Popular Posts
Popular Posts
Friday, 4 November 2016
Bersyukur Selalu Menzahirkan Kebahagiaan Duniawi dan Ukhrawi..
Alhamdulillah...syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kurniaan rezeki dari-Nya..pelbagai bentuk rezeki dalam setiap ruang kehidupan memberi erti yang penuh bermakna dalam melalui sisa kehidupan yang masih berbaki..
Allah Maha Berkuasa atas segalanya baik yang terzahir dan tersembunyi segalanya adalah milikNya..kita manusia hanyalah insan kerdil yang menumpang bernafas di dunia yang fana ini..
Ingatlah segala apa yang kita lakukan baik yang zahir dan sembunyi semuanya dalam penilaian Allah S.W.T..pandangan Allah lebih utama daripada pandangan manusia..buatlah sebaik mana untuk pandangan manusia, akhirnya kita menemui kekecewaan tetapi kebaikan yang kita lakukan demi mendapat redha Ilahi Insyaallah kita akan mendapat yang terbaik dari Ilahi...kehidupan kita penuh dengan kebahagiaan yang hakiki, hati yang tenang dan jiwa yang kuat dalam menempuh arus duniawi yang tidak bertepi..
Percaya Allah Maha berkuasa lebih dari segalanya...apa yang manusia lakukan walau macamanapun tidak akan dapat mengatasi kuasa Allah S.W.T..bergantung kepada Allah sepenuhnya,Insyaallah kita akan selamat dunia dan akhirat..Berdoalah dan panjatkan dengan seikhlas hati, yakinlah Allah S.W.T mampu mengaturkan segalanya atas doa-doa yang dipanjatkan...siapa kita sebagai manusia mampu membuat sesuatu mengikut kehendak hati kita..sedangkan hakikatnya kita hanyalah manusia yang lemah..mampu merancang tetapi yang menentukan adalah Allah S.W.T maha berkuasa menentukan segalanya..berusahalah dan tawakkal sepenuhnya kepada Allah..
sombonglah, egolah..anggaplah manusia selain dirimu tidak sehebat dirimu..kamulah yang paling hebat tetapi hakikat sebenarnya tiada satu pun manusia di dunia ini yang hebat..hebat dan kuasa itu milik Allah S.W.T..betapa kita berbuat sesuatu kejahatan kepada insan lain, kejahatan itu tetap kembali kepada kita..berbuat baiklah walau tidak berharga di mata manusia tetapi mengutamakan pandangan Allah itu yang lebih baik...hanya Allah S.W.T yang mampu membalas segala usaha dan kebaikan kita..penilaian manusia hanya bersifat sementara tetapi penilaian Allah itu lebih adil kerana Allah maha melihat yang terzahir dan tersembunyi walau jauh di sudut hati kita sekalipun..
Berusahalah mencari keberkatan dalam kehidupan dan nilailah kehidupan secara lebih adil...apa yang kita lakukan sama ada kejahatan atau kebaikan itu semua akan kembali kepada kita..kebaikan yang orang lain lakukan kepada kita ingatlah supaya kita tahu bahawa ada manusia yang lebih baik daripada kita dan lupakanlah kebaikan kita kepada orang kerana kebaikan kita walau sebesar biji zarah Allah sahaja yang mampu membalasnya dan balasannya rezeki yang tidak terduga daripada pelbagai sudut kehidupan...
Ingatlah, apa yang manusia lakukan sebaik-baiknya, nilailah dengan mata hati dengan hati yang paling ikhlas dan dalam.Janganlah kita menidakkan usaha yang manusia lakukan walau terzahir dan tersembunyi...dan yakinlah segala rezeki itu milik Allah S.W.T bukan milik kita..berbuatlah yang terbaik...kita akan dapat apa yang kita usahakan..kerana usaha itu walau macamanapun situasinya Allah adalah segalanya..Allah maha memberi segala yang terbaik atas apa yang kita usahakan...bersyukur atas rahmat Ilahi..Allah Maha Melihat...kita tiada kuasa atas segalanya..kita ada usaha dan tawakkal...
