Thursday, 7 September 2017

PERANCANGAN KEHIDUPAN
Hidup sentiasa perlukan perancangan sama ada perancangan untuk jangka masa pendek dan panjang. Kehidupan yang penuh perancangan disusuli usaha, doa, ikhtiar dan tawakkal akan lebih diredhai Allah S.W.T daripada perancangan yang membuta tuli serta perancangan kehidupan selepasnya.  Selepas hidup ada kematian. Di mana akhirnya..semoga dalam husnul khatimah..Merancanglah kerana orang yang merancang pastinya akan berjaya..Insya Allah dan orang yang tidak merancang maka sebenarnya dia merancang untuk gagal. Jangan lekas putus asa, teruskan berusaha...semoga kata-kata ini membawa kebaikan untuk semua..

Sunday, 27 August 2017

Tip Untuk Menghadapi Orang Cakap Banyak, Mulut Celupar

Seringkali kita akan berhadapan dengan orang sebegini dan selalunya cerita seperti ini berlaku di mana-mana. Seandainya ketahanan mental kita tidak kuat, kita akan jadi mudah lemah semangat dan tidak berani menghadapi cabaran yang mendatang. Sedangkan semua manusia dilahirkan ada kekuatan dan kelemahan. Cuma kita sahaja mesti berani menggunakan peluang mencari kekuatan kita dan dikembangkan agar kelemahan kita dapat diperbaiki. Hidup lebih berani dan cekal merupakan salah satu cara yang terbaik untuk menghadapi orang cakap banyak dan mulut celupar ini. Kekuatan dalaman merupakan mekanisme terbaik agar kita dapat menjadikan kritikan dan kutukan yang tidak membina menjadi semangat untuk kita memberikan yang terbaik dalam hidup kita. Menang dan kalah bukanlah persoalan utama untuk mempertahankan diri kita. Mengalah bukan bererti kalah tetapi mengalah untuk menang. Mengalah untuk menang adalah supaya kita dapat mencari ketenangan dan berusaha untuk lebih bahagia dan berjaya. Kita yang menentukan siapa kita pada hari esok bukan orang lain yang boleh tentukan hidup kita. Biarlah orang menghina atau melemparkan kutukan yang bukan-bukan kepada kita tetapi kita kena yakin kita ada Allah S.W.T yang sentiasa  membantu. Yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T. Bantuan Allah insya Allah akan datang apabila kita ikhlas dan melakukan yang terbaik kerana Allah S.W.T bukan kerana manusia. Maafkanlah mereka yang suka bercakap dan membuat tuduhan yang bukan-bukan. Positifkan minda dan bahagiakan diri supaya hati lebih tenang dan jiwa lebih ceria. Buktikan kita mampu mengatasi segalanya kerana Allah dan senyum selalu...senyuman yang ikhlas daripada hati nurani yang bahagia menjadikan kehidupan kita sentiasa ceria dan gembira..tiada gundah dan suram mewarnai kehidupan kita..Salam bahagia dan semoga tip ini dapat membantu diriku dan diri kamu semua yang kukasihi...

Saturday, 26 August 2017

Kemaafan Yang Terindah

Memaafkan dan meminta maaf kepada sesiapa yang menyakiti atau disakiti untuk hidup yang lebih tenang dan bahagia..memang itulah aturan hidup kita. Menurut Hassan Basri dalam kitab Ihya Ulum ad Din karangan Imam Al-Ghazali menerangkan perbezaan pendapat dalam kalangan cerdik pandai tentang kebaikan dan keburukan akhlak. Antaranya kebaikan akhlak itu adalah manis muka, memberikan kelebihan dan mencegah kesakitan. Semoga nasihat ini menjadikan aku orang yang lebih pemaaf dan mudah meminta maaf. Mengakui kesilapan diri adalah lebih baik daripada menyalahkan orang lain supaya hidup lebih bahagia mewarnai kehidupan. Allah S.W.T lebih mengetahui segalanya dan serahkan segala urusan hidup kita kepada Allah S.W.T. Kita tidak boleh menilai siapa kita kerana penilaian Allah S.W.T itu lebih benar sama ada yang terserlah atau tersembunyi. Biarlah orang menilai kita macam mana tetapi kita letak nilai kita di sisi Allah S.W.T dan bukan di sisi manusia. Doakan orang-orang di sekeliling dengan doa yang baik-baik tanpa pengetahuan mereka. Kebahagiaan adalah milik semua insan dan dengan doa, hidup kita menjadi lebih baik dan tenang-tenang sahaja. Syukur Alhamdulillah atas nikmat-Mu ini.. Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.. Doa dan restu suami, ibu dan anak-anak semoga sentiasa mewarnai kehidupanku..Allah S.W.T segala-galanya.. semoga menjadi pengajaran supaya hidup lebih tabah dan cekal untuk menuju kebahagiaan dan kejayaan yang diredhai Allah S.W.T..

