Banyak perkara yang berlalu
memberi manfaat dan semoga dijauhkan daripada perkara yang sia-sia..manfaatkan
lima perkara sebelum datang lima perkara. Antara perkara yang berharga adalah
nikmat kesihatan. Syukur alhamdulillah dapat memberi manfaat kesihatan kepada diri
dan orang lain terutama suami dan anak-anak. Dapat meluangkan masa melakukan
aktiviti-aktiviti seharian bersama keluarga, memasak untuk suami dan anak-anak
yang masih kecil pulang dari sekolah, mengambil anak-anak di taska dan sekolah,
menguruskan mereka dengan sesempurna yang boleh mengikut kemampuan yang Allah
SWT kurniakan. Nikmat kesihatan ini seandainya dikira jauh lebih berharga
dengan harta kekayaan. Nikmat sihat sebelum sakit ini andai dapat dipergunakan
dan dimanfaatkan sebaik mungkin, betapa bersyukurnya. Yang paling penting kita sentiasa berusaha
untuk menjaga kesihatan semaksimum yang mungkin. Bersenam, berjoging, memakan ulam-ulaman
merupakan antara yang menjadi kegemaran dan aktiviti seharian aku selama ini.
Syukur juga aku dididik oleh ibu untuk menggemari pemakanan yang sihat seperti
ini. Alhamdulillah, aku perturunkan ilmu ini kepada anak-anakku. Semoga Allah
melindungi mereka dan dijauhkan daripada sebarang penyakit merbahaya..insya
Allah..aku hanya mampu berdoa dan berusaha.
Saat ini juga aku bersyukur Allah SWT memberi peluang untuk menimba ilmu
tanpa mengabaikan suami dan anak-anak. Setakat ini aku tidak pernah
meninggalkan mereka untuk jangka waktu yang lama. Sebenarnya aku tak betah
meninggalkan mereka. Paling lama pun seminggu itu pun kalau ada beberapa perkara yang penting seperti kursus di tempat yang jauh. Nak jumpa SV pun jauh. Alhamdulillah ada banyak alat teknologi memudahkan komunikasi. Tak sanggup rasanya nak tinggalkan Adik Faris lama-lama. Adik Faris masih lagi
menyusu badan. Kesian pulak nak tinggal lama-lama. Anak-anak merupakan kekuatan
seorang ibu untuk meneruskan perjuangan menuntut Ilmu dan juga dalam kehidupan.
Harapnya semoga ia menjadi contoh tauladan untuk anak-anak meneruskan
kesinambungan perjuangan dan gigih menuntut ilmu. …jadi, umi dan abah kena
menunjukkan contoh yang baik untuk anak-anak dan juga anak-anak didik bahawa
ilmu ini sangat penting untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Di Daerah yang terasing ini aku
masih lagi dalam tempoh menyesuaikan diri dengan tempat dan suasana. Pada
pandangan aku, tempat ni agak best jugak sebab pemandangannya cantik dan udaranya
segar sekali. Bandar yang semakin membangun dikelilingi gunung ganang yang
terletak indah. Setiap hari keluar rumah dapat je tengok gunung ganang yang
pemandangannya hijau terbentang luas di depan mata. Melihat pemandangan yang
indah, hijau, bersih, cantik ni dengan udara yang segar, kabus yang tebal
terasa betapa sempurnanya ciptaan Allah SWT. Sesekali terdengar unggas dan
burung berkicauan. Alangkah indahnya hati, mata dan telinga yang mendengar.
Syukur manfaat fikir dan zikir dalam kehidupan menghargai alam sekitar ciptaan
Allah SWT. Melihat dan merenung dengan mata hati betapa agungnya kekuasaan
Allah SWT, merasa betapa kerdilnya diri ini di sisi Allah SWT Yang Maha Esa. Aku hayati tafsir al-Quran surah Ar-Rum :
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi,
dan perbezaan bahasa kamu, dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian
itu, mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berpengetahuan. (surah
Ar-Rum : Ayat 22)
Terasa bahagia dan lapangnya
jiwa. Jiwa tenang, hati pun senang. Lebih mudah apabila melakukan kerja dan
belajar dengan menuntut ilmu dengan hati yang tenang. Semoga rahmat Allah SWT sentiasa melindungi. Dalam
kesunyian daripada kesibukan kota, pastinya terselit rahmat dan nikmat
kesihatan melihat alam yang terbentang. Namun kebahagiaan ini tidak sama jika
berada di tempat sendiri tetapi tempat ni sangat bagus untuk mereka yang
berjiwa sederhana seperti aku ni..hehe…aku tak suka sangat kesibukan kota dan
tidak terpencil sangat duduk di pedalaman. Sama seperti kampungku yang sangat
cantik dengan pemandangan yang memukau mata hati. Sungguh Indah dan terasa
damai di hati. Tempat ini juga tidaklah terlalu jauh. Lebih kurang tiga jam
lamanya memandu. Kalau nak berulang alik ke kampungku, rasanya tak mampu nak
berulang alik setiap hari. Sesekali dapat menziarahi ibu bapa juga satu rezeki
dan kewajipan untuk kami sekeluarga. Semoga Allah SWT memelihara kesihatan
mereka dengan baik. Tenanglah si anak jika ibu bapanya sihat walafiat. Jauh kami tersadai di tempat orang tetapi
hikmahnya banyak sekali. Jauh kami kerana berkhidmat sebagai pendidik. 17 tahun
berkhidmat di negeri orang, barulah suami dapat pindah juga satu hikmah. Kami
bersyukur sebab orang lain lebih lagi nak balik setelah berpuluh tahun di
negeri orang. Rezeki dapat balik kampung juga satu kesyukuran sekian lama
berada di tempat orang mengharungi suka duka hidup bersama suami dan anak-anak.
Selama mana di tempat orang, itulah yang dinamakan pengalaman berhijrah di tempat
orang. Banyak hikmahnya apabila berada di tempat orang. Mengenali budaya orang
lain pastinya memberikan kita kefahaman yang lebih baik dan menghormati budaya
orang lain dalam menghargai budaya di tempat sendiri.. lain orang lain caranya,
inikan budaya orang, pasti lain dengan budaya di tempat sendiri..begitulah
ceritanya hijrah kami…Inilah yang dinamakan pengalaman. Banyak pengalaman ke
sana sini kot rasanya banyak idea aku nak tulis…banyak cerita ingin dirakamkan
untuk tatapan anak-anakku dan anak-anak didikku sebagai pengajaran bahawa kita
ni sebagai khalifah di muka bumi ini. Hidup hanyalah sementara, manfaatkan
waktu yang ada..insya Allah.

No comments:
Post a Comment