Friday, 8 April 2016
MENCARI KEBERKATAN DALAM PEKERJAAN DAN KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT
Saban hari merenung diri mencari makna dalam kehidupan..terkadang hati kalah mentafsirkan keadaan. Lalu kaku di situ dan terhenti mencari arah perjalanan hidup. Ya kita manusia hanyalah insan yang lemah. Kesungguhan melakukan sesuatu semata mencari keberkatan dalam kehidupan salah ditafsirkan mencari kesalahan dan tuduhan yang melulu tanpa usul periksa..Jawapannya Allah S.W.T yang menilai diri kita bukan yang lain. Makhluk terlalu lemah dalam memberi penilaian. Hanya doa dan harapan semoga Allah S.W.T melindungi diri ini daripada fitnah dunia yang tidak bertepi..
Saturday, 13 February 2016
Tinta Menulis Kerana Cinta Yang Hakiki...
Menulis dalam mencari redha-Nya agar bekal yang dibawa tidak tertumpah dek kerana kejahilan dalam mengenal erti kesyukuran...
Kata-kata yang senang diungkap tetapi terkadang dibawa ke alam realiti penuh kepayahan.
Jiwa yang mencari ketenangan takkan goyah dengan dugaan dan mehnah yang terkadang membawa ke alam fantasi...
Monday, 28 December 2015
Kejayaan Yang hakiki dan Kebahagiaan Yang Abadi
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh..
Kita sambung siri motivasi tentang hakikat kehidupan...
Alhamdulillah, sudah 33 tahun aku menikmati dunia kehidupan dan melalui fasa-fasa yang baru dalam hidupku. Setiap hari aku mengorak langkah menghitung hari melalui rutin harian biasa sebagai seorang yang bergelar wanita. Aku hanya wanita biasa yang bekerjaya dan mempunyai keluarga seperti insan-insan lain.
Aku selalu mengingatkan diriku supaya jangan mudah menyerah kalah dan teruskanlah perjuangan meniti arus kehidupan. Pasang, surut, tenang dan kalut seperti ombak di pantai beralun tenang dan berombak deras mengikut musim-musimnya. Teringat aku ketika zaman kanak-kanak..selalu bermain di tepi pantai, mencari anak-anak ketam kecil yang bersembunyi di sebalik pepasir yang memutih, kulit-kulit kerang pelbagai bentuk yang indah dan cantik lalu aku naik di atas kubu pantai, duduk bertaffakur di situ melihat keindahan Ciptaan Ilahi. Laut china selatan yang memukau pandangan mata membuatkan fikiranku lapang dan hatiku bahagia menikmati hidup.Itulah yang dikatakan nikmat Ilahi datang pelbagai bentuk dan rupanya tidak terjangkau dek pemikiran kita yang cetek.
Kejayaan yang hakiki dan kebahagiaan yang abadi sebenarnya dicapai dengan ketenangan hati dan hati itu tenang apabila kita sentiasa mengingati Allah S.W.T dalam hidup dan selalu mengingatkan diri yang kita senantiasa berada dalam pengawasan-Nya. Kita mengorak langkah satu persatu menghayunkan kaki ke mana kita pergi, apa yang kita bawa bersama adalah sekeping hati...
Cuti Sekolah Sudah Berakhir Tahun 2015...
Tahun 2015 sudah hampir melabuhkan tirainya dan tahun 2016 semakin hampir tiba..terasa masa begitu cepat berlalu dan aku masih lagi di sini menanti dan mencari suatu ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. Tiada yang dicari bukan wang yang berjuta, harta yang bertimbun, kehidupan yang serba mewah tetapi yang dicari keberkatan dalam hidup yang mahal harganya. Takkan mampu dibeli tetapi boleh dinikmati oleh mereka yang menghargai dan mencari nikmat Iman dan Islam..
Friday, 5 June 2015
PERCUTIAN DI KALA CUTI SEKOLAH BERMULA..
Membawa anak-anak bercuti bersama encik suami merupakan rutinku setiap tahun..
Alangkah bahagia melihat anak-anak bermain dengan bapanya..aktiviti snorkelling bersama famili. Terserlah sifat kebapaan dan berat tanggungjawab yang dipikul oleh encik suami sebagai ketua keluarga dalam memastikan keharmonian keluarganya..