Thursday, 24 August 2017

Bersikap Adil dan Telus Kepada Semua Orang

Allah S.W.T Maha Adil dan Maha Mengetahui...bersikap adil dan teluslah kepada semua orang yang kita jumpa..nilailah dengan pandangan mata hati yang paling dalam..hanya Allah S.W.T yang mengetahui segala-galanya. Hari ini kita adil kepada orang lebih-lebih lagi orang yang selalu mempermudahkan urusan kita maka mungkin esok hari orang-orang lain yang kita jumpa akan bersikap adil kepada kita..buatlah yang baik-baik walaupun tanpa orang lain ketahui kebaikan itu. Itulah kebaikan yang Allah S.W.T balas. Jangan menuduh dan memfitnah lebih-lebih lagi perkara-perkara yang tiada bukti dan hujung pangkal. Kita tidak tahu bakal penghujung hidup kita. Empati dan simpatilah kepada orang yang selalu bantu kita mempermudahkan urusan kita bukan ditambah dengan hinaan semata-mata..kita tidak tahu nanti siapa yang bakal kita jumpa nanti di mana kita berada...semoga menjadi ikhtibar untukku dan mereka yang membaca..salam kasih dan semoga kita semua dirahmati Ilahi...

Apabila Aku Stress..Apa Aku Buat...Memasak Hobiku

Aku bukan pandai sangat memasak tetapi aku jenis yang suka mencuba lain daripada yang lain...ada kisah di sebalik cerita aku suka memasak..masa aku mula-mula posting di sekolah..Pengetua aku ni perempuan.Gred Jusa C lagi...suka nasihatkan aku..masa aku mula-mula kahwin dengan suami..beliau nasihatkan aku supaya memasak untuk suami..masa tu memang betul-betul aku tak reti masak..masak cincai-cincai adalah juga..haha..sebabnya adik beradik aku ramai perempuan dan aku anak perempuan kedua akhir.. maksudnya aku ramai kakak..bab masak memasak aku serah kat kakak-kakakku..tetapi adik beradik aku bukan pandai masak sebab mak suruh bantu untuk memudahkan kerja-kerja di dapur. Masa tu gelabah betul aku apabila Pengetua nasihatkan aku macam tu. Jadi gigihlah aku belajar memasak melalui buku-buku resepi yang aku beli di kedai buku. Lama kelamaan , setiap hari aku memasak dengan try and error..alhamdulillah menjadi..suami aku sejak kahwin tak pernah komen apa yang aku masak. Lagipun kami asal dari negeri yang sama..masakan semuanya sama rasa..Terima kasih kepada Pn Hajah Junaidi dan mak aku juga..anak mak yang tak reti masak boleh memasak walau zaman remaja tak pernah masuk dapur..hehe aku mengaku tetapi kegigihan aku untuk belajar memasak akhirnya berjaya memasak untuk suami dan anak-anak, keluarga, pelajar-pelajar yang datang ke rumah..boleh la aku masak...itulah kejayaan peribadi yang aku kecapi atas nasihat seorang Pengetua...aku akan sentiasa belajar walau dimana berada..proses pembelajaran sepanjang hayat melalui pengalaman..

Saturday, 8 July 2017

Apabila Anak Saudaraku Baca Novel

APABILA ANAK SAUDARAKU BACA NOVEL Apabila balik ke kampung, ada salah seorang anak saudaraku membaca novel cinta bukan yang dibelinya tetapi dipinjam daripada rakan-rakan. Pada pandangan aku, novel cinta perlu ditapis pembacaannya. Oh no jangan beli novel cinta cintun, kamu masih belajar. Novel cinta tidak sesuai dibaca untuk murid-murid di bangku sekolah. “ Kata Kakak”. Nama kakak adalah panggilan kepada anak saudaraku. “Kakak nak baiki kosa kata dan tatabahasa kakak je” jawab kakak. Itu bukan caranya sayang. Kalau nak baiki tatabahasa dan menambah kosa kata, baca suratkhabar bukan novel”. Novel yang ditulis kebanyakan tidak masuk akal, tidak berpijak di bumi nyata. Banyak berangan dan mimpi yang indah-indah”. Kalau novel yang ditulis masuk akal dan membawa cinta itu ke arah pencipta kita, Allah S.W.T tak pe tetapi kalau membawa ke jalan yang serong, habislah budak-budak ni. Bukan ingin membangga diri atau riak dan seumpama dengannya tetapi bercerita atas dasar pengalaman. Masa zaman remaja dahulu, aku tidak pernah membeli novel dan sampailah sekarang hanya satu dua je novel yang aku beli. Pada pandangan aku, novel boleh dibeli dengan syarat kandungan di dalamnya membawa mesej agama dan nilai-nilai murni yang boleh dijadikan pengajaran dan iktibar. Apa yang aku kelek saban waktu masa di universiti dahulu dan sampai sekarang adalah buku motivasi. Aku suka juga novel tetapi ditulis oleh Dr Othman Puteh, Shahnon Ahmad, Faisal Tehrani, Usman Awang dan A.Samad Said. Kalau murid-murid di bangku sekolah, ada ke nak baca buku-buku seperti itu? Kalau ada memang aku tabik springlah sebab buku-buku tu membosankan kalau memang tiada keinginan untuk belajar. Novelnya juga agak berat dan nak memahami maksudnya pun kena baca berkali-kali. Novel-novel itu membawa mesej yang banyak membawa kita ke arah kesedaran untuk meningkatkan mutu dan kualiti diri sebagai anak bangsa dan hamba Allah di muka bumi ini...Akulah itu yang hanya cikgu kampung di seberang hilir sana...

