Terima Kasih kepada orang yang
menjatuhkan kita kerana kalau tiada orang yang menjatuhkan kita, maka kita
sendiri yang tidak bangun-bangun. Terus terlena dibuai mimpi yang indah-indah.
Rasa malas dan mudah menghantui hidup kita. Di saat orang menjatuhkan kita, ada
orang yang baik-baik sentiasa mendoakan kita atas asbab kebaikan yang ikhlas
kita lakukan kepada mereka. Kita tidak tahu, siapa, bila, dan di mana. Doa
orang-orang yang baik mustajab buat kita. Seandainya tiada yang menjatuhkan
kita, tidak mungkin kita berada di tempat kita sekarang. Terima kasih dan bersyukur kepada Ilahi. Tanpa
ada motivasi dalaman yang tinggi, kita akan terus tertidur enak dan berada di
takuk yang lama tanpa ada usaha. Duduk bersandar kenyang tanpa melakukan sesuatu untuk
membuatkan kita maju ke hadapan. Bangkitlah dan maralah ke hadapan!. Duduk diam
tidak akan menjanjikan apa-apa. Jika zikir, fikir, amal soleh itulah yang
terbaik. Semoga setiap usaha dipermudahkan. Insya Allah..Aamiin.
Popular Posts
Popular Posts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment