Alhamdulillah, banyak urusan
pindah dah selesai di Kelantan setakat ini untuk tahun 2018. Ada beberapa
urusan perpindahan juga sudah diselesaikan di Johor (setakat ini kali keempat
sudah kami berpindah). Banyak hikmahnya berpindah ini walaupun sedikit kesukaran
terpaksa kami sekeluarga tempuhi. Alhamdulillah, setakat ini semua urusan
berjalan dengan lancar. Urusan anak-anak terutama abang Faheem masuk ke Maahad
Muhammadi lelaki, alhamdulillah sudah beres dan urusan pindah sekolah kakak
Iffah dan tadika abang Fateh dan Adik Faris tiada masalah. Rabbi Yassir Wa La
Tua’ssir. Untuk urusan pindah kali ini banyak hikmah yang Umi dapat teladani. Terhutang budi pada Jiran-jiran sebelah rumah
di Johor, dekat dan jauh, ahli keluarga kami serta Terhutang budi terutama
kepada kakak Umi, Kak Ma juga kerana anak kak Ma, abang Faiz banyak membantu
abah menguruskan barang-barang pindah kami menggunakan perkhidmatan lori sewa. Cerita
tentang perpindahan kami kali ini, Umi meminta tolong daripada anak saudara
umi, abang Faiz di Pasir Mas meneman dan membantu abah untuk mengambil
barang-barang kami di Johor. Apabila berpindah tempat, banyak urusan perlu
diselesaikan. Kami kena selesaikan satu persatu. Bulan Disember 2018 ini adalah
saat kesibukan yang tiada berpenghujung kerana perpindahan ini. Urusan rumah
sewa, pindah anak, pindah barang, selesaikan bab belajar dahulu sedikit demi
sedikit sebelum sambung balik mood rajin tu, dan urusan persekolahan anak-anak.
Kakak umi, kak Ma dan abang Ipar Umi, abang Yu bersungguh-sungguh ingin membantu. Usai ambik
abang Faiz di Pasir Mas, kami ada beberapa urusan yang nak diselesaikan di
Ketereh. Dek banyak sangat perkara yang perlu diselesaikan di Ketereh, abah nak
cancelkan tiket bas sebab takut terlambat dan tertinggal bas ke Johor. Naik bas
kat Pasir Hor. Jauh juga tu Pasir Mas-Ketereh-Pasir Hor. Abah lupa nak bawa
baju dan dokumen. Umi secara spontan bagi cadangan supaya hantar abah dan abang
Faiz dulu ke stesen bas, bab baju dan dokumen uruskan kemudian. Baju boleh beli
di mana-mana pasar raya, dan dokumen boleh je muat turun daripada internet. Kebetulan pula, pakaian yang dah siap dibasuh
dengan mesin dobi dan beg travel pun dah ada. Apa lagi abang Faheem dengan
pantas sediakan keperluan untuk abah siap dengan beg travel sekali. Abang
Faheem dah biasa dengan kehidupan travel kami sekeluarga. Abah cakap umi
kreatif. Abah tak terfikir sebenarnya nak buat macam tu. Sebenarnya Itulah pengalaman
yang membuatkan kita sentiasa berfikir untuk memudahkan urusan. Seandainya
tiada pengalaman sebegini, susah juga kami sekeluarga untuk menghadapi situasi
pindah randah ni. Apabila berpindah, banyak keputusan segera perlu dibuat. Dalam
banyak urusan, umi dan abah saling sepakat. Banyak keputusan kami buat bersama.
Abah mementingkan kesempurnaan, umi pulak jenis simple je asalkan buat jangan
tak buat. Yang paling penting semuanya beres dan bisa diatur. Jangan tak
bisa-bisa, sampai semuanya tak menjadi. Plan A tak menjadi, ada Plan B, Plan C,
dan seterusnya. Kesusahan mengajar kita tentang erti hidup yang sebenarnya. Pengalaman
lalu mengajar Umi untuk terus gigih dan bersabar dalam menempuh dugaan dan
ujian.
Yang paling penting, kita
merancang, berusaha dan bertawakkal…alhamdulillah selesai..insya Allah,
semuanya yang terbaik daripada Allah S.W.T jua.
No comments:
Post a Comment