Sunday, 19 February 2012

yang terindah hanya untukmu

Anak-anakku,

Sebenarnya banyak titipan nasihat ingin Umi berikan tetapi kamu semua masih kecil dan tidak mengerti apa-apa. Fikiran Umi menerawang jauh teringat semasa Umi melahirkan kamu semua. Tidak pernah Umi terfikir sejauh dan sepayah itu Umi terpaksa berjuang dan bertarung nyawa melahirkan kamu semua. Tetapi Syukur Alhamdulillah, berkat doa Umi dan Abah yang tidak putus-putus, kamu semua selamat dilahirkan ke dunia yang fana ini dengan sempurna. 

Aku Seorang Wanita...

Kasih sayang Allah S.W.T ada bersama kita. Bahagian yang Allah S.W.T tetapkan kepada kita sebagai wanita. Ada yang mudah melahirkan dan ada yang sukar untuk melahirkan. Adakah yang sukar itu kerana banyak dosa dan yang mudah itu dosanya terlalu ringan? tetapi kalau kita lihat remaja yang melahirkan anak luar nikah itu adakah sesenang itu mereka melahirkan tanpa doktor dan mak bidan?. Ada sebab musababnya setiap yang Allah Takdirkan. bukan mudah atau sukar yang menjadi persoalan tetapi sejauh manakah nikmat yang kita syukuri saat kita melahirkan zuriat yang tercinta hasil daripada buah cinta yang kita semai usai saat pernikahan kita bersama pasangan. Syukur Alhamdulillah, Allah masih memberi keizinan untuk kita memiliki zuriat sendiri.

No comments: