepada Ilahi, aku pernah merasai kehilangan orang yang sangat aku
sayangi yang sentiasa ada saat aku memerlukan, memberi motivasi dan harapan
untuk berjaya dunia akhirat. Mendoakanku saban waktu dan memberi harapan untuk
aku berjaya dalam pelajaran. Itulah arwah ayah. Nasihat dan pedoman sehingga
kini masih aku ingat dan teladani. Bersyukurlah seandainya kita masih ada lagi
ayah yang baik yang sentiasa menyayangi anak-anaknya. Jangan lihat apa yang
kita tiada. Arwah ayah meninggal semasa
aku masih lagi belajar mengenal erti dunia dan bertatih meneruskan semangat dan
motivasi untuk belajar. Arwah ayah meninggal masa aku di tingkatan dua. Saat
aku kehilangan arwah ayah semasa aku masih lagi memerlukannya dan pada saat
yang tepat, Allah SWT menggantikan aku dengan seorang suami yang sentiasa
menemaniku saat susah dan payah. Sebab itulah aku belajar banyak erti syukur.
Aku tidak pernah ingin mencari kesempurnaan. Pesanan arwah untuk aku belajar
bersungguh-sungguh sampai sekarang menjadi pencetus motivasiku untuk belajar
dan meneruskan pencarian ilmu walau sebenarnya dahulu aku belajar dalam serba
kekurangan. Tiada istilah sekolah hebat, guru yang hebat. Sekolah kampung
sahaja. Aku juga pelajar yang biasa
sahaja. Anak orang kampung. Cuma yang ada pada masa tu, guru-guru yang
segalanya diberkati sehingga melahirkan ramai yang mendapat gelaran graduan
universiti. Aku bersyukur juga dapat
menjejakkan kaki ke universiti Malaya dan sampai sekarang Allah SWT
memberikanku peluang untuk menimba ilmu. Sebab itulah, aku berpegang pada
prinsip kekurangan bukan alasan untuk tidak berjaya. Mengingati masa lalu dalam
serba kepayahan, aku belajar erti bersyukur. Melihat banyak segi kehidupan
dalam permusafiran merantau ke negeri orang, aku belajar tentang istilah
mensyukuri apa yang ada dan terus berusaha. Tidak gentar dan takut..selagi ada
redha daripada ibu dan restu daripada suamiku, aku yakin segalanya akan
berjalan dengan lancar. Semoga Allah mempermudahkan segalanya.. Cukuplah apa
yang ada dan Allah SWT berhak memberi atas segalanya. Aku hanya mampu berusaha.
Semoga kehidupanku, keluargaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, jiran-jiranku, anak-anak
didikku Insya Allah semakin diberkati….Aamiin.
Popular Posts
Popular Posts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment