ILMU DAN PENGALAMAN MENGAJAR ERTI
KEBERANIAN
Syukur
alhamdulillah, dalam minggu-minggu sebelumnya banyak perkara dapat diuruskan
dengan baik tanpa banyak masalah. Semua perkara dapat berjalan lancar
sebagaimana yang dirancang juga merupakan satu rezeki yang tak ternilai dan
anugerah yang terindah daripada Ilahi. Harapan semoga apa yang dirancang dan
diimpikan tertunai dengan izin Ilahi. Insya Allah.
Ummi ingin
bercerita tentang keberanian menghadapi segalanya dalam hidup kita. Dari mana
datangnya keberanian???.
Keberanian sebenarnya datang dalam diri kita. Keberanian itu datang selepas pelbagai macam perkara kita lalui dalam episod hidup kita. Kesusahan yang kita lalui mengajar banyak hikmah yang kita perlu pelajari. Proses kehidupan mengajar kita untuk terus berlari tanpa henti dan tidak menoleh ke belakang. Mengambil peluang yang ada di depan mata dan meneruskan perjuangan. Sebenarnya macam mana Ummi nak menukarkan kehidupan yang dulunya seorang yang introvert kepada ekstrovert. Introvert pastinya kita akan sinonimkannya dengan kemurungan dan esktrovert kita sinonimkannya dengan happy go lucky atau senantiasa ceria.
Keberanian sebenarnya datang dalam diri kita. Keberanian itu datang selepas pelbagai macam perkara kita lalui dalam episod hidup kita. Kesusahan yang kita lalui mengajar banyak hikmah yang kita perlu pelajari. Proses kehidupan mengajar kita untuk terus berlari tanpa henti dan tidak menoleh ke belakang. Mengambil peluang yang ada di depan mata dan meneruskan perjuangan. Sebenarnya macam mana Ummi nak menukarkan kehidupan yang dulunya seorang yang introvert kepada ekstrovert. Introvert pastinya kita akan sinonimkannya dengan kemurungan dan esktrovert kita sinonimkannya dengan happy go lucky atau senantiasa ceria.
Dalam kehidupan Ummi sebenarnya seorang yang
sangat introvert dan agak pemalu jugak orangnya. Tetapi selepas Ummi berkahwin,
mempunyai suami dan anak-anak, rasa berani datang dengan sendiri. Dalam kerjaya
juga begitu. Sebenarnya di sekolah, ummi seorang yang sangat introvert kerana
salah satunya tidak pandai memandu kereta dan sangat bergantung harap kepada
orang lain. Tetapi selepas habis master, Ummi beranikan diri pergi interview
jawatan sebagai Kaunselor Organisasi. Alhamdulillah dengan berkat doa suami,
ibu dan anak-anak, Ummi mendapat jawatan itu dan ditempatkan di matrikulasi. Di
situlah pengalaman pertama Ummi untuk bercampur gaul dengan orang lain dan
travel ke sana sini. Disitulah Ummi mencuba untuk memandu kereta dalam kawasan
kampung berdekatan. Alhamdulillah juga selepas berada di IPG Ummi berjaya juga
pandu kereta ke sana ke mari tanpa perlu abah hantar Ummi. Pengalaman kerjaya itu menyebabkan timbul
banyak keberanian dalam hidup. Sebab apa?? Sebabnya Ummi kena travel seorang
diri ke sana ke mari. Naik bas dan keretapi itu satu perkara
yang biasa sejak dari zaman universiti lagi sampailah Ummi dapat naik kapal terbang ketika sudah bekerja. Satu pengalaman Ummi pernah pergi ke Sarawak
seorang diri untuk menghadiri karnival kerjaya yang dianjurkan oleh pihak KPM.
Ummi diberi pendedahan bagaimana menguruskan pelajar-pelajar untuk ke
Universiti. Ummi ditaja dan diberi penginapan hotel yang bertaraf
berbintang-bintang di Riverside Majestic Hotel dan naik kapal terbang pun boleh
claim lagi. Masa tu tahun 2012. Ummi pergi sendirian. Alhamdulillah lepas tu
jumpa kawan ramai-ramai. Sebenarnya tiada masalah pun. Cuma ketakutan tu yang
mewarnai diri kita sebab tak ada sesiapa yang mengiringi kita. Pengalaman Ummi
berada di negeri orang itulah yang mengajar Ummi supaya menjadi lebih berani. Sekarang
ini dan detik waktu ini, Ummi diberi rezeki sambung belajar. Ummi pergi travel
jumpa SV ummi nun jauh di sana…andai nak dibayangkan haruskah Ummi melangkah sebab Ummi rasa sudah sebati dengan jiwa pendidik? Sudah selesa dengan apa yang ada. Namun di sebalik itu ada amanah dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar harus Ummi
tunaikan walau jauh beribu batu tetap langkah ini diteruskan jua. insya Allah. Pada
pandangan Ummi untuk belajar dan mencari Ilmu, Ummi harus membuang perasaan
inferiority complex dan perasaan inginkan kesempurnaan. Membuang segala perasaan
takut. Ketakutan tidak boleh membawa ke mercu kejayaan dan mana mungkin kita
boleh berjaya kalau kita tidak memulakan langkah satu persatu. Itulah sesuatu yang mengajar Ummi tentang
perlunya tidak bergantung harap pada sesiapa. Seandainya Ummi bergantung harap
kepada orang lain sepenuhnya, semua kerja Ummi takkan pernah siap dan tak jadi
pun. Bergantung harap pada Allah SWT itulah yang utama dan yang hakikinya.