Thursday, 6 July 2017

Unsung Hero

Unsung Hero...kalau ditanya siapa unsung hero awak? Tentu dan pastinya dengan tuntas aku menjawab " Unsung Hero adalah arwah ayah". Walaupun arwah ayah sudah lama meninggalkan dunia ini tetapi arwah ayah masih hidup dalam hati aku sampai bila-bila. Aku anak kesayangan ayah. Banyak memori indah terpahat melewati hari-hari bersama arwah ayah. Setiap kali dalam kesedihan dan kesusahan, arwah ayah orang yang pertama aku cari untuk meluahkan perasaan sedih dan menasihati saat dan waktu aku memerlukan. Masa tu aku di tingkatan 2. Teringat masa sebelum arwah ayah sakit, seingat aku masa tu bulan Ramadhan..arwah ayah membaca surah Ar-Rahman untuk kesekian kalinya sewaktu mengimamkan solat terawih di surau kampung aku. Kali terakhir Ramadhan sebelum ayah sakit berulang alik masuk hospital disebabkan paru-paru berair. Beliau ayah yang terbaik dalam hidup aku. Bersyukur dilahirkan dan berbintikan arwah ayah. Arwah ayah suka membaca kitab-kitab agama. Setiap kali kakak aku pulang dari Maktab Perguruan Batu Pahat, pastinya ayah akan bertanya tentang tafsir Al-Azhar yang kakak aku kelek sebagai buku rujukannya semasa belajar dalam bidang pendidikan di sana. Setiap kali duduk di beranda rumah, ayah tekun menelaah tafsir tersebut dan aku akan membuat latihan dan buku kerja sambil bertanya arwah ayah kalau aku tak faham apa yang ustaz ajar di sekolah. Arwah ayah sangat tegas dalam memilih sekolah untuk anak-anak. Arwah ayah akan pastikan semua anaknya bersekolah di sekolah arab. Arwah ayah berharap benar semua anaknya menjadi ustaz dan ustazah. Alhamdulillah impian arwah sudah tercapai. Sebahagian besar keluarga kami daripada bidang agama. Walaupun pada mulanya aku tak nak bersekolah di sekolah agama kerana ingin mengikuti rakan di sekolah menengah tetapi aku akur pada hasrat arwah ayah. Arwah ayah seorang yang peramah. Ke mana aku bertandang ke rumah kawan, pastinya mereka akan bertanya aku anak siapa. Tentunya nama arwah ayah aku sebut sebab ramai yang mengenali nama arwah ayah. Itulah satu cara supaya orang dapat mengenali aku walaupun masa tu aku masih bersekolah dan ramai juga yang tidak mengenali aku kerana berada di asrama dan pulang ke rumah hanya di hujung minggu. Arwah ayah rajin membawa sahabat-sahabatnya pulang ke rumah dan juga membawa anak-anak sepupu datang. Kami solat berjamaah bersama dan arwah ayah akan memberikan tazkirah pendek kepada kami semua. Seingat aku sewaktu kecil ayah rajin mengunjungi keluarganya yang dekat dan jauh. Sanggup mengunjungi keluarga sebelah nenek yang jauh. Aku pun tidak pernah kenal dan sesekali mengenali apabila mereka datang ke rumah. Apa yang paling terkesan di hati ialah sikap arwah ayah yang suka bersedekah dan menyambungkan silaturrahim keluarganya yang jauh. Berapapun arwah ayah ada, beliau tetap memberi. Sikit atau banyak arwah ayah tetap bersedekah.