Aku sebagai ibu..terasa bertuah Allah S.W.T memilih aku untuk menjadi seorang isteri kepada encik suami dan ibu kepada anak-anak. Alhamdulillah..impian aku sebenarnya tercapai untuk memiliki keluarga sendiri dan melihat anak-anak membesar di depan mataku. Allah Maha Memberi..
Keluarga adalah anugerah Allah yang terindah dalam hidup seseorang insan yang bergelar wanita. Tidak ada wanita yang tidak ingin bergelar seorang ibu sedangkan sifat kasih dan penyayang itu sudah sebati dalam jiwa wanita. Aku selalu melihat tatkala aku membawa anak-anakku, ramai yang ingin memegang dan mencuit pipi anak-anakku sambil tersenyum.." comelnyer...". Aku juga seperti mereka. Kalau boleh setiap hari ingin menatap wajah si kecil kerana di sebalik wajah itu terserlah ketenangan yang tiada taranya, mencium mereka menghilangkan rasa kekalutan di jiwaku, rasa bahagia akan bertandang menemani hari-hariku..
Tiada sehari aku boleh hidup tanpa mereka. Mengasihi mereka dan mengatakan " Ummi sayang kamu semua"...kerana mereka masih lagi tiada dosa dan bau wangian pipi mereka masih lagi tidak berbaur dosa dan secalit noda. Insyaallah..Ummi dan abah ukirkan kamu semua dalam kanvas ketakwaan dan hidup beragama....Amin. Semoga hasrat dan impianku tercapai untuk melihat mereka dalam hidup yang diredhai Allah S.W.T. Aminn..
Sunday, 24 May 2015
Ya Allah aku mahu sempurnakan cintaMu untukku dan aku mohon sempurnakanlah cintaku untukMu..aku hanya insan biasa.....
Aku hanya insan biasa yang mendambakan kebahagiaan yang hakiki dan penuh ketenangan dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan warna-warni terukir di sepanjang perjalanan...
Sempurnakanlah cintaku untuk-Mu..dalam menggapai redhaMu, kebahagiaan yang didambakan, ketenangan yang dibutuhkan impian setiap insan. Aku jua seperti mereka semua ingin menikmati kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup..ketenangan yang hakiki dalm mencintai-Mu.
Bahagiakanlah aku selamanya dan tenangkanlah aku dalam dakapan rahmat-Mu..Aminn
Dalam meniti kehidupan yang pelbagai mehnah dan tribulasi...aku berpegang kepada nasihat ibuku..apa yang baik daripada ibuku, aku turuti sebagai panduan untuk aku merencana kehidupanku. Kekuatan semangat dan cintanya kepada anak-anak walau tidak diluahkan namun dirasa dengan mata hati
Aku hidup penuh impian dan cita-cita..tulus mendambakan kebahagiaan daripada Ilahi, menikmati kehidupan seadanya penuh cinta dan kasih sayang..
Satu impian dan cita-cita biasa tetapi impaknya penuh realiti, berpijak di bumi nyata bukan alam fantasi penuh ilusi...hidup jangan dibiarkan berlalu..pergi dan terus pergi tanpa henti tetapi penuhi hari-hari kita dengan mengingati-Nya. hanya hati yang sentiasa berzikir kepada-nya akan tenang selama-lamanya.....
Katakanlah kepadaku...dimana yang engkau kejar dan dambakan untuk memenuhi tuntutan hidupmu...apa yang engkau inginkan akan engkau capai tetapi engkau akan penat mengejar dan terus mengejar lalu engkau berhenti di persimpangan menghelakan nafas panjang keletihan...engkau pun berfikir...apa sebenarnya yang engkau dambakan dan mahukan....tentu hati kecil yang tulusnya akan menjawab..aku ingin kebahagiaan dan ketenangan selamanya dan engkau tahu jawapannya ada pada hati yang tulus ikhlas bukan hati yang penuh kesombongan dan kebanggaan dalam mencari kekayaan dan kemegahan diri..
Semoga Allah senantiasa memandu kita menggapai redhanya..salam sayang dariku untuk semua yang menyayangiku kerana Allah S.W.T
Subscribe to:
Posts (Atom)