Semoga Allah SWT melindungi kita daripada mala petaka, mara bahaya dan mempermudahkan
segala usaha kita. Aamiin.
Pandai-pandailah kita jaga diri. Semoga senantiasa dipertemukan dengan
orang-orang yang baik dalam kehidupan kita. Begitulah pentingnya keberanian dan keberanian mestilah bertempat. Dalam kehidupan seharian dan dunia kerjaya juga kita kena dan mesti menjadi
orang yang berani. Keberanian akan mengajar kita tentang bagaimana
mempertahankan kebenaran dan mempertahankan hak kita. Sesuatu yang lebih baik
terutama daripada segi ilmu, bakat dan kemahiran perlu ditonjolkan agar kita
mampu bertahan dengan lebih baik. Sebenarnya Allah SWT kurniakan kita dengan
banyak kelebihan. Jadi kita sendiri yang kena bangunkan potensi diri kita. Ummi
sendiri juga berusaha mencari pengalaman. Selepas berada di Universiti, kita akan
bekerja untuk mencari pengalaman. Pengalaman itu Pengalaman itu bukan sekadar pengalaman sahaja. Itulah sebenarnya yang mematangkan
diri kita. Di universiti kita diberi
ilmu tentang teori dan asasnya perlu kita bina sendiri. Di universiti itulah kita
mendapatkan ilmu tentang teori. Praktikalnya selepas kita bekerja. Kita perlu
bertatih untuk mendapatkan pengalaman. Contohnya kita impikan sebuah rumah yang
baik dan bermutu. Sudah tentu kita perlukan bahan-bahan yang bermutu untuk
membina rumah tersebut agar rumah tersebut tidak mudah runtuh apabila dilanda
ribut. Biarlah tampak biasa sahaja tetapi kuat dan utuh binaannya.
Analogi
seorang sahabat pernah Ummi mendengar kata-katanya. Sedapnya di halwa telinga
Ummi. Masih terngiang-ngiang lagi kata-katanya. Kehidupan kerjaya ini ibarat
awak seorang diri berada di dalam hutan. Di situ ada gajah, kancil, harimau, singa,
monyet, ular dan serangga yang berbisa lain. Jadi berhati-hatilah…di mana-mana
pun seperti itu juga. Di kampung, desa dan bandar di situ pelbagai orang awak
akan jumpa. Ya tetap sesuatu yang Ummi akui berdasarkan pengalaman dalam
kehidupan dan kerjaya itulah yang mengajar kematangan dalam kehidupan.
Sama juga
ertinya dalam kehidupan dan kerjaya kita. Untuk berjaya bukan jalan yang mudah
perlu kita lalui. Jatuh bangun itu satu perkara yang biasa dan perlu dilalui untuk
mereka yang ingin berjaya. Tak boleh melaluinya dengan senang-senang sahaja.
Kena kutuk, kritik, caci dan makan sindiran itu perkara biasa. Kalau tidak
ingin melalui perkara itu, maka kita tak boleh meneruskan kehidupan dan kerjaya
kita. Dalam kehidupan ini tak mungkin tiada masalah dalam kehidupan kita.
Tetapi bagaimana kita nak mewarnai hidup kita semoga kita terus ceria, tenang
dan berjaya. Membina diri sendiri bukan sehari dua. Memakan banyak waktu dan
kita tidak harus mendiamkan diri kita sahaja serta reda sahaja tanpa usaha. Usaha
itu penting agar kita boleh menjadi manusia yang lebih baik dan lebih berjaya
pada masa-masa akan datang. Insya Allah. Perjalanan Ummi masih lagi mentah
dalam kehidupan dan kerjaya ini. Cuma yang Ummi harus perbaiki niat setiap hari
agar semuanya kerana Allah SWT. Semoga
apa yang kita lakukan semuanya kerana Allah SWT. Aamiin.
Satu prinsip dan asas yang teguh
yang perlu kita pegang adalah al-Quran dan Sunnahnya. Allah SWT berfirman dalam
surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud :
“ Sesungguhnya Allah tidak
mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada
pada diri mereka sendiri “.
Insya Allah,
segalanya ketentuan Allah SWT dan nasib, untung diri kita juga Allah yang
tentukan. Orang lain tidak boleh menentukan dan mengubah nasib kita. Pastinya
kita sendiri yang perlu berusaha sedaya
upaya untuk menjadi yang terbaik dalam hidup kita. Kita sendiri yang
menentukannya berdasarkan usaha kita. Semoga yang baik-baik kita dapat dunia
dan akhirat. Aamiin.
Sekian, motivasi hari ini….Ummi
bagi motivasi untuk diri, famili, dan semua. Semoga bermanfaat..alhamdulillah
hari-hari yang kemurungan dah bertukar ceria selepas dapat berjaya menunaikan
apa yang dirancang. Selepas merantau berbatu-batu jauhnya cari bahan tesis di UKM dan
jumpa SV di UTM, hantar correction proposal, balik jumpa suami, anak-anak dan
seterusnya Ummi dapat berkhidmat untuk
ibu Ummi,bawa ibu Ummi jalan-jalan di sekitar kampung Ummi. Itulah sekali
sekala yang Ummi dapat buat. Tak banyak harap berkualiti masa yang diberikan
Allah SWT. Alhamdulillah terasa dirahmati. Selepas ini insya-Allah ada lagi
rancangan-rancangan lain yang harus ditunaikan. What’s Next???....semoga
dipermudahkan..jangan takut tau, buang rasa takut tu dalam minda kau...semoga Allah SWT memelihara kehidupanmu.Aamiin.


No comments:
Post a